AMPANG JAYA: Lokasi yang terbabit dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Kemensah Heights, di sini, diisytiharkan sebagai kawasan bencana.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata ia berikutan kesemua rumah yang terlibat tidak selamat diduduki buat masa ini.
Amirudin berkata, berdasarkan pemerhatian pihak berkuasa, satu runtuhan besar telah berlaku di lot nombor 8, menyebabkan dua lot lagi iaitu 6 dan 10 turut terjejas.
“Justeru, lot 6, 8 dan 10 kita isytiharkan belum selamat untuk diduduki dan kita nasihatkan (penduduk) untuk berpindah.
“Kemudian 24 unit juga kita arah berpindah buat sementara, dan pihak Jabatan Mineral dan Geosains (JMG)
menyebut akan mengambil masa maksimum dua hingga tiga hari untuk dapatkan kepastian adakah premis-premis yang terlibat ini selamat untuk didiami atau tidak.
“Buat sementara, kita nasihatkan semua keluar. Saya dah minta pihak polis nasihatkan lot 6, 8 dan 10 untuk keluar dan juga lot 12 yang ada di bawah ini (kawasan sekitar runtuhan),” katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.
BACA: Tanah runtuh Kemensah Heights: Kerajaan Selangor salur bantuan khas RM500
Terdahulu, Amirudin tiba bagi meninjau kawasan tanah runtuh dan memberikan bantuan bakul makanan kepada penghuni di kawasan berkenaan.
Mengulas lanjut, beliau berkata Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) meletakkan kanvas buat sementara waktu di kawasan tanah runtuh itu bagi mengelakkan risiko hakisan tanah.
Jelasnya, ia sebagai langkah awal untuk menutup kawasan berkenaan daripada terus terhakis, yang berkemungkinan menyebabkan runtuhan baharu.
“Selain itu, pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan masukkan mesin mereka melalui depan ini (kawasan tanah runtuh) untuk kita pastikan aliran air tidak tersekat.
“Sekarang ini aliran air sedikit tersekat, dan kita perlu elakkan daripada berlaku banjir.
“Sudah pasti kita ada unit cerun, dan kejadian di sini bukan lazim, ini bukan hotspot. Kawasan hotspot kita selalunya di Bukit Antarabangsa dan Ukay Perdana, jadi saya perlu dapatkan laporan yang sebenarnya, apa yang diperlukan,” katanya.
Mengenai bantuan Kerajaan Persekutuan, Amirudin berkata pihaknya belum mendapat makluman dan akan menunggu laporan penuh daripada MPAJ yang dijangka pada Rabu ini.
“Kita tunggu kalau Kerajaan Persekutuan nak bagi, terima kasih banyak-banyak.
“Kalau tiada, kita usahakan peruntukan sedia ada daripada kerajaan negeri,” katanya.
Terdahulu, Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memaklumkan peruntukan sebanyak RM1 juta diperlukan untuk membina kepingan besi (sheet pile) dalam kadar segera bagi mengatasi risiko kejadian tanah runtuh di Jalan Kemensah Heights.
Hasimi Muhamad
Sat Sep 18 2021

Berdasarkan pemerhatian pihak berkuasa, satu runtuhan besar telah berlaku di lot nombor 8, menyebabkan dua lot lagi iaitu 6 dan 10 turut terjejas. - Gambar/ Bernama

Warga emas hilang ketika memancing ditemukan lemas
Mayat mangsa dijumpai oleh orang awam selepas timbul di Jeti Pink Rompin pagi ini pada jarak 2.5 kilometer dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh.

Veteran DAP, Kulasegaran tarik diri pemilihan parti
M Kulasegaran mengumumkan keputusan untuk tidak mempertahankan jawatan dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu bagi memberi laluan kepada kepimpinan baharu.

Man Tiger tidak mengaku cuba bunuh suami isteri
Suspek ditahan dalam tempoh 24 jam selepas kejadian dan mempunyai 27 rekod jenayah lampau berkaitan jenayah dan dadah.
3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Tiga buah bas meletup, di Tel Aviv pada Khamis dalam kejadian yang didakwa oleh polis Israel sebagai serangan pengganas.
Inflasi Januari 2025, apa pendorong situasi dan prestasi terkini?
Untuk mengulas lanjut angka terkini inflasi ini, kita bersama Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai, Provost, Malaysia University of Science & Technology MUST.

