KUALA LUMPUR: Tiga penumpang yang terlibat dalam melibatkan pertembungan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) di Laluan Kelana Jaya berdekatan Stesen LRT KLCC, mengalami pendarahan otak dan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Pengarah HKL Datuk Dr Heric Corray berkata pihaknya telah melakukan pembedahan terhadap pesakit berkenaan dan mereka kini berada dalam keadaan stabil manakala seorang lagi penumpang perlu menjalani rawatan resusitasi serebrum.
"Tiga lagi penumpang dirawat di wad biasa kerana mengalami patah tulang, kecederaan di dada dan di hati," katanya pada sidang media khas di HKL hari ini.
BACA: LRT bertembung: Tiga mangsa kritikal di ICU HKL
Dalam pada itu, Dr Heric memaklumkan pihaknya mula menerima 67 penumpang yang cedera akibat kemalangan itu pada 9.30 malam tadi dan seramai 61 penumpang dibenarkan pulang.
"Daripada jumlah itu, 61 penumpang merupakan warga tempatan manakala lima adalah warga asing manakala seorang tidak dapat dipastikan kewarganegaraannya," katanya.
Dr Heric berkata seramai 300 petugas HKL terlibat dalam kerja-kerja merawat mangsa kemalangan itu sejak semalam dan kesemua mereka mengenakan Pakaian Perlindungan Diri (PPE) yang sepatutnya.
"Kami juga menjalankan ujian COVID-19 terhadap semua penumpang yang menerima rawatan," katanya.
Sementara itu, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata semua kakitangan yang terlibat pada kejadian semalam telah diarahkan untuk tidak terlibat dalam pengendalian pengoperasian.
"Kami akan siasat kes ini daripada pelbagai sudut dan pasukan panel penyiasat khas dipengerusikan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan (MOT) akan menjalankan siasatan dan laporan siasatan perlu dikemukakan kepada saya dalam tempoh 14 hari," katanya.
Turut hadir pada sidang media itu ialah Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa.
Semalam, seramai 47 penumpang dilaporkan cedera parah manakala 166 mengalami kecederaan ringan apabila sebuah tren yang membawa penumpang dan sebuah tren rosak yang sedang dipandu uji bertembung kira-kira jam 8.45 malam.
Berikutan itu, MOT menubuhkan pasukan panel penyiasat khas untuk menyiasat punca kejadian itu.
Bernama
Tue May 25 2021

Pengarah HKL Datuk Dr Heric Corray berkata pihaknya telah melakukan pembedahan terhadap pesakit berkenaan dan mereka kini berada dalam keadaan stabil. - Gambar fail
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

Wee rakam penghargaan petugas HKL rawat mangsa pelanggaran LRT
Jutaan terima kasih kepada 'unsung heroes' dari HKL di bawah Ketua Jabatan Neurosurgery Dr Azmi Alias kerana menyelamat dan merawat semua mangsa yang tercedera.

"Saya akan ambil tindakan undang-undang" - Amaran Tajuddin pada pengkritiknya
Tajuddin dakwa beliau telah dimalukan dengan pelbagai tuduhan seperti tidak sensitif, rasis dan tidak layak menjadi Pengerusi GLC.

Insiden pelanggaran tren: MOT tidak 'sembunyikan' maklumat - Wee
Menteri Pengangkutan berkata, tiada apa yang hendak disembunyikan berhubung siasatan insiden berkenaan seperti yang didakwa sesetengah pihak.

LRT bertembung: Jawatankuasa siasatan saran 23 cadangan penambahbaikan
Sebanyak 23 cadangan penambahbaikan harus dilaksanakan secepat mungkin oleh Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) dan Rapid Rail.

LRT bertembung: Laporan dibentang di Kabinet Rabu depan - Menteri
Laporan itu akan disertakan bersama cadangan sebagai penambahbaikan untuk meningkatkan keselamatan pengangkutan awam negara.

Prasarana sahkan terima notis tuntutan daripada mangsa nahas LRT
Prasarana menerima notis itu semalam dan perkara itu akan dikendalikan penasihat undang-undang yang dilantik untuk pertimbangan sewajarnya dan tindakan segera.

Insiden LRT bertembung: Tiga mangsa kritikal tunjuk perkembangan baik
Tiga mangsa insiden kemalangan LRT yang sedang dirawat di ICU HKL menunjukkan perkembangan yang baik berbanding sebelum ini.

LRT bertembung: Trauma masih menghantui - Mangsa
Pada hari Isnin malam itu dia baru sahaja selesai bertugas di salah sebuah syarikat perbankan di Ampang, ibu negara sebelum melangkah pulang menuju ke Stesen LRT KLCC.

LRT bertembung: 'Setiap orang ada haknya, begitu juga dalam kes ini' - Ka Siong
Datuk Seri Wee Ka Siong berkata kementeriannya dan Prasarana tiada pilihan melainkan berdepan tindakan undang-undang jika ia diambil oleh penumpang yang cedera dalam insiden pelanggaran itu.

LRT bertembung: Muhyiddin lawat mangsa nahas di HKL
Menurut perkongsian Perdana Menteri di Facebook, ketika ini lima mangsa masih dirawat di HKL dan dilaporkan dalam keadaan stabil.