LANGKAWI: Bukan juruterbang 'oppa' dari Korea Selatan sahaja yang menarik perhatian pengunjung Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA’23), pengendali Sukhoi Su-30MKM Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) juga tidak kurang hebatnya.
Ketangkasan ketika melakukan aksi aerobatik pesawat tempur TUDM itu menjulang nama Leftenan Kolonel Mohd Norazan Othman, 44, dalam kalangan pengunjung yang berbangga dengan kemampuan anak tempatan ini.
Lebih membanggakan, juruterbang TUDM dengan nama gelaran 'Sting' ini melakukan 10 aksi aerobatik solo yang memukau dan mendebarkan di kampung kelahirannya sendiri iaitu Langkawi.
Beliau yang berasal dari Kampung Lubuk Setul berkata, LIMA edisi ke-16 ini adalah penyertaan kali keenamnya sepanjang 25 tahun berhidmat dalam TUDM.
Katanya, pesawat Sukhoi Su-30MKM dikendalikannya adalah sebahagian pasukan pertunjukan udara TUDM yang dikenali sebagai Smokey Bandits.
Beliau bersama Pegawai Sistem Senjata Mejar Muhammad Osman Mohd Sidek dengan gelaran ‘Gitter’ adalah antara 23 juruterbang TUDM yang terbabit dalam pertunjukan udara pada LIMA'23 2023 yang berakhir hari ini.
"Sebenarnya juruterbang 'Smokey Bandits' ini sangat berkemampuan, bukan hanya untuk pertunjukan udara, malah adalah juruterbang tempur yang bersedia sepenuhnya untuk pertempuran," katanya.
Beliau yang mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Padang Mat Sirat, Langkawi dan Sekolah Menengah Kebangsaan Teknik Ipoh, Perak, sebelum berjaya melanjutkan pelajaran di Kolej Tentera Udara (KTU) Kepala Batas, mengakui bukan mudah untuk menjadi juruterbang.
Katanya, beliau mengambil masa lama dan perlu fokus ketika berlatih melakukan aksi solo pesawat, khususnya ketika mempamerkan 'kolokol' atau aksi kedudukan statik dalam keadaan menegak 75 darjah di udara.
"Ketika menerbangkan pesawat, ia berbeza dengan tugas biasa dan untuk pertunjukan, namun masing-masing terdapat risiko tersendiri, baik ketika tinggi di udara, laut atau darat.
"Beliau yang telah menerbangkan 25 jenis pesawat mengingatkan kepada golongan muda yang bercita-cita untuk menjadi juruterbang jet tempur," katanya.
Adie Sufian Zulkefli
Sat May 27 2023
![LIMA'23: Bukan 'oppa' saja tarik perhatian, juruterbang TUDM juga 'pikat' pengunjung LIMA'23: Bukan 'oppa' saja tarik perhatian, juruterbang TUDM juga 'pikat' pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51685183130_SukhoiLIMATUD.jpg)
Sting (kiri) dan Gitter bergambar di hadapan pesawat selepas melakukan pertunjukan udara di LIMA'23. - Gambar/ Astro AWANI
![Kanak-kanak lemas mandi di kolam renang dewasa Kanak-kanak lemas mandi di kolam renang dewasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731393622_garisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lemas mandi di kolam renang dewasa
Polis terima laporan Hospital Sultan Idris Shah pada 2.40 petang, selepas seorang kanak-kanak dihantar dalam keadaan tidak sedarkan diri.
![Agensi PBB bangkitkan kebimbangan berhubung penemuan kubur besar di Libya Agensi PBB bangkitkan kebimbangan berhubung penemuan kubur besar di Libya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739233803_massgrave.jpg)
Agensi PBB bangkitkan kebimbangan berhubung penemuan kubur besar di Libya
IOM berkata, 19 mayat, sebahagiannya dengan kesan tembakan ditemui di Jikharra, kira-kira 440 kilometer tenggara Benghazi.
![Pemandu lori maut kemalangan di WCE Pemandu lori maut kemalangan di WCE](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739233661_kemalangan.jpg)
Pemandu lori maut kemalangan di WCE
Pemandu lori kontena itu maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas sendiri dalam satu kemalangan pada awal pagi.
![Dua kedai makan, sebuah kedai runcit terbakar Dua kedai makan, sebuah kedai runcit terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739231725_KedaiRuncitTerbakar.jpg)
Dua kedai makan, sebuah kedai runcit terbakar
JBPM Selangor menerima panggilan berkaitan insiden itu pada jam 11 malam.
![Lawatan PM Anwar ke Batu Caves bukti kerajaan perkukuhkan perpaduan Lawatan PM Anwar ke Batu Caves bukti kerajaan perkukuhkan perpaduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738922827_AnwarIbrahim.jpg)
Lawatan PM Anwar ke Batu Caves bukti kerajaan perkukuhkan perpaduan
Kunjungan itu juga mencerminkan penghormatan Anwar terhadap tradisi agama dan budaya sekali gus menangkis dakwaan mengena pengabaian kaum India.
Harga kopi di NY lonjak 6% akibat 'panic buying'
Harga kopi hadapan di Bursa ICE New York melonjak lebih 6% pada Isnin, mencatat rekod tertinggi baharu melebihi $4.30 (RM19.87) per paun.
Amerika Syarikat larang transgender sertai tentera
Tentera Amerika Syarikat kini melarang individu transgender daripada menyertai pasukan tentera serta menghentikan semua prosedur peralihan jantina bagi anggota yang sedang berkhidmat.
PBB bimbang keadaan tebusan Israel dan tahanan Palestin
Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan kebimbangan terhadap keadaan tebusan Israel serta tahanan Palestin yang dilepaskan sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata Gaza.
