KUALA LUMPUR: Aktiviti mengemis yang telah wujud di negara ini sejak sekian lama dilihat semakin berkembang, khususnya dewasa ini, dan yang membimbangkan adalah golongan berkenaan semakin agresif mendesak orang ramai "bersedekah".
Tidak sampai 24 jam selepas mereka dikumpulkan dan butiran diri direkodkan sebelum dibebaskan, kumpulan peminta sedekah kembali melakukan aktiviti mereka - kali ini di lokasi berbeza di ibu kota.
Ibarat harimau tidak bertaring, undang-undang sedia ada tidak mempunyai kuasa ke atas pengemis. Baik Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 mahupun Akta Orang-Orang Papa 1977, kedua-duanya tidak menganggap perbuatan mengemis sebagai satu kesalahan.
Perbuatan itu hanya menjadi kesalahan apabila melibatkan kanak-kanak dan ada elemen penipuan serta eksploitasi.
Kedua-dua akta tersebut bukan seperti Vagrancy Act atau Akta Gelandangan 1824 di United Kingdom yang menjadikan bergelandangan atau meminta sedekah sebagai satu kesalahan. Sesiapa yang didapati tidur di tempat awam atau cuba mengemis di England dan Wales boleh ditangkap.
Justeru, timbul persoalan bilakah masalah sosial membabitkan pengemis yang mencemarkan pemandangan di Kuala Lumpur ini akan berakhir.
"SYURGA" PENGEMIS?
Kuala Lumpur yang tersenarai di kedudukan ke-32 daripada 60 negara dalam Indeks Bandar Selamat 2021 oleh Economist Intelligence Unit (EIU), turut menjadi lokasi "paling selamat" buat golongan ini yang banyak ditemukan di kawasan tumpuan ramai dan petempatan yang padat sehingga wujud koloni pengemis, antaranya Ampang, Chow Kit, Brickfields, Subang dan juga Shah Alam.
Di Ampang, kebanyakan peminta sedekah adalah warga Rohingya yang rata-rata meraih simpati masyarakat menggunakan kanak-kanak sehingga ada antara mereka yang sanggup menyewa anak rakan senegara bagi tujuan itu.
Brickfields pula cukup sinonim dengan kumpulan pengemis Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan bersama tukang pimpin mereka, membabitkan warga Indonesia yang berselindung di sebalik penjualan tisu.
Kegiatan golongan pengemis ini dikesan oleh Bernama dalam risikan bersama-sama pihak berkuasa yang menjalankan Op Pintas Bersepadu (Pengemis) selama empat hari bermula 9 Feb lepas di sekitar Lembah Klang.
Banyak yang dibongkar sepanjang operasi, antaranya perbezaan modus operandi pengemis warga asing dan tempatan, dengan warga asing khususnya Rohingya, begitu agresif mendekati orang ramai, sementara peminta sedekah tempatan pula masih dengan cara old school, iaitu hanya duduk secara pasif di satu-satu tempat seperti kaki lima, menunggu ihsan orang yang lalu-lalang.
Sepanjang empat hari itu juga Bernama merekodkan pelbagai penipuan yang dilakukan oleh golongan yang kononnya hidup dalam kesempitan ini, antaranya berpura-pura sakit dan daif namun datang mengemis bermotosikal atau menggunakan perkhidmatan e-hailing. Tidak kurang juga yang menyewa bilik di kawasan mahal selain memiliki telefon pintar iPhone 13 yang harganya melebihi RM4,000.
Bukan itu sahaja, ada pengemis otai yang berkelakuan seperti "abang long kawasan" dengan memeras "wang perlindungan" daripada pengemis baharu.
Mereka mungkin tidak hidup mewah, namun Bernama mendapati rata-rata pengemis terbabit mampu hidup senang dengan hasil kegiatan itu yang seolah-olah sudah menjadi "kerjaya" mereka kerana kebanyakannya mengemis secara sukarela, bukan dipaksa oleh sindiket seperti yang didakwa.
BACA: Pengemis semakin berani, cetus rasa gelisah warga kota
DI MANA SILAPNYA?
