awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
MALAYSIA
Monsun Barat Daya: Bekalan tanaman, ternakan terkawal - Mohamad
GAYA HIDUP
Diet Jepun mungkin bantu tangani gejala kemurungan - Kajian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

LPG ungu: ‘Orang sebut A, dia sebut Z’ - Armizan minta Wee Ka Siong lebih cermat mengulas

Firdaus Azil
Firdaus Azil
08/06/2025
15:28 MYT
Sponsor Banner
LPG ungu: ‘Orang sebut A, dia sebut Z’ - Armizan minta Wee Ka Siong lebih cermat mengulas
Armizan berkata, Ka Siong seharusnya lebih cermat dalam sebarang ulasan, agar tidak dilihat sebagai sengaja mengelirukan rakyat. - Bernama
KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali menolak pandangan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong bahawa isu penggunaan tong gas petroleum cecair (LPG) melibatkan Akta Kawalan Bekalan (Pindaan) 2022.
Sebaliknya Ahli Parlimen Papar itu berkata, beliau pada sidang media pada Khamis lepas merujuk kepada Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan (PPKB)(Pindaan) 2021, yang telah digubal pada 2021, dan berkuat kuasa pada tahun yang sama.
Armizan berkata, Ka Siong seharusnya lebih cermat dalam sebarang ulasan, agar tidak dilihat sebagai sengaja mengelirukan rakyat.
“Apapun, saya fikir perlu ucapkan tahniah kepada Presiden MCA sebab dalam ‘posisi’ sekarang beliau lebih cakna sebagai ‘jurucakap rakyat’ berbanding dulu. Saya fikir kiranya aura ‘jurucakap rakyat’ itu muncul lebih awal ketika beliau menjadi Menteri, beliau dan partinya pasti akan membuat bantahan lebih awal pada tahun 2021 dan bukannya tahun 2025.
“Ini kerana pada tahun 2021, KPDNHEP (masa itu) telah menggubal PPKB (Pindaan) 2021, menguatkuasakannya pada 15 Oktober 2021 dan sekali gus diwartakan sebagai Warta Kerajaan Persekutuan yang boleh diakses oleh awam,” katanya lagi.
Terdahulu Ka Siong, yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam, mendesak Armizan untuk meminta maaf kerana mendakwa beliau terlibat dalam meluluskan peraturan berkaitan kawalan bekalan ketika berada dalam Kabinet pada 2021.
Memetik laporan media, Ka Siong berkata, berdasarkan semakan Hansard Parlimen 2021, pindaan ketika itu hanya bertujuan memberi kuasa penguatkuasaan lebih luas kepada pegawai KPDN, dan pindaan terhadap Akta Kawalan Bekalan (Pindaan) 2021, iaitu Akta A1622, tidak pernah bertujuan untuk mengawal penggunaan LPG bersubsidi.
Bagaimanapun Armizan menjelaskan, Ka Siong terkhilaf dalam merujuk kepada akta yang tepat.
“Saya harap Presiden MCA tidak cepat 'koyak' bila saya petik nama DAP hingga tersilap rujuk undang-undang. Dalam sidang media pada 5 Jun 2025 secara jelas saya sebut Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Pindaan) 2021 - PPKB (Pindaan) 2021. Dalam sidang yang sama, kenyataan media telah diedarkan.
“Undang-undang yang Presiden MCA ulas panjang lebar hari ini pula adalah Akta Kawalan Bekalan (Pindaan) 2022 (Akta A1652). Memang tidak jumpa peruntukan undang-undang yang saya maksudkan sebab saya sebut A, beliau rujuk Z,” katanya lagi.
Isu terbabit mula timbul apabila wujud dakwaan semua kedai makan dikehendaki menggunakan LPG untuk kegunaan komersial, iaitu silinder gas berwarna ungu 14 kilogram berharga RM70 setong, berbanding silinder hijau untuk kegunaan domestik berharga RM26 setong.
Topic Berkaitan
#subsidi gas
#Armizan Mohd Ali
#Wee Ka Siong
#silinder ungu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami