KUALA LUMPUR: Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) siri 2/2024 mendedahkan Program Pemerkasaan Jaringan dan Infrastruktur Telekomunikasi Jalur Lebar masih belum mencapai matlamat utamanya.
Menurut laporan tersebut, peruntukan kewangan kerajaan yang besar masih belum mampu mencapai sepenuhnya matlamat untuk memperluaskan liputan dan ketersambungan internet berkelajuan tinggi di kawasan luar bandar.
Masalah ini, kata laporan berkenaan, telah menimbulkan pelbagai isu infrastruktur yang ketara.
Antara isu utama diketengahkan ialah sebanyak 28 daripada 87 jajaran jalur lebar di Sabah dan Semenanjung Malaysia yang bernilai RM53.60 juta, tidak dilanggan dan tidak digunakan sejak tempoh siap antara 2013 dan 2017.
Sebahagian infrastruktur berkenaan juga dilaporkan dalam keadaan terbiar dengan sambungan talian kabel yang terputus dan peralatan yang rosak.
Sekolah masih guna teknologi lama
Laporan tersebut juga mendapati bahawa daripada 597 sampel sekolah yang diperiksa, sebanyak 337 sekolah masih menggunakan teknologi jalur lebar/satelit dengan kelajuan yang terhad, meskipun teknologi fiber telah disediakan di bawah projek Point of Presence (PoP) Fasa 1.
LKAN menyebut perkara berkenaan menunjukkan kelemahan dalam pelaksanaan projek yang sepatutnya meningkatkan kelajuan internet di sekolah-sekolah tersebut.
Bagaimanapun, bagi isu berkaitan langganan perkhidmatan internet di sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang memuktamadkan Garis Panduan Perolehan Perkhidmatan Internet Bagi Agensi, Institusi Pendidikan dan Sekolah KPM untuk mengutamakan teknologi Fiber Point of Presence (PoP) bagi perkhidmatan internet di sekolah sebaik sahaja Projek Pakej Interim tamat.
KPM juga telah berbincang dengan Kementerian Komunikasi pada 4 April 2024 supaya Penyedia Perkhidmatan Internet Projek PoP menawarkan harga yang kompetitif kepada sekolah.
Untuk maklumat lanjut mengenai laporan ini, orang awam boleh mengaksesnya di laman web Jabatan Audit Negara mulai 4 Julai 2024.
Azyyati Ahmad
Thu Jul 04 2024

Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) siri 2/2024 mendedahkan Program Pemerkasaan Jaringan dan Infrastruktur Telekomunikasi Jalur Lebar masih belum mencapai matlamat utamanya. - Gambar hiasan
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

PAC akan panggil Johari Abdul Ghani dan LHDN - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara akan memanggil Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas 1MDB Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan LHDN dalam prosiding bermula November.

JKPTG kenal pasti tanah Persekutuan yang terbiar untuk dioptimumkan
KPTG sedang mengenal pasti tanah-tanah Persekutuan yang kosong atau terbiar untuk dioptimumkan bagi tujuan sewaan atau pajakan selaras dengan Hala Tuju Pengurusan Tanah Persekutuan 2021-2030.

Kerajaan Persekutuan salur geran berjumlah RM39.74 bil kepada 1MDB - Laporan Audit
Menurut laporan itu, Kerajaan Persekutuan perlu membuat pelunasan bayaran kupon IMTN sebanyak RM287.50 juta setahun.

Prestasi kewangan kerajaan Persekutuan lebih baik pada 2023, catat lebihan hasil dan penurunan defisit - Laporan Audit
Kewangan kerajaan Persekutuan catat peningkatan lebihan hasil sejumlah RM2.028 bilion dan penurunan defisit sejumlah RM8.595 bilion pada 2023.
![[KOLUMNIS] Penipuan bidaan kontrak bukan rahsia lagi [KOLUMNIS] Penipuan bidaan kontrak bukan rahsia lagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61727275463_Penipuankontrak.jpg)
[KOLUMNIS] Penipuan bidaan kontrak bukan rahsia lagi
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyatakan bahawa 20 peratus aduan yang diterima antara 2022 sehingga Julai 2024 adalah berkaitan dengan urusan perolehan awam dan swasta.

HRD Corp tarik semula surat tuntutan terhadap The Edge - Sim
HRD Corp menarik semula surat tuntutan yang diserahkan kepada The Edge berhubung pemberitaan mengenai laporan PAC membabitkan agensi tersebut.

KKDW sedia bincang dengan PETRA berkaitan isu air di Sabah, Sarawak
Perbincangan itu dilihat sebagai usaha mencari jalan penyelesaian terbaik dan berkesan bagi memastikan rakyat menikmati bekalan air bersih.

LKAN: Proses perolehan LCS merujuk pembinaan terdahulu - Mohamed Khaled
Laporan Ketua Audit Negara berhubung proses pelaksanaan perolehan LCS yang dikatakan berada pada tahap rendah adalah merujuk kepada status pembinaan terdahulu.

'HRD Corp tak rugi batal pembelian Menara Ikhlas' - Laporan
Pengurusan HRD Corp memaklumkan bahawa firma guaman telah memulangkan deposit berjumlah RM120 juta bersama faedah sebanyak RM3.2 juta kepada pihaknya.

Laporan Ketua Audit Negara ada kelemahan, penemuan tak tepat - Khairy
Khairy berkata terdapat juga laporan LKAN yang ditulis berjela-jela sehingga memberi persepsi seolah-olah sesuatu sumber itu dibazirkan.