Skip to main content

Malaysia

Lori muatan LPG meletup dekat Plaza Tol Kajang, kelindan cedera

A three-tonne lorry was approximately 98 percent destroyed by fire in an incident before the Kajang Toll heading towards Seremban, today. -- X BERNAMA
Kejadian yang berlaku jam 4.44 petang itu turut menyebabkan kesesakan lalu lintas sepanjang beberapa kilometer di laluan berkenaan. -Foto X/Bernama
Advertisement

KAJANG: Seorang lelaki dilapor cedera selepas sebuah lori tiga tan membawa muatan gas petroleum cecair (LPG) dinaikinya meletup dan terbakar berhampiran susur keluar Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang (SILK) sebelum Plaza Tol Kajang, petang Jumaat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar, berkata insiden mengakibatkan lelaki dewasa yang juga kelindan lori berkenaan mengalami kecederaan melecur, manakala pemandu lori terselamat.

Ashrul berkata lori berkenaan musnah terbakar kira-kira 98 peratus dalam kejadian tersebut.

Kejadian yang berlaku jam 4.44 petang itu turut menyebabkan kesesakan lalu lintas sepanjang beberapa kilometer di laluan berkenaan.

Beberapa letupan kuat turut dilaporkan berlaku, manakala kepulan asap hitam tebal dapat dilihat dari jarak jauh dan menjejaskan penglihatan pengguna jalan raya.

 

 

 

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi dikerah ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan bagi mengawal kebakaran.

Pihak berkuasa dan syarikat konsesi lebuh raya menasihatkan orang ramai supaya mengelakkan laluan ke arah Kajang Selatan buat sementara waktu dan menggunakan laluan alternatif.

 

 

Must Watch Video

Advertisement