KUALA LUMPUR: Sebagai persediaan menghadapi pertambahan jumlah kenderaan di lebuh raya yang dijangka menyebabkan kesesakan lalu lintas, lorong Smart Lane diaktifkan pada musim perayaan ini.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata apa yang dilaksanakan Kementerian Kerja Raya (KKR) bersama syarikat konsesi lebuh raya Plus Malaysia Bhd (PLUS) adalah sebagai usaha melancarkan aliran trafik di laluan Smart Lane.
Sehubungan dengan itu, laluan Smart Lane di Lebuhraya Utara-Selatan di 18 lokasi strategik ditambah baik selain menambah baik papan tanda pemberitahuan dan peringatan dari segi reka bentuk dan kuantiti.
"Papan tanda elektronik pemberitahuan pengaktifan Smart Lane turut ditambah dan memasang lampu hijau berkelip di atas papan tanda sebagai indikasi laluan Smart Lane sedang diaktifkan," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Laluan Smart Lane diperkenalkan untuk menambah kapasiti lorong di laluan yang dikenal pasti, membantu menyuraikan kesesakan pada waktu puncak dan meningkatkan kelancaran perjalanan sepanjang lebuh raya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 07 2024
![Lorong Smart Lane diaktifkan tangani kesesakan jalan raya musim perayaan Lorong Smart Lane diaktifkan tangani kesesakan jalan raya musim perayaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712471737_SmartLane.jpg)
Laluan Smart Lane di Lebuhraya Utara-Selatan di 18 lokasi strategik ditambah baik selain penambahbaikan papan tanda pemberitahuan dan peringatan dari segi reka bentuk dan kuantiti. - Foto FB Alexander Nanta Linggi
![Joehari Presiden FAM baharu, Dollah dan Zainal bantu teraju pengurusan tertinggi Joehari Presiden FAM baharu, Dollah dan Zainal bantu teraju pengurusan tertinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739600767_DatukMohdJoehariM.jpg)
Joehari Presiden FAM baharu, Dollah dan Zainal bantu teraju pengurusan tertinggi
Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub secara rasmi diumum sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang baharu.
![Iman Aliff mahu lakar sejarah di Olimpik menerusi Muay Thai Iman Aliff mahu lakar sejarah di Olimpik menerusi Muay Thai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739593151_TBIMAN.jpg)
Iman Aliff mahu lakar sejarah di Olimpik menerusi Muay Thai
Atlet Muay Thai negara Ahmad Nor Iman Aliff Rakib menaruh harapan besar agar sukan tempur itu dapat dipertandingkan pada temasya Sukan Olimpik.
![Polis rampas dadah dalam bungkusan teh Cina berjumlah RM23.67 juta Polis rampas dadah dalam bungkusan teh Cina berjumlah RM23.67 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739599710_KhawKokChin.jpg)
Polis rampas dadah dalam bungkusan teh Cina berjumlah RM23.67 juta
PDRM menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah jenis syabu dan ketamin yang menjadikan negara ini sebagai transit.
![Trump rancang umum tarif ke atas kereta import pada 2 April Trump rancang umum tarif ke atas kereta import pada 2 April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738727270_tbDonaldTrump.jpg)
Trump rancang umum tarif ke atas kereta import pada 2 April
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump akan mengumumkan tarif ke atas kereta import pada awal April.
![Konsert 'Triad', kegilaan tiga jam yang amat berbaloi! Konsert 'Triad', kegilaan tiga jam yang amat berbaloi!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739595654_AwieMBOR.jpg)
Konsert 'Triad', kegilaan tiga jam yang amat berbaloi!
MEMANG sukar untuk dipercayai sebenarnya apabila melihat Datuk Awie mampu 'henjut' lebih 25 buah lagu bersama tiga kumpulan rock berbeza untuk tempoh tiga jam tanpa henti.
![Wanita ditemui mati dalam tandas Wanita ditemui mati dalam tandas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739599151_WanitaMautTandas.jpg)
Wanita ditemui mati dalam tandas
Seorang wanita ditemui meninggal dunia dalam tandas yang berkunci di sebuah rumah di Taman Yuk Kwan di Batu Gajah pada Sabtu.
![Pemberian lesen bazar Ramadan telus - Dr Zaliha Pemberian lesen bazar Ramadan telus - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739595287_TBZaliha.jpg)
Pemberian lesen bazar Ramadan telus - Dr Zaliha
Kaedah pemberian lesen bazar Ramadan di ibu negara tahun ini akan dijalankan secara telus termasuk cabutan undi petak dilaksanakan DBKL.
![Bot terbalik: Tiga sekeluarga selamat, seorang dikhuatiri lemas Bot terbalik: Tiga sekeluarga selamat, seorang dikhuatiri lemas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739597935_TBbotterbalik.jpg)
Bot terbalik: Tiga sekeluarga selamat, seorang dikhuatiri lemas
Seorang pemuda dikhuatiri lemas manakala tiga lagi ahli keluarganya terselamat selepas bot digunakan mereka untuk menjala terbalik di Jasin.
![CAAM pacu pendigitalan untuk masa depan ruang udara lebih selamat CAAM pacu pendigitalan untuk masa depan ruang udara lebih selamat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739590711_CaptainNorazmanMah.jpg)
CAAM pacu pendigitalan untuk masa depan ruang udara lebih selamat
CAAM terus memperkasakan kedudukannya sebagai pengawal selia proaktif dalam industri penerbangan awam menerusi pelaksanaan Pelan Strategik Pendigitalan (DSP) 2024-2028.
Hampir 10,000 kakitangan agensi kerajaan dipecat pentadbiran Trump
Kempen Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan penasihatnya, Elon Musk untuk mengurangkan birokrasi negara itu secara ketara menyaksikan pemecatan hampir 10,000 kakitangan kerajaan Persekutuan.
![Lorong Smart Lane diaktifkan tangani kesesakan jalan raya musim perayaan Lorong Smart Lane diaktifkan tangani kesesakan jalan raya musim perayaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712471737_SmartLane.jpg)
Lorong Smart Lane diaktifkan tangani kesesakan jalan raya musim perayaan
Sebagai persediaan menghadapi pertambahan jumlah kenderaan di lebuh raya, lorong Smart Lane diaktifkan pada musim perayaan ini.