Sepanjang operasi itu, wakil Bernama juga melihat cabaran yang dihadapi oleh pihak berkuasa, termasuk berpanas dan berhujan dalam menjayakan operasi "mengumpul dan merekodkan butiran diri sebelum dibebaskan semula" tersebut.
Berdasarkan undang-undang sedia ada, tidak banyak tindakan yang boleh diambil terhadap peminta sedekah terbabit.
Bagi pengemis kanak-kanak yang diselamatkan, mereka akan dirujuk ke tempat perlindungan untuk diambil tindakan mengikut Akta Kanak-Kanak 2001, manakala individu dewasa tempatan yang tidak mempunyai waris dan berumur bawah 60 tahun akan ditempatkan di Desa Bina Diri (DBD).
Pengemis yang berusia 60 tahun ke atas pula akan dihantar ke Rumah Seri Kenangan (RSK) kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Bagi pengemis warga asing, mereka akan dirujuk kepada Jabatan Imigresen, sementara kes peminta sedekah daripada kelompok pelarian pula dibawa ke Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR).
Bernama tidak berniat menyalahkan mana-mana pihak, namun selepas empat hari berlelah bersama-sama pihak berkuasa yang hanya bagaikan mencari sungai tiada berhulu, sudah tiba masa akta berkaitan dilihat semula bagi membanteras kegiatan pengemis terbabit.
AKTA KUNO
Akta Orang-Orang Papa 1977 yang bertujuan menjaga dan memulihkan orang papa selain mengawal kutu rayau sudah berusia lebih empat dekad, namun sepanjang 45 tahun dikuat kuasa, langsung tiada pindaan dilakukan ke atas undang-undang itu.
Suara menggesa agar akta lapuk tersebut dipinda sudah bergema sejak 2014, namun hingga kini suara itu umpama anjing menyalak bukit atau mencurah air ke daun keladi.
Ketika itu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang diterajui oleh Datuk Seri Rohani Abdul Karim bercadang meminda akta tersebut dengan memperkenalkan elemen penguatkuasaan kerana peruntukan sedia ada hanya untuk melindungi dan memulihkan golongan berkenaan.
Antara yang diusulkan ialah hukuman penjara, khidmat masyarakat dan kompaun terhadap individu yang mengeksploitasi orang lain untuk mengemis serta mereka yang menjadikan kegiatan meminta sedekah sebagai karier.
Selepas hampir lapan tahun, cadangan hanya tinggal cadangan sekalipun pada 2020 Datuk Seri Rina Harun yang mengambil alih kementerian itu, pernah dilaporkan berkata akta tersebut akan dikaji semula bagi membela kebajikan gelandangan dan pengemis.
Ini termasuk usaha menambah baik dan mengaktifkan semula sekretariat penyelarasan bagi menangani isu gelandangan dan peminta sedekah.
"Akta ini dikuat kuasa sejak 1977, langsung tidak pernah dipinda sedangkan undang-undang perlu mengikut peredaran zaman dan 'orang atas' harus mainkan peranan mereka," kata sumber polis yang mungkin sudah "keletihan" melakukan kerja sia-sia kerana "hanya tangkap dan lepas berulang kali".
SEMAKIN BERMAHARAJALELA
Tugas pihak berkuasa dalam menangani isu pengemis bertambah mencabar apabila semakin ramai warga asing, khususnya pelarian Rohingya yang kebanyakannya memegang kad UNHCR, turut terbabit dalam aktiviti tersebut.
Tidak seperti pengemis warga tempatan, golongan ini dilihat semakin berani dan agresif dengan mengasak orang ramai agar "bersedekah" kepada mereka. Baru-baru ini tular klip video memaparkan kanak-kanak dipercayai etnik Rohingya berbuat demikian kepada pemandu kenderaan di sekitar Cheras dekat sini, sehingga menimbulkan kebimbangan serta kemarahan ahli masyarakat.
Mengulas mengenai isu itu, peguam Muhammad Akram Dr Abdul Aziz berkata warga Rohingya pemegang kad UNCHR yang melakukan aktiviti mengemis boleh diambil tindakan undang-undang sekiranya mereka terlibat dengan jenayah.