Jabatan Kesihatan rampas gula-gula kenyal dijual dekat sekolah Mohamad Fahmi
JKN Pulau Pinang sedang siasat lebih lanjut keselamatan produk makanan itu, tindakan selanjutnya akan diselaras di peringkat ibu pejabat.

Bapa dakwa anak autistik didera di taska, ada kesan lebam
Seorang kanak-kanak autistik, didakwa menjadi mangsa dera di taska apabila bapanya menemukan kesan lebam yang besar pada belakang badan ketika ingin memandikan anak sulungnya itu.
'Nak beli baju raya, rancang kewangan terlebih dahulu' - Pakar
Masyarakat disaran untuk berbelanja secara berhemah dan tidak membiarkan perancangan kewangan mereka tersasar semata-mata kerana ingin memenuhi gaya hidup atau mengikut trend menjelang perayaan Aidilfitri.
[TERKINI] Inflasi Malaysia kekal 1.7 peratus pada Januari 2025 - DOSM
Inflasi Malaysia kekal 1.7 peratus pada Januari 2025 dengan mata indeks mencatatkan 133.6 berbanding 131.4 pada bulan yang sama tahun sebelumnya. Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaporkan hari ini mengenai keluaran Indeks Harga Pengguna (IHP), Januari 2025.

'Along Kubur' disambung reman empat hari
Perintah reman ke atas suspek dikeluarkan hingga 25 Februari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB)1952.

Empat keluarga cemas, ruang tamu, bilik utama dihempap tanah runtuh
Bomba terima panggilan kecemasan jam 11.57 malam dan mengatur gerak pasukan tiga anggota ke lokasi, dari Balai Bomba dan Penyelamat Tatau.

Nanta minta JKR pantau pergerakan tanah di Temalat
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi meminta JKR Sarawak untuk memantau pergerakan tanah di lokasi tanah runtuh di Jalan Song-Temalat-Kanowit, Song.

Jalan ke Kapit terputus akibat tanah runtuh - Nanta
Jalan Song/Sipan-Temalat ditutup kepada semua kenderaan berikutan kejadian tanah runtuh yang memutuskan hubungan jalan raya dari Kanowit ke Song hari ini.

Mangsa terakhir tragedi tanah runtuh di Miri ditemukan
Komander operasi menyelamat berkata mayat wanita warga emas itu berjaya dikeluarkan dari lokasi kejadian pada 6.26 petang.

Tanah runtuh Kampung Lereng Bukit: Satu lagi mayat mangsa ditemukan tertimbus
Satu lagi mayat mangsa kejadian tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit di bandar raya Miri awal pagi tadi, ditemukan kira-kira 8.55 pagi.

Banjir: Mangsa di Sarawak meningkat, tanah runtuh ragut satu nyawa, empat masih hilang
Sebanyak 14 PPS dibuka di seluruh Sarawak, melibatkan daerah Kuching, Serian, Bintulu, Miri, Siburan, Tatau, Bau dan Simunjan.

Tanah runtuh Kampung Lereng Bukit: Tiga mangsa ditemui, seorang maut
Dua mangsa pertama iaitu seorang remaja perempuan dan perempuan dewasa ditemui selamat sekitar jam 4.55 pagi.

Tanah runtuh: Enam sekeluarga termasuk empat kanak-kanak dikhuatiri tertimbus di Miri
Mangsa pertama, seorang lelaki dewasa bagaimanapun selamat, manakala enam yang lain masih gagal dikesan.

Lencongan di kawasan tanah runtuh Jalan Belaga Menjawah - Nanta
Pihak berkuasa telah melakukan pemeriksaan susulan kejadian tanah runtuh di Jalan Belaga Menjawah, Sarawak, yang dilaporkan berlaku pada 10.31 pagi tadi.

Tanah runtuh di Pekalongan, Jawa Tengah ragut 16 nyawa, tiga lagi hilang - BNPB
Kejadian di Kampung Kasimpar, Petungkriyono itu mengakibatkan dua rumah tertimbus, dua jambatan musnah, dan beberapa kenderaan dihanyutkan.