PONTIAN: Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) berhasrat untuk menjadikan nanas sebagai buah kebangsaan.
Pengerusi berkenaan Sheikh Umar Bagharib Ali berkata LPNM sedang dalam usaha ke arah itu, namun perancangan mengenainya masih dalam peringkat awal.
"Kita melihat nanas berpotensi bukan sahaja dari segi nilai ekonomi, tetapi pada pandangan saya, karakter (ciri) nanas itu sendiri juga yang (menjadikannya) boleh diangkat sebagai buah kebangsaan.
"...(justeru) usaha di peringkat lembaga ini akan diangkat kepada menteri (Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu) dan perkara ini mesti sampai terus kepada kabinet dan ke peringkat yang lebih tinggi," katanya pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Nanas Malaysia 2024 di Alor Bukit di sini semalam.
Turut hadir Ketua Pengarah LPNM Mohd Khairuzamri M Salleh.
Sheikh Umar Bagharib dalam pada itu berkata nanas bukan sahaja telah membantu mengeluarkan pekebun kecil daripada kemiskinan tetapi ia turut meningkatkan pendapatan ekonomi negara.
Selain itu, menurut beliau, nanas mempunyai ciri yang berguna dengan konsep sekali tanaman iaitu 'Sekali Tanam,Tiga Kali Tuai' dan sifar sisa, selain gabungan mata-mata nanas yang memperlihatkan kesepaduan rakyat Malaysia.
"Jadi, saya yakin dan percaya, perkara ini apabila diangkat (kepada kementerian) akan mendapat perhatian dan pertimbangan positif dari pihak atasan," katanya.
Terdahulu beliau berkata LPNM merancang untuk menjadikan Sambutan Hari Nanas Malaysia sebagai sambutan dwi tahunan yang akan disambut pada setiap 27 Jun iaitu bersamaan dengan Sambutan Hari Nanas Sedunia.
"Tahun 2024 merupakan tahun untuk memperkenalkan Hari Nanas Malaysia kepada masyarakat dengan pelbagai bentuk publisiti dan kempen melalui siri jelajah yang dijalankan di seluruh negara.
"Manakala, tahun depan akan menjadi tahun pertama sambutan Hari Nanas Malaysia dan dijangka disambut secara lebih besar dan meriah," katanya.
Beliau berkata Sambutan Hari Nanas Malaysia antaranya diraikan untuk mengenang kejayaan industri nanas yang telah memberikan sumbangan besar kepada ekonomi negara serta bagi memperkukuhkan hubungan antara semua pihak yang terlibat.
"Industri ini turut menyediakan peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup komuniti luar bandar melalui inovasi dan teknologi," katanya.
Seramai kira-kira 550 orang hadir meraikan perasmian Sambutan Hari Nanas Malaysia 2024 dengan pelbagai acara diadakan termasuk kenduri rakyat yang menampilkan sembilan menu berasaskan nanas, Town Hall LPNM, Pineapple Fun Run dan Pineapple Carving.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 27 2024

Pada majlis perasmian sambutan Hari Nanas Malaysia 2024 di Alor Bukit, Pontian semalam, LPNM turut menyerahkan 'mockup-cheque' kepada wakil usahawan seluruh negara bagi projek pembangunan tahun 2024. - Foto Facebook LPNM
'Kapal yang berlabuh tidak perlu serah dokumen secara fizikal'-Anthony
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan satu aplikasi di mana semua dokumen kapal yang berlabuh tidak perlu diserahkan secara fizikal dan akan dilakukan secara dalam talian. #AWANInews

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.
'Tapi sedih dia tak jemput' - Timbalan Yang di-Pertua
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan ucapan selamat pengantin baru kepada YB Sandakan dan Timbalan Yang di-Pertua berseloroh bahawa tidak dijemput ke majlis tersebut. #AWANInews

Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api
Penyanyi Rap Amerika Syarikat, A$AP Rocky dibebaskan daripada pertuduhan serangan jenayah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.

Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.

SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa. #AWANInews

Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican
Paus Francis disahkan menghidap radang paru-paru, menurut kenyataan Vatican pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

LPNM bangunkan Pusat Pemprosesan Sisa, komited perkukuh rantaian industri nanas
Pusat Pemprosesan Sisa Nanas dijangka beroperasi pada suku pertama tahun ini, dengan peruntukan RM2 juta disalurkan KPKM untuk pelbagai projek pembangunan berkaitan sisa nanas.

LPNM mahu jadikan nanas sebagai buah kebangsaan
Sheikh Umar Bagharib berkata pihaknya sedang dalam usaha ke arah itu, namun perancangan mengenainya masih dalam peringkat awal.

Pasaran nanas diperluas ke Osaka, Jepun - LPNM
Pasaran nanas MD2 kini telah diperluaskan ke Osaka sekali gus menyumbang kepada peningkatan jumlah eksport negara, kata Pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Sheikh Umar Bagharib Ali.

Terapi nanas buka lembaran baharu buat penghuni Puspen Jelebu
Dengan kemahiran yang dipelajari, saya merancang untuk menjual tart nanas sebagai permulaan kehidupan baharu saya, kata Abang Chik.

Nilai eksport produk nanas dijangka cecah RM1.3 bilion tahun ini
Nilai eksport produk berasaskan nanas negara dijangka boleh mencecah sehingga RM1.3 bilion pada tahun ini selari dengan trend peningkatan.

Banjir: 54 pekebun nanas di Johor rugi RM8.41 juta - LPNM
Seramai 54 pekebun nanas di Johor mengalami kerugian bernilai RM8.41 juta, selepas kawasan tanaman seluas 99.35 hektar terjejas akibat banjir.

Eksport nanas negara tunjuk trend peningkatan dari 2016 hingga 2020
Eksport nanas Malaysia menunjukkan trend peningkatan dari 2016 hingga 2020 dengan pertambahan permintaan dari China dan Timur Tengah terutama bagi varieti MD2, N36 dan Josapine.

Sarawak mungkin atasi Johor sebagai pengeluar nanas terbesar negara
Sarawak juga mempunyai seramai 700 hingga 900 petani yang terlibat dengan penanaman nanas di negeri ini sejak RMK-11, dengan paling ramai mereka di Bahagian Samarahan.

Nanas bantu penduduk Iban di perkampungan Muara Payang tambah pendapatan
Sehingga kini, hampir semua 11 keluarga yang mendiami kampung itu terlibat dengan penanaman nanas jenis (baka) Sarikei.

Alumni UMK jadi 'tauke' nanas raih pendapatan lumayan
Bidang agro tani mampu memberi pulangan lumayan sekiranya diusahakan secara serius dan komited.