"Bagaimanapun tidak mudah untuk pihak berkuasa mengambil tindakan apabila ada pihak yang mempertikaikan mengapa pelarian sebegini ditahan pihak berkuasa dan mungkin juga wujud pengaruh politik dalam cubaan melindungi pemegang kad UNHCR ini.
"Keadaan ini mungkin sedikit-sebanyak mempengaruhi persepsi, bukan sahaja rakyat Malaysia tetapi juga pemegang kad UNCHR itu sendiri, yang berasakan diri mereka kebal tindakan undang-undang," katanya.
Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin dilaporkan memberi amaran kepada pelarian warga Rohingya di negara ini agar "tidak besar kepala" sehingga berani melanggar undang-undang Malaysia.
Hakikatnya, kelompangan akta sedia ada serta cabaran-cabaran lain mengekang pihak berkuasa daripada mengambil tindakan ke atas pengemis - kerana mengemis bukan kesalahan jenayah - menyebabkan isu mengemis, baik melibatkan rakyat tempatan mahupun warga asing, kekal menjadi barah dalam masyarakat.
Mengulas lanjut, Muhammad Akram berkata faktor lain yang menyebabkan bilangan pengemis di jalanan semakin bertambah ialah sikap masyarakat sendiri yang terlalu "bermurah hati" memberi wang kepada mereka atas alasan bersedekah.
Sikap itu katanya menyebabkan ada individu melihat kegiatan mengemis sebagai satu cabang "pekerjaan" yang menguntungkan asal saja sanggup tebal muka.
Di sebalik rungutan masyarakat tentang ramai warga asing mengambil kesempatan daripada sikap murah hati masyarakat Malaysia, statistik JKM menunjukkan pengemis tempatan mendominasi kegiatan tersebut dengan jumlah mereka yang diselamatkan pada 2020 ialah 1,786 orang berbanding hanya 322 warga asing.
Isu mengemis ini tidak akan berakhir tanpa tindakan berani "orang atas", apatah lagi pascapandemik COVID-19 menyaksikan ramai yang hilang pekerjaan, sekali gus mencetuskan kebimbangan ada antara mereka memilih aktiviti mengemis sebagai sumber pendapatan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 19 2022
Seorang pengemis menunggu di kaki lima untuk mendapatkan wang dari orang ramai ketika tinjauan di sekitar ibu kota, 17 Feb 2022. --fotoBERNAMA
Lima lelaki direman bantu siasatan kes langgar remaja
Lima lelaki ditahan reman bagi membantu siasatan kes kemalangan maut membabitkan seorang pelajar sekolah menengah di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu.
Masters Indonesia: Tang Jie-Ee Wei tempah pusingan 16
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menewaskan gandingan Perancis, Julien Maio-Lea Palermo, 21-19 21-17.
WEF 2025: Realiti peralihan tenaga ada cabaran unik Asia
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Aziz menekankan kerumitan dalam melaksanakan peralihan tenaga sambil mengimbangi realiti ekonomi, khususnya di Asia. Beliau menegaskan bahawa walaupun usaha global ke arah tenaga boleh diperbaharui adalah penting, laluan peralihan tenaga di Asia memerlukan pendekatan yang lebih berhati-hati, mengambil kira cabaran unik di rantau ini.
KPM sedia salur khidmat kaunseling bantu anak lelaki OKU dipukul di Kemaman
Kementerian Pendidikan bersedia menyalurkan khidmat kaunseling kepada anak lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang dipukul di Kemaman, Jumaat lepas.
'Doktor' Ayurveda bergelar 'Datuk Seri' disiasat
Polis membuka kertas siasatan terhadap seorang 'doktor' ayurveda palsu bergelar 'Datuk Seri' yang didakwa menawarkan rawatan tradisional tanpa lesen sah di Puchong, Selangor.
Dr Dzulkefly junjung agenda banteras buli
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad beliau sedar dan insaf tentang tekanan kerja yang dialami mendiang Dr Tay, biarpun ia sememangnya memenuhi huraian kerja mendiang.
