KUALA LUMPUR : Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah berpuas hati dengan penjelasan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (LPPR), Tan Sri Azam Baki berhubung dakwaan beliau memiliki saham dengan jumlah yang melampau.
Pengerusinya, Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata, mesyuarat yang diadakan bersama Azam pada 24 November lalu mendapati beliau tidak ada sebarang kaitan dengan dakwaan itu.
“Dalam pertemuan itu, Tan Sri Azam telah menjelaskan kedudukan sebenar kepada saya dan ahli-ahli LPPR yang lain bahawa akaun saham beliau ketika itu digunakan oleh adiknya, Nasir Baki untuk membeli saham-saham berkaitan pada tahun 2015, yang mana beliau tidak mempunyai sebarang kepentingan pecuniary ataupun beneficial bagi pembelian mahupun pemilikan saham-saham berkenaan.
“Pada masa yang sama, pembelian saham-saham tersebut dibuat di pasaran saham terbuka dan tiada sebarang pencanggahan kepentingan bagi pembelian saham-saham berkenaan pada tahun 2015,” jelasnya.
Mengulas lanjut, Abu Zahar menjelaskan, walau bagaimanapun, kesemua saham-saham tersebut telah dipindahkan semula kepada Nasir dalam tahun berkaitan.
“Setelah berbincang dengan panjang lebar, ahli-ahli LPPR berpendapat bahawa Tan Sri Azam tiada sebarang kepentingan pecuniary mahupun beneficial ke atas saham-saham berkenaan.
“Justeru, LPPR berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan dan mendapati tiada sebarang perlakuan jenayah atau conflict of interest dalam perkara tersebut,” jelasnya.
Beliau menambah, LPPR bercadang untuk memaklumkan perkara tersebut kepada masyarakat tetapi isu itu telah dibangkitkan terlebih dahulu oleh bekas ahli Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) SPRM, Edmund Terence Gomez.
“Perkara ini (pendedahan Edmund) amat mengejutkan saya,” ujarnya.
Katanya sebegai seorang terpelajar dan ahli jawatankuasa PPPR, Edmund seharusnya tahu akan struktur dan tanggungjawab semua lima panel yang bebas memantau semua perjalanan Pentadbiran SPRM.
"Oleh demikian, saya berpendapat dia mempunyai tiga pilihan untuk mengemukakan perkara-perkara yang beliau tidak puas hati kepada LPPR atau Jawatankuasa Aduan (JKA).
"Justeru, saya percaya dan yakin bahawa masalah beliau musykilkan boleh diambil tindakan yang sewajarnya. Kerana dalam semua ahli jawatankuasa tersebut tiada seorang pun pegawai-pegawai dari SPRM dan mereka boleh secara bebas membuat keputusan," ujarnya.
Umavathi Ramayah
Wed Jan 05 2022

Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata, mesyuarat yang diadakan bersama Azam pada 24 November lalu mendapati beliau tidak ada sebarang kaitan dengan dakwaan itu. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Kontroversi rasuah: Lawan, cuti atau letak jawatan? - Dialog Tiga Penjuru 8.30 malam ini
Ikuti perbincangannya malam ini jam 8.30 dalam Dialog Tiga Penjuru.

Ini ringkasan sidang media Pengerusi LPPR, Tan Sri Abu Zahar pada 11 Januari 2022
Abu Zahar menyatakan kesediaan disiasat mana-mana pihak atau agensi, berhubung kenyataannya mengenai pemilikan saham Azam Baki.

SPRM sokong Azam Baki, sifatkan tuduhan bermotif politik dendam
Kes membabitkan Azam sedang disiasat Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Itu pandangan peribadi Abu Zahar, kami kemuka cadangan lain" - 6 Ahli LPPR
Mereka mengemukakan cadangan berasingan susulan dakwaan pemilikan saham dengan jumlah melampau berkait Tan Sri Azam Baki.

Nasi sudah jadi bubur, penjelasan Azam Baki dan LPPR sukar diterima - Walter Sandosam
Sandosam berkata isu mengenai pemilikan itu sewajarnya dijelaskan lebih awal dan bukannya selepas pelbagai desakan daripada pelbagai pihak yang menuntut penjelasan.

Siasatan kes melibatkan pegawai SPRM sepatutnya dibuat oleh jawatankuasa bebas - TI-M
Tidak wajar sebenarnya untuk LPPR, badan di bawah SPRM, menyiasat kes yang melibatkan Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki.

LPPR puas hati penjelasan Azam Baki berhubung dakwaan pemilikan saham
Mesyuarat yang diadakan bersama Azam pada 24 November lalu mendapati beliau tidak ada sebarang kaitan dengan dakwaan itu.

SPRM punyai ketelusan tertinggi kerana dipantau lima panel bebas
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merupakan satu-satunya institusi kerajaan yang memperlihat ketelusan tertinggi kerana dipantau oleh lima panel bebas.

PM Najib terima kunjungan hormat anggota Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima kunjungan hormat anggota Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra di sini.

LPPR yakin SPRM akan siasat pembelian hartanah MARA di Australia secara telus
LPPR mempunyai keyakinan tinggi bahawa SPRM akan menjalankan siasatan berhubung isu pembelian hartanah oleh Mara Inc di Australia, dengan bebas dan telus.