KUALA LUMPUR: Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) melaksanakan langkah segera dengan memantapkan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan sistem keselamatan, operasi, tenaga kerja dan penyelenggaraan rel untuk perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya yang beroperasi secara automatik tanpa pemandu.
Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Datin Norlia Noah dalam kenyataan hari ini memaklumkan langkah itu sejajar dengan lima cadangan penambahbaikan jangka pendek yang perlu dilaksanakan dalam tempoh tiga bulan berdasarkan laporan Jawatankuasa Siasatan Insiden Perlanggaran LRT tersebut.
"Langkah-Langkah ini adalah tambahan kepada piawaian antarabangsa dan SOP yang sedia ada. Kami sedang menyemak semula secara menyeluruh struktur, proses dan pematuhan keselamatan, kawalan akses ke trek, protokol untuk komunikasi dan sebagainya supaya kesemua cadangan jangka pendek dapat dilaksanakan," katanya.
Beliau berkata SOP juga telah diperketat serta-merta untuk menangani sebarang gangguan komunikasi antara Pusat Kawalan Operasi (OCC) dan tren yang dipandu secara manual.
Katanya SOP yang berkuat kuasa mulai 30 Mei lepas termasuk menetapkan keperluan dua pemandu (Hostler) bagi segala pemanduan tren manual untuk jajaran di bawah terowong LRT Laluan Kelana Jaya antara stesen Pasar Seni dan Damai.
BACA: LRT bertembung: Laporan siasatan sah insiden akibat kecuaian, pengabaian SOP
BACA: LRT bertembung: Jawatankuasa siasatan saran 23 cadangan penambahbaikan
Selain itu, OCC dan Hostler diwajib memastikan arah pergerakan tren yang dipandu adalah betul tanpa sebarang kesangsian dan rasa ragu serta membuat tambahan zon perlindungan atau 'Manual Route Reservation (Automatic Train Protection) Buffer Zone' kepada tren yang terputus hubungan bagi memastikan tren berhenti pada jarak lebih jauh.
Norlia berkata pergerakan tren secara manual dihadkan dengan kelajuan maksimum pada hanya 20 kilometer (km) sejam dan pengeluaran Buletin Keselamatan secara kerap dan berkala beserta penerangan semula tentang aspek keselamatan dan SOP kepada semua tenaga kerja Prasarana.
Prasarana juga telah mempergiat latihan tindakan kecemasan mini (mini ERP) pada setiap Ahad malam dengan penekanan kepada senario 'menyelamat tren yang terputus komunikasi dan pemanduan tren manual.'
Beliau berkata latihan ini bertujuan meningkatkan keupayaan staf dan sistem yang digunakan terutama apabila melibatkan kawasan yang sukar diakses seperti terowong bawah tanah dan jejambat.
"Latihan mini ERP ini sebenarnya telah berjalan sejak dahulu dan dilaksanakan dengan pelbagai fokus mengikut keperluan keadaan dan untuk mengendalikan pelbagai bentuk kecemasan," katanya.
Norlia berkata program latihan itu akan diselaras pada masa hadapan dengan kolaborasi pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia untuk meningkatkan kemahiran staf dalam menyelamatkan tren berpandukan SOP ini.
Beliau berkata selain memberi kerjasama kepada Jawatankuasa Siasatan itu serta berhubung dengan Kementerian Kewangan, Kementerian Pengangkutan dan Agensi Pengangkutan Awam Darat, fokus utama Prasarana ialah memberikan sokongan serta bantuan sewajarnya kepada penumpang terlibat.
Katanya selain bantuan segera wang ihsan kepada penumpang terbabit, Prasarana menyediakan bantuan kewangan untuk menampung kos perubatan, rawatan susulan dan perbelanjaan lain yang berkaitan serta menyediakan khidmat kaunseling oleh Lembaga Kaunselor Malaysia serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Prasarana turut menyeru penumpang terlibat agar menghubungi Talian Krisis di 014-737 1330 dan e-mel ke [email protected] untuk memudahkan komunikasi secara langsung tentang bantuan segera wang ihsan, pembayaran balik kos perubatan dan rawatan, tuntutan, dokumentasi serta akses kepada perkhidmatan kaunseling.
"Prasarana akan turut memberi laporan berkala tentang pelaksanaan cadangan penambahbaikan khususnya cadangan jangka pendek untuk segera memulihkan sepenuhnya keyakinan terhadap perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya, yang amat penting untuk urusan harian warga kota," katanya.
Norlia turut memohon maaf bagi pihak Lembaga Pengarah dan warga kerja Prasarana kepada seluruh rakyat Malaysia dan para penumpang khususnya atas insiden itu serta memaklumkan pihaknya menerima dengan terbuka keputusan laporan awal insiden yang dibentangkan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 11 2021

Prasarana melaksanakan langkah segera dengan memantapkan SOP berkaitan sistem keselamatan, operasi, tenaga kerja dan penyelenggaraan rel untuk perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya yang beroperasi secara automatik tanpa pemandu. - Foto BERNAMA
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Tender projek LRT Johor Bahru belum dibuka - Loke
Tender untuk projek transit aliran ringan (LRT) Johor Baharu masih belum dibuka lagi.

KBS kecam insiden pergaduhan penyokong bola sepak di stesen LRT
Katanya menang atau kalah adat pertandingan, namun tidak bermakna boleh bertindak sewenangnya hingga merosakkan aset kerajaan dan harta benda awam.

Pergaduhan di stesen LRT: Belum ada tangkapan penyokong bola sepak terlibat rusuhan - Polis
Kes disiasat di bawah Seksyen 147/427 Kanun Keseksaan kerana merusuh serta mendatangkan kecederaan dan kesalahan khianat ke atas harta benda.

Prasarana buat laporan polis kes pergaduhan penyokong di stesen LRT
Dalam kenyataan hari ini, Prasarana memaklumkan bahawa laporan berkenaan dibuat di Balai Polis Sungai Besi.

Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt

Perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya pulih sepenuhnya
Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya di antara Stesen Wangsa Maju dan Stesen Gombak, kembali beroperasi sepenuhnya pada pukul 3.30 petang hari ini.

Final Piala FA: Operasi stesen LRT dilanjutkan - Rapid Rail
Lanjutan waktu operasi itu susulan Perlawanan Akhir Piala FA yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

LRT Ampang-Sri Petaling tergendala akibat kebakaran di landasan
Kejadian pada jam 9.58 pagi itu telah menyebabkan perkhidmatan LRT mengalami kelewatan.

Himpunan pembebasan Palestin: Orang ramai digalakkan guna LRT
Rapid KL turut menyarankan penggunaan kad Touch 'n Go untuk perjalanan yang lebih lancar.

Konsert penyanyi legenda India, operasi LRT dilanjut ke 1 pagi
Operasi Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bukit Jalil akan dilanjutkan sehingga pukul 1 pagi berikutan konsert mega, penyanyi dan komposer legenda dari India, AR Rahman akan berlangsung esok.