![Rakyat Palestin tiada hak kembali ke Gaza di bawah rancangan Amerika Syarikat - Trump Rakyat Palestin tiada hak kembali ke Gaza di bawah rancangan Amerika Syarikat - Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739231486_BretBaier.jpg)
Rakyat Palestin tiada hak kembali ke Gaza di bawah rancangan Amerika Syarikat - Trump
"Saya akan memilikinya (Gaza). Anggap ini sebagai pembangunan hartanah untuk masa depan. Ia akan menjadi sebidang tanah yang indah. Tidak memerlukan perbelanjaan besar."
Negara-negara Arab tolak cadangan Trump untuk Gaza
Mesir menegaskan bahawa negara-negara Arab menyokong Palestin dalam menolak cadangan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk memindahkan penduduk Palestin dari Gaza dan mengambil alih kawalan wilayah itu.
![LIMA'23 pemangkin promosi Malaysia sebagai destinasi perniagaan, pelancongan LIMA'23 pemangkin promosi Malaysia sebagai destinasi perniagaan, pelancongan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71686976670_TBLima.jpg)
LIMA'23 pemangkin promosi Malaysia sebagai destinasi perniagaan, pelancongan
LIMA adalah jenama yang mempromosikan bukan sahaja Langkawi malah Malaysia sebagai suatu destinasi, bukan hanya untuk pelancong tetapi juga perniagaan.
![LIMA'23: Terus unggul di persada, terbaik sepanjang penganjurannya LIMA'23: Terus unggul di persada, terbaik sepanjang penganjurannya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41685414308_ROKAFKAITB.jpg)
LIMA'23: Terus unggul di persada, terbaik sepanjang penganjurannya
LIMA'23 berjaya merekodkan nilai urusniaga sebanyak RM17.6 bilion melibatkan industri berkaitan pertahanan dan komersial.
![Anwar harap penganjuran LIMA terus bawa kejayaan kepada negara Anwar harap penganjuran LIMA terus bawa kejayaan kepada negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71685254812_PesawatLIMA.jpg)
Anwar harap penganjuran LIMA terus bawa kejayaan kepada negara
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA '23) yang melabuhkan tirainya semalam akan terus membawa kejayaan kepada negara.
![LIMA'23: Bukan 'oppa' saja tarik perhatian, juruterbang TUDM juga 'pikat' pengunjung LIMA'23: Bukan 'oppa' saja tarik perhatian, juruterbang TUDM juga 'pikat' pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51685183130_SukhoiLIMATUD.jpg)
LIMA'23: Bukan 'oppa' saja tarik perhatian, juruterbang TUDM juga 'pikat' pengunjung
Bukan juruterbang 'oppa' sahaja yang menarik perhatian pengunjung LIMA23, pengendali Sukhoi Su-30MKM TUDM tidak kurang hebatnya.
![LIMA'23: LADA diharap besarkan Dewan MIEC untuk edisi selepas ini - Mohamad Hasan LIMA'23: LADA diharap besarkan Dewan MIEC untuk edisi selepas ini - Mohamad Hasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51685169707_LIMA.jpg)
LIMA'23: LADA diharap besarkan Dewan MIEC untuk edisi selepas ini - Mohamad Hasan
Kementah harap LADA dapat perbesar ruangan dalam Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) pada penganjuran Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) edisi akan datang.
![Juruterbang 'oppa' tarik perhatian di LIMA'23 Juruterbang 'oppa' tarik perhatian di LIMA'23](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71685095864_TBoppa.jpg)
Juruterbang 'oppa' tarik perhatian di LIMA'23
Pertunjukan pasukan aerobatik Black Eagles dari Korea Selatan sememangnya antara yang dinantikan pengunjung di Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA'23).
![Firma pertahanan Turkiye meterai perjanjian di pameran LIMA'23 Firma pertahanan Turkiye meterai perjanjian di pameran LIMA'23](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71685051499_PesawatLIMA.jpg)
Firma pertahanan Turkiye meterai perjanjian di pameran LIMA'23
Nacar berkata satu daripada perjanjian itu adalah mengenai keselamatan tanah air serta membabitkan kerja-kerja simulasi.
![LIMA '23: UMT lebar kerjasama dengan enam pemain industri LIMA '23: UMT lebar kerjasama dengan enam pemain industri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81685030620_MediaKreatifUMT.jpg)
LIMA '23: UMT lebar kerjasama dengan enam pemain industri
UMT pada Khamis melebarkan kerjasama sempena LIMA'23 dengan meningkatkan rangkaian menerusi memorandum MoA dan MoU dengan enam pemain industri.
![Menteri Pertahanan Lee sahkan semula sokongan untuk syarikat pertahanan Korea Selatan di LIMA '23 Menteri Pertahanan Lee sahkan semula sokongan untuk syarikat pertahanan Korea Selatan di LIMA '23](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81684925251_AnwarIbrahim.jpg)
Menteri Pertahanan Lee sahkan semula sokongan untuk syarikat pertahanan Korea Selatan di LIMA '23
Lee tiba di Malaysia pada Isnin untuk lawatan empat hari dan mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatannya dari Malaysia, Datuk Seri Mohamad Hasan, pada hari berikutnya.
![Kerajaan guna pakai dasar Ekonomi Biru - Mohamad Kerajaan guna pakai dasar Ekonomi Biru - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81684737562_MohamadHasan.jpg)
Kerajaan guna pakai dasar Ekonomi Biru - Mohamad
Beliau berkata disebabkan persekitaran geopolitik maritim yang dinamik, cabaran yang dihadapi tidak terhad kepada ancaman tradisional.