KANGAR: Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) menyasarkan menerima 60,000 permohonan pendaftaran lesen mengedar tembakau dan keluaran tembakau menjelang tahun depan.
Ketua Pengarahnya Idris Mohd Salleh berkata pihaknya telah mengenal pasti 60,000 premis di seluruh negara yang perlu dilesenkan dan sehingga kini 16,000 lesen tanpa fi (bayaran) telah dikeluarkan.
"Tawaran pendaftaran lesen mengedar tembakau dan keluaran tembakau tanpa bayaran bermula 1 Jan sehingga 31 Dis ini dan selepas itu pemohon akan mula dikenakan bayaran lesen sebanyak RM150," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
"Permohonan lesen boleh dibuat secara dalam talian di portal pelesenan LKTN atau datang sendiri ke kaunter pelesenan LKTN yang terdapat di Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis, Kedah, Perak, Johor, Melaka dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur," katanya.
Beliau berkata LKTN mula memperkenalkan lesen tersebut pada 1 Jan 2022 dengan mengadakan kempen dan hebahan kepada orang ramai sebelum membuka pendaftaran lesen tanpa bayaran berkuat kuasa 1 Jan hingga 31 Dis 2023.
Menurut Idris tafsiran mengedar tembakau terpakai kepada mana-mana individu atau syarikat yang menjalankan aktiviti mengalih, mengangkut, memindahkan, menghantar, menyampaikan, membekalkan, membawa atau menyimpan apa-apa tembakau atau keluaran tembakau.
Lesen dikenakan kepada individu yang mengedar 200 batang rokok dan ke atas, mempunyai pendaftaran perniagaan daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan mendapat lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Beliau berkata pelaksanaan penguatkuasaan lesen tersebut merupakan antara usaha untuk mencegah penjualan dan penggunaan keluaran tembakau secara tidak sah.
"Kami menerima makluman yang positif daripada persatuan dan syarikat yang terlibat dengan industri tembakau dan berharap mendapat kerjasama baik semua pihak bagi penguatkuasaan lesen nanti," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 15 2023
![LKTN sasar 60,000 permohonan daftar lesen tembakau menjelang 2024 LKTN sasar 60,000 permohonan daftar lesen tembakau menjelang 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-12/71451349994_Tembakau.jpg)
LKTN mula memperkenalkan lesen tersebut pada 1 Jan 2022 dengan mengadakan kempen dan hebahan kepada orang ramai. - Gambar hiasan
Sara Duterte berdepan dakwaan ancaman, hasutan
Biro Siasatan Kebangsaan (NBI) Filipina pada Rabu memfailkan tuduhan ancaman serius dan menghasut terhadap Naib Presiden Sara Duterte di Jabatan Kehakiman (DOJ).
Tiga tahanan di Belarus dibebaskan termasuk seorang warga AS
Tiga tahanan telah dibebaskan dari tahanan di Belarus, termasuk seorang warga Amerika.
Trump, Putin dijangka bertemu di Arab Saudi
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan Presiden Rusia, Vladimir Putin berkemungkinan besar dijangka bertemu di Arab Saudi.
Menurut Trump, bagaimanapun, bila pertemuan itu akan diadakan belum dimaklumkan, namun dijangka akan berlangsung "dalam masa terdekat."
Menurut Trump, bagaimanapun, bila pertemuan itu akan diadakan belum dimaklumkan, namun dijangka akan berlangsung "dalam masa terdekat."
Trump akan mungkin segera tandatangan perintah timbal balik
Perintah untuk mengenakan tarif timbal balik terhadap setiap negara yang mengenakan duti ke atas import dari Amerika Syarikat mungkin akan ditandatangani dengan segera.
Episod akhir Curang Tanpa Niat malam ini!
Malam ini episod terakhir drama yang berjaya menggamit pelbagai emosi penonton, Curang Tanpa Niat -Lakonan mantap Shukri Yahaya, Mira Filzah, dan Sharifah Sakinah.
Kick-Off perpaduan semai nilai kebersamaan
Program Kick Off Perpaduan 2025 menjadi wadah untuk menyemai keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini menerusi sukan bola sepak.
Lebih bermanfaat, ia juga menjadi platform mengumpul dana bagi membangunkan semula Gaza, Palestin dengan berjaya meraih kutipan sekitar RM14,700.
Lebih bermanfaat, ia juga menjadi platform mengumpul dana bagi membangunkan semula Gaza, Palestin dengan berjaya meraih kutipan sekitar RM14,700.
![Lima cabaran daya huni bandar di Malaysia Lima cabaran daya huni bandar di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737013721_malaysiakualalump.jpg)
Lima cabaran daya huni bandar di Malaysia
Cara pengurusan urbanisasi hari ini akan memberi kesan jangka panjang terhadap daya huni bandar dan kelestarian planet.
8,076 calon SPM 2024 tidak hadir
Seramai 8,076 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak hadir menjawab semua kertas peperiksaan bertulis berdasarkan data direkod Kementerian Pendidikan (KPM) setakat 6 Februari lalu.
SOSMA kekal, tidak akan dikaji atau dimansuhkan
Perdana Menteri menegaskan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) tidak akan dikaji atau dimansuhkan.
![Konsert Triad: Tak perlu bandingkan vokalis Search Kid Din, mereka ada kelebihan sendiri – Awie Konsert Triad: Tak perlu bandingkan vokalis Search Kid Din, mereka ada kelebihan sendiri – Awie](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739418044_DatukAwieSearch.jpg)
Konsert Triad: Tak perlu bandingkan vokalis Search Kid Din, mereka ada kelebihan sendiri – Awie
Kid berkata keserasian mereka bersama Awie adalah unik dan tidak boleh dibandingkan dengan penyanyi lain, menggambarkan hubungan mereka sebagai sangat erat.
![Kerajaan belum putuskan laksana lesen edar tembakau dan keluaran tembakau - MPIC Kerajaan belum putuskan laksana lesen edar tembakau dan keluaran tembakau - MPIC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-12/71451349994_Tembakau.jpg)
Kerajaan belum putuskan laksana lesen edar tembakau dan keluaran tembakau - MPIC
Kerajaan masih belum memutuskan untuk melaksanakan pelesenan bagi pengedaran tembakau dan keluaran tembakau termasuk rokok.