Kerajaan negeri Terengganu akan berunding dengan kerajaan Persekutuan bagi memohon sejumlah peratusan saham pengurusan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) daripada syarikat konsesi Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) Berhad, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman hari ini.
Katanya LPT2, yang sebelum ini dikendalikan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), akan diuruskan oleh PLUS mulai bulan depan.
Beliau berkata demikian pada majlis meraikan kira-kira 3,000 anak perantauan bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir sempena Aidilfitri dan penyerahan surat tawaran menunaikan fardhu haji kepada 12 bakal haji dalam Parlimen Kuala Nerus di sini.
LPT2 sepanjang 184 kilometer itu dibuka sepenuhnya pada 31 Dis tahun lepas, yang membolehkan perjalanan dari Kuala Terengganu-Kuala Lumpur dipendekkan kepada empat jam.
"Selepas ini segala kos untuk membaik pulih LPT2 akan dikeluarkan PLUS," katanya.
Selain itu, beliau berkata hentian Rehat dan Rawat, gerai dan stesen minyak LPT2 akan mula dibuka selepas bermulanya operasi PLUS.
Bernama
Sat Jul 18 2015

LPT2 membolehkan perjalanan dari Kuala Terengganu-Kuala Lumpur dipendekkan kepada empat jam. - Foto Facebook LPT2
Penstrukturan semula Sapura Energy lalui kelulusan pemiutang, proses mahkamah
Penstrukturan semula Sapura Energy Bhd (SEB) sudah melalui kelulusan pemiutang serta proses mahkamah manakala suntikan kerajaan bukannya geran tetapi pelaburan ke arah memulihkan ekosistem minyak dan gas (O&G) yang strategik untuk ekonomi negara.

Kes rogol pelajar: Pengajar institut kemahiran di Kemaman direman
Seorang tenaga pengajar di sebuah institut kemahiran di Kemaman direman enam hari kerana disyaki merogol seorang pelajarnya, hujung tahun lepas.

Palsu dokumen, modus operandi sindiket tipu JPN peroleh sijil kelahiran - Saifuddin
Satu sindiket dikesan mengemukakan dokumen kelahiran palsu dan memperdaya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mendapatkan sijil kelahiran sah untuk dijual dalam pasaran gelap.
Sindiket MyKad dan sijil kelahiran palsu tumpas
JPN menumpaskan sindiket pemalsuan MyKad dan sijil kelahiran dalam dua operasi berasingan. Beberapa individu ditahan, termasuk seorang peguam, dengan rampasan peralatan pemalsuan serta dokumen palsu yang digunakan untuk tujuan penipuan identiti.

TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu bapa tidak mengaku salah abaikan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen petaling jaya atas pertuduhan pindaan berhubung kesalahan mengabaikan anak mereka, pada tahun 2023.
Pantau Belanjawan: Hutang BNPL | Risiko besar masa depan di sebalik revolusi kewangan
Peningkatan transaksi BNPL kepada RM7.1 bilion menimbulkan persoalan kritikal mengenai kestabilan ekonomi, kawal selia undang-undang, dan risiko kewangan pengguna. Bagaimana RUU Kredit Pengguna dapat menyeimbangkan perlindungan pengguna tanpa menghalang inovasi Fintech?
AWANI Ringkas: JPN tumpaskan sindiket palsu sijil kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Delegasi Malaysia jalan kajian empirikal pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya di UK
Datuk Seri Azalina Othman Said kini berada berada di London, United Kingdom bersama delegasi Malaysia untuk kajian empirikal cadangan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya negara itu.

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di KKDW
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri program Ihya Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Penunggang motosikal maut rempuh belakang kereta di LPT2
Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya melanggar bahagian belakang sebuah kereta yang sedang berhenti di tepi jalan ekoran mengalami kerosakan.

Tarikh kutipan tol LPT2 ditunda
Kutipan tol di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) yang dijadual bermula September ini terpaksa ditunda atas beberapa faktor termasuk kerja-kerja penyelenggaraan masih berjalan.

LPT2: Terengganu mahu minta peratusan saham pengurusan daripada PLUS
Kerajaan negeri Terengganu akan berunding dengan kerajaan Persekutuan bagi memohon sejumlah peratusan saham pengurusan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) daripada syarikat konsesi PLUS.