Tegasnya lagi, beliau akan tetap berpegang kepada agenda membanteras sebarang kejadian membuli di fasiliti kesihatan awam sekiranya benar-benar terjadi.
Tegasnya lagi, beliau akan tetap berpegang kepada agenda membanteras sebarang kejadian membuli di fasiliti kesihatan awam sekiranya benar-benar terjadi.
Kematian Dr Tay tiada insiden buli
Tiada sebarang insiden buli yang berlaku di Hospital Lahad Datu, hingga menyebabkan kematian pakar patologi Hospital Lahad Datu, Dr Tay Yien Yaa, seperti yang didakwa oleh ahli keluarganya.//
Pengerusi Pasukan Petugas Khas Lahad Datu, Tan Sri Borhan Dolah berkata hasil siasatan yang dilakukan pasukan tersebut mendapati mendiang telah mengalami tekanan akibat beban kerja, walaupun tugasan itu masih terkandung dalam skop huraian kerja beliau
Pengerusi Pasukan Petugas Khas Lahad Datu, Tan Sri Borhan Dolah berkata hasil siasatan yang dilakukan pasukan tersebut mendapati mendiang telah mengalami tekanan akibat beban kerja, walaupun tugasan itu masih terkandung dalam skop huraian kerja beliau
PM Anwar akan bertemu pengasas WEF, pimpin sesi pleno ASEAN pada akhir WEF 2025
Perdana Menteri akan menerima kunjungan hormat Pengasas dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah WEF Prof Klaus Schwab di hari terakhir WEF 2025.
Guru ingin buat kerja sambilan perlu dapatkan kebenaran - Fadhlina
Guru yang ingin melakukan kerja sambilan perlu mendapatkan kebenaran Kementerian Pendidikan Malaysia terlebih dahulu.
Henti tol percuma musim perayaan langkah wajar - Pakar, aktivis
Keputusan kerajaan menghentikan pemberian tol percuma pada musim perayaan adalah langkah wajar.
Polis Johor bongkar sindiket eksploitasi OKU asing jadi pengemis
Sindiket itu beroperasi sejak April lepas dan setiap pengemis OKU mampu mengutip derma mencecah RM8,000 sebulan.
Warga asing guna ubat 'tidurkan' kanak-kanak untuk mengemis
Perbuatan itu dipercayai bagi meraih simpati orang ramai sekali gus meningkatkan 'pendapatan' warga asing terbabit.
Semak latar belakang sebelum beri sedekah - Nancy
Orang awam dinasihat agar menyemak latar belakang penerima sebelum menghulurkan bantuan atau sedekah terutama sepanjang bulan Ramadan.
Pihak berkuasa Filipina beri amaran sindiket pengemis guna kod QR
Foto seorang budak lelaki mengemis di ibu negara Filipina menggunakan kod QR tular di media sosial, mendorong sebuah badan kerajaan mengeluarkan amaran.
Main kasar! Taktik baharu pengemis ibu kota
Mereka didakwa menggunakan kekerasan sekiranya seseorang itu tidak mahu memberikan wang atau mahu melaporkan kepada pihak berkuasa.
Warga Thailand dakwa mengemis untuk ubat penyakit anak
Wanita berusia 46 tahun itu mendakwa berstatus ibu tunggal kepada dua anak perempuan berusia 18 dan 22 tahun selepas kematian suami lebih sembilan tahun lalu.
Pengemis 'buta' bertongkat larikan diri diekori JKM
Individu dipercayai menyamar mengalami kecacatan penglihatan itu melarikan diri sebaik sahaja menyedari dirinya diekori.
Sabah sedia Pusat Perlindungan Sementara atasi masalah kanak-kanak mengemis - Hajiji
Pusat perlindungan berkenaan dijangka mula beroperasi pada penghujung tahun ini.
80 peratus pengemis di Kelantan adalah penerima bantuan JKM
Hampir 80 peratus pengemis dan peminta sedekah yang ditahan di Kelantan adalah penerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
13 termasuk lima warga asing ditahan mengemis di Kota Bharu - JKM
Bagi warga tempatan yang ditahan, mereka diminta supaya menandatangani Surat Aku Janji dan dihalang untuk berbuat demikian lagi.