SEBERANG JAYA: Seorang pemandu lori dikhuatiri lemas selepas lori yang dipandunya terbabas ke dalam longkang besar dalam kemalangan di Kilometer 137 (arah Selatan), Lebuhraya Utara Selatan, Pulau Pinang.
Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri memaklumkan pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 1.34 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian.
Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Perai yang tiba di lokasi kejadian mendapati sebuah lori terjunam ke dalam longkang sedalam lebih kurang 4.57 meter.
Kejadian dilaporkan berlaku sewaktu hujan lebat.
Menurut Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Perai, PBK II Mohd Fakharurazi Md Rejab, terdapat dua mangsa di dalam lori berkenaan, namun seorang daripadanya berjaya diselamatkan.
"Terdapat dua lelaki di dalam lori berkenaan iaitu pemandu dan kelindan lori, seorang berjaya di selamatkan dan dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya, manakala usaha menyelamatkan seorang lagi dipercayai pemandu lori sedang dilakukan pasukan penyelamat.
"Anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat Butterworth dengan bantuan lori kren sedang melakukan kerja-kerja penyelamatan dan pencarian di sepanjang longkang besar tersebut," katanya ketika dihubungi pada Ahad.
Dewi Nur Harasha Alias
Sun Jul 11 2021

Usaha menyelamatkan seorang lagi mangsa, iaitu pemandu lori sedang dilakukan pasukan penyelamat. - Foto ihsan JBPM

4 pegawai bekas PM ditahan: SPRM panggil beberapa individu, kenamaan bantu siasatan
SPRM akan memanggil beberapa individu termasuk kenamaan dalam masa terdekat untuk membantu siasatan membabitkan penahanan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan bekas Perdana Menteri.

Bekas pengawal keselamatan dilapor hilang ditemukan meninggal dunia
Bekas pengawal keselamatan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai pergi ke Gua Beringin, Chuping semalam ditemukan meninggal dunia.

Bekas jurulatih MMA warga Iran dipenjara sembilan tahun, 20 sebatan miliki kanabis
Seorang bekas jurulatih MMA warga Iran dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun dan 20 sebatan kerana memiliki 1,858.3 gram kanabis.

BAS.MY Ipoh dilancar, tambahan laluan ke Kuala Kangsar, Kampar - Loke
Kemudahan bas henti-henti BAS.MY Ipoh dilancar hari ini di bawah Program Transformasi Bas Berhenti-henti (SBST).
AWANI Ringkas: Salah guna teknologi | Sistem keselamatan LRT berfungsi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sistem keselamatan hentian kecemasan berfungsi - Anthony
Kementerian Pengangkutan menolak tanggapan insiden di LRT Titiwangsa yang menyebabkan kematian seorang lelaki OKU penglihatan berpunca kegagalan sistem keselamatan hentian kecemasan pencerobohan penumpang.
Menteri Luar Thailand bertemu pemerintah Myanmar
Menteri Luar Thailand, Maris Sangiampongsa mengadakan pertemuan bersama pemerintah Myanmar, Jeneral Min Aung Hlaing baru-baru ini.
Kes penculikan jejas sentimen warga China terhadap Thailand
Thailand berdepan tekanan untuk mencapai sasaran kemasukan 9 juta pelancong dari China tahun ini.

Malaysia sasar capai sifar eksport MSM, tingkat keluaran produk hiliran - Johari Ghani
Daripada 19.3 juta tan MSM dihasilkan pada 2024, hanya 3 juta tan dieksport manakala selebihnya diproses menjadi produk hiliran.

Indonesia lancar dana kekayaan berdaulat bernilai AS$900 bilion
"Danantara akan menjadi pemangkin kemajuan, menghubungkan pelaburan dengan projek utama, mempercepatkan pembangunan ekonomi."

Lori terjunam: Pemandu maut digilis kenderaan dipandu
Seorang pemandu lori maut selepas digilis lori yang dipandunya dalam kejadian di kawasan pembinaan sebuah tapak projek.

Lori terjunam dalam longkang, mayat pemandu ditemui
Pemandu lori yang hilang selepas kenderaan dipandunya terjunam ke dalam longkang dipenuhi air sedalam 4.57 meter ditemui lemas pada Ahad.

Lori terjunam ke dalam longkang besar, pemandu dikhuatiri lemas
Seorang pemandu lori dikhuatiri lemas selepas lori yang dipandunya terbabas ke dalam longkang besar dalam kemalangan di Kilometer 137 (arah Selatan), Lebuhraya Utara Selatan, Pulau Pinang.