KUALA LUMPUR: Pengguna Lebuhraya Puchong-Bukit Jalil berhampiran premis Mercedes-Hap Seng gempar apabila sebuah lori yang membawa muatan batu kerikil yang melalui kawasan itu tiba-tiba merempuh lapan buah kereta.
Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, kesemua pemandu dan penumpang lapan kenderaan yang dilanggar lori tersebut bernasib baik apabila tiada yang mengalami kecederaan.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A Anbalagan berkata, polis menahan pemandu lori yang berusia 34 tahun untuk siasatan lanjut.
"Semakan mendapati pemandu itu mempunyai 13 rekod saman lampau namun telah dijelaskan," katanya dalam kenyataan di sini, pada Rabu.
Mengulas lanjut Anbalagan berkata, berdasarkan siasatan awal, pemandu lori itu dikatakan gagal memberhentikan kenderaannya dan melanggar lapan buah kenderaan yang berada di hadapannya.
Pelanggaran itu katanya dipercayai berlaku disebabkan sistem brek lori berkenaan yang tidak berfungsi dengan baik.
Ujian air kencing yang dijalankan ke atas pemandu terbabit juga katanya, negatif dadah.
Umavathi Ramayah
Wed Aug 03 2022

Polis menahan pemandu lori yang berusia 34 tahun untuk siasatan lanjut. - Gambar/ Media sosial

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.

Lapan maut, 11 cedera dalam kemalangan di plaza tol Jawa Barat
Sekitar 11.30 malam, sebuah lori membawa muatan air mineral merempuh beberapa kenderaan yang sedang beratur untuk membayar tol.

Brek rosak, lori rempuh enam kereta di persimpangan lampu isyarat
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan hanya seorang pemandu mengalami cedera ringan dalam insiden jam 10.45 pagi Sabtu itu.

Pandu melulu punca kemalangan tiga kenderaan
Menurut polis, Toyota Camry dipandu seorang lelaki dipercayai mengubah haluan dari lorong kanan ke kiri sebelum melanggar Perodua Aruz.

Dua maut, lori rempuh 11 kenderaan di Putrajaya
Nahas melibatkan enam kereta, dua lori, tiga motosikal dan sebuah motosikal polis trafik, dengan satu daripada lori terlibat dipercayai melanggar kenderaan yang sedang berhenti dalam barisan.

13 kereta rosak dirempuh lori di lampu isyarat
13 kereta dirempuh sebuah lori ketika berhenti di lampu isyarat di Jalan Beserah berhampiran Perumahan Polis Bukit Pelindung di Kuantan.

Lori bawa batu kerikil rempuh lapan kereta
Pengguna Lebuhraya Puchong-Bukit Jalil berhampiran premis Mercedes-Hap Seng gempar apabila sebuah lori yang membawa muatan batu kerikil yang melalui kawasan itu tiba-tiba merempuh lapan buah kereta.

Lori pasir brek rosak rempuh tiga kereta
Kejadian kira-kira jam 12.35 tengah hari itu berlaku dipercayai semasa lori terbabit dari arah Hulu Langat menghala ke Ampang.