SHAH ALAM: Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) mengenai Aktiviti Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2020 Siri 1 mendapati beberapa kelemahan dikenal pasti dalam pengurusan projek pembangunan hartanah kediaman Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
Ketua Audit Negara Datuk Seri Nik Azman Nik Abdul Majid berkata antara kelemahan itu ialah prestasi pembangunan hartanah kediaman melalui pelantikan kontraktor kurang memuaskan kerana projek lewat disiapkan berbanding jadual asal.
"Pencapaian dan pengukuhan aliran tunai bagi penjualan hartanah kediaman juga tidak mencapai sasaran kerana hasil diterima rendah berbanding kos projek yang dibayar," katanya dalam kenyataan. Laporan itu dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.
Nik Azman berkata beberapa kelemahan turut dikenal pasti dalam aspek pengurusan yang melibatkan kelewatan kelulusan lanjutan masa (EOT); Perakuan Kerja Tidak Siap (CNC) lewat/tidak dikeluarkan; kerja tidak berkualiti, tidak sempurna dan tidak mematuhi spesifikasi; serta pengurusan aduan yang kurang cekap.
"Secara keseluruhannya, dapat dirumuskan bahawa PKNS telah memenuhi peranannya sebagai agensi utama dalam pembangunan hartanah, khususnya menyediakan kediaman kepada rakyat Selangor," katanya.
Beliau berkata bagi memastikan kelemahan tidak berulang, pihak Audit mengesyorkan beberapa perkara seperti meningkatkan pemantauan terhadap kontraktor, perunding dan syarikat penswastaan supaya pelaksanaan kerja dibuat dengan teratur mengikut jadual.
Nik Azman berkata pengauditan prestasi terhadap KDEB Waste Management (KDEBWM) Sdn Bhd. pula mendapati pemantauan terhadap perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan pembersihan oleh subkontraktor KDEBWM adalah kurang memuaskan.
"Adalah disyorkan pihak KDEBWM mengambil perhatian perkara seperti mewujudkan mekanisme pemantauan secara menyeluruh agar perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam dapat dilaksanakan dengan sempurna," katanya.
Sementara itu, bagi pengurusan cukai taksiran di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS), Nik Azman berkata secara keseluruhannya, objektif tiga pihak berkuasa tempatan itu dalam menyediakan perkhidmatan perbandaran kepada penduduk telah dicapai.
"Namun aktiviti penilaian dan penguatkuasaan terhadap kutipan cukai taksiran perlu dipertingkatkan agar tunggakan cukai dapat dikurangkan dari semasa ke semasa," katanya.
Nik Azman berkata LKAN tersebut telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada 22 Mac 2022 setelah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan dibentangkan di DUN Selangor hari ini setelah diperkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
LKAN boleh diakses oleh orang awam menerusi laman web http://www.audit.gov.my.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 25 2022

Nik Azman berkata antara kelemahan itu ialah prestasi pembangunan hartanah kediaman melalui pelantikan kontraktor kurang memuaskan kerana projek lewat disiapkan berbanding jadual asal. - Bernama

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.
Rundingan sempadan maritim dan darat terima kerjasama baik
Kedua-dua pihak turut membincangkan pelbagai isu penting dalam hubungan dua hala antara malaysia dan Indonesia.

Stesen Jana Kuasa Pulau Indah telah beroperasi, jana RM1.6 bilion tahun hadapan
Stesen jana kuasa Pulau Indah (PIPP) di Klang yang dibina empat tahun lepas telah beroperasi secara komersial bermula 1 Mac lepas.
Menara loceng Romanesque terbesar siap selepas 15 tahun
Thailand mempersembahkan menara loceng Romanesque terbesar dunia setinggi tiga tingkat di bandar Wat Ban Dong Yai.
Program pantau karbohidrat di Thailand dapat sambutan
Lebih 18 juta rakyat Thailand berjaya diberikan pendedahan mengenai pengiraan karbohidrat.
Kerajaan Indonesia belanja 710.5 bilion Rupiah setakat ini
Kerajaan Indonesia setakat 12 mac 2025, telah membelanjakan sejumlah 710.5 bilion Rupiah dalam kempen pemberian makanan percuma kepada jutaan pelajarnya.

Selangor berusaha kukuhkan kehadiran di peringkat global menerusi perniagaan, pendidikan
Kerajaan negeri Selangor sedang giat mengenal pasti peluang bagi meningkatkan kehadirannya di persada antarabangsa dalam bidang perniagaan dan pendidikan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.

LKAN kenal pasti kelemahan pengurusan projek pembangunan hartanah kediaman PKNS
Prestasi pembangunan hartanah kediaman melalui pelantikan kontraktor kurang memuaskan kerana projek lewat disiapkan berbanding jadual asal.

Syarikat Jepun minat melabur dalam sektor pelancongan, teknologi solar di Sabah
Syarikat-syarikat terbabit mencadangkan beberapa pulau berhampiran Kota Kinabalu, termasuk Pulau Sulug, bagi menempatkan pelaburan mereka untuk membangunkan resort berkonsepkan eko pelancongan.

Swasta digalak bangunkan hartanah untuk kumpulan profesional muda - Najib
Sektor swasta digalak untuk terlibat dalam pembinaan lebih banyak projek pembangunan hartanah keperluan kumpulan kelas pertengahan atau M40.