Skip to main content
Advertisement

Malaysia

LKM 2026 platform kumpul dana bantu anak yatim piatu COVID-19

Larian Keluarga Malaysia (LKM) 2026 bertemakan “Luminous Run” dengan tagline “Satu Langkah, Satu Hati” dijadual berlangsung pada 5 Disember ini di Padang Kawad, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, dengan sasaran penyertaan seramai 2,000 peserta.
Larian Keluarga Malaysia (LKM) 2026 bertemakan “Luminous Run” dengan tagline “Satu Langkah, Satu Hati” dijadual berlangsung pada 5 Disember ini di Padang Kawad, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, dengan sasaran penyertaan seramai 2,000 peserta.

Advertisement

Ringkasan AI

  • Larian Keluarga Malaysia (LKM) 2026 bertujuan mengumpul dana untuk bantuan kebajikan dan pendidikan anak yatim piatu di bawah jagaan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM).
  • Larian bertemakan "Luminous Run" akan berlangsung pada 5 Disember di UiTM Shah Alam, mensasarkan 2,000 peserta dengan pelbagai aktiviti sampingan.
  • Penyertaan boleh didaftar melalui Checkpoint Spot dengan yuran bermula RM45, dan Khairy Jamaluddin kekal sebagai duta LKM 2026.

KUALA LUMPUR: Larian Keluarga Malaysia (LKM) 2026 menjadi platform mengumpul dana bagi meneruskan bantuan kebajikan dan pendidikan kepada anak yatim piatu yang kehilangan ibu bapa akibat pandemik COVID-19 di bawah jagaan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM).

Pengerusi YKM, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob berkata, penganjuran program itu bukan sekadar menggalakkan gaya hidup sihat dan memupuk perpaduan, malah memastikan kebajikan serta masa hadapan anak-anak berkenaan terus terbela.

“Setiap penyertaan bukan sahaja memberikan peluang untuk beriadah dan berhibur bersama keluarga serta rakan-rakan, tetapi turut membawa makna besar kepada anak-anak di bawah jagaan YKM yang memerlukan sokongan berterusan untuk membina masa hadapan mereka,” katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.

Sehubungan itu, Ismail menyeru orang ramai, khususnya mahasiswa, golongan belia, keluarga dan komuniti peminat sukan larian agar menyertai LKM 2026 sebagai tanda sokongan terhadap usaha kebajikan yang dilaksanakan YKM.

LKM 2026 bertemakan “Luminous Run” dengan tagline “Satu Langkah, Satu Hati” dijadual berlangsung pada 5 Disember ini di Padang Kawad, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, dengan sasaran penyertaan seramai 2,000 peserta.

Larian malam sejauh lima kilometer itu akan bermula pada jam 8.30 malam dan turut menampilkan pelbagai aktiviti sampingan termasuk mini konsert, senamrobik serta cabutan bertuah.

Orang ramai boleh mendaftar menerusi platform Checkpoint Spot, dengan yuran penyertaan bermula RM45 bagi peserta individu dan RM35 bagi pelajar, staf serta alumni UiTM sepanjang tempoh tawaran Super Early Bird hingga 4 November ini.

Penganjuran kali ketiga itu turut mengekalkan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin sebagai duta LKM 2026.

Must Watch Video

Advertisement