KUALA LUMPUR: Sudah menjadi kebiasaan bagi dua beranak Mohd Amir Faizal, 45, dan Muhammad Adam,14, dari Sungai Petani, Kedah meluangkan masa lapang mereka untuk menghulur bantuan dan melakukan kerja menyelamat secara percuma kepada pengguna Jalan Raya Timur Barat.
Walaupun agak pelik namun dua beranak itu telah menjadikan kerja sukarela itu sebagai hobi sejak dua tahun lepas dan setakat ini telah mengendalikan lebih 20 kerja menyelamat antaranya melibatkan kemalangan, tayar pancit dan pokok tumbang di sepanjang laluan yang menghubungkan Jeli, Kelantan dan Gerik, Perak itu.
Lazimnya, mereka berdua akan bertolak ke Jalan Raya Timur Barat dari kediaman mereka di Bandar Seri Astana, Sungai Petani kira-kira pukul 9 pagi dan akan tiba di Batu Melintang, Jeli pada sekitar 1 tengah hari sebelum berpatah balik ke rumah dengan jarak keseluruhan perjalanan 400 kilometer.
Mohd Amir akan memandu kereta Proton Exora yang dilengkapi dengan pelbagai peralatan seperti gergaji rantai, kit kecemasan, pemadam api dan jumper bagi membantu sesiapa sahaja yang tiba-tiba memerlukan bantuan di sepanjang Jalan Raya Timur Barat ketika terserempak dengan mereka.
Berkongsi aktiviti itu kepada Bernama baru-baru ini, Mohd Amir berkata dia sudah terlibat dan berpengalaman dengan kerja menyelamat sejak 10 tahun lepas apabila menjadi sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam (APM).
Bapa kepada empat orang anak itu berkata pada peringkat awal, kerja menyelamat secara sukarela hanya tertumpu kepada penduduk bandar Sungai Petani, namun khidmatnya itu kini ditawarkannya di mana sahaja destinasi ditujunya, terutama di Jalan Raya Timur Barat, setakat yang mampu.
"Apabila ada masa terluang, saya akan memilih memandu bersama anak di Jalan Raya Timur Barat sejak dari akhir 2021 lagi, dan sekiranya terjumpa mana-mana pengguna jalan yang memerlukan bantuan, insya-Allah kami akan bantu.
"Pada masa sama, jalan raya ini juga bagi saya adalah satu bentuk terapi kepada diri saya kerana dapat melihat kehijauan flora yang dapat menenangkan serta berpeluang melihat kehidupan liar seperti gajah di depan mata," katanya.
Mohd Amir yang juga seorang peniaga menjelaskan pada musim cuti seperti sekarang, lebih ramai pengguna menggunakan Jalan Raya Timur Barat sekali gus risiko berlakunya kecemasan amat tinggi kerana permukaan jalan teruk berlubang selain kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang akibat hujan.
"Ada ketika kebetulan rondaan saya di Jalan Raya Timur Barat menemukan empat buah kereta yang tayarnya pancit akibat jalan berlubang, ada juga yang saya bantu potong dan bersihkan kawasan laluan yang pokoknya tumbang menutup laluan," katanya dan menambah usaha itu akan diteruskan selagi dikurniakan kesihatan yang baik.
Sementara itu seorang pengguna tegar Jalan Raya Timur Barat, Ahmad Fauzi Azizan mencadangkan kepada pihak berkuasa supaya mewujudkan hentian bagi skuad menyelamat di laluan itu supaya tugas bantuan dan menyelamat dapat diberikan lebih pantas sekiranya berlaku kemalangan.
Beliau berkata pihak berkuasa perlu memandang serius cadangan berkenaan kerana laluan itu adalah satu-satunya jalan terdekat menghubung penduduk utara Semenanjung seperti Kedah dan Perlis untuk ke Pantai Timur dan jumlah kenderaan yang menggunakan jalan tersebut bertambah saban tahun.
"Jika berlaku apa-apa di sekitar puncak laluan itu, bantuan terdekat seperti dari Bandar Jeli dan Gerik yang nak sampai agak lambat lebih dari 45 minit malah ia pula bergantung kepada keadaan trafik dan juga cuaca.
Jadi, mewujudkan hentian bagi skuad menyelamat penting, mungkin boleh beroperasi pada waktu-waktu tertentu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 01 2024
![Luang masa lapang beri bantuan percuma kepada pengguna Jalan Raya Timur Barat Luang masa lapang beri bantuan percuma kepada pengguna Jalan Raya Timur Barat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71704067319_AmirFaizal.jpg)
Mohd Amir dan anaknya sudah biasa mengendalikan lebih 20 kerja menyelamat antaranya melibatkan kemalangan, tayar pancit dan pokok tumbang di sepanjang laluan. - Facebook Mohd Amir Faizal
Jumlah mangsa banjir di PPS Sabah meningkat
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 721 daripada 212 keluarga berbanding 695 daripada 189 keluarga pagi tadi.
![Mierul Aiman dan Meerqeen tarik ramai pengunjung serbu 'Assalamualaikum RaRa Kedah' Mierul Aiman dan Meerqeen tarik ramai pengunjung serbu 'Assalamualaikum RaRa Kedah'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739012709_MADAD.jpg)
Mierul Aiman dan Meerqeen tarik ramai pengunjung serbu 'Assalamualaikum RaRa Kedah'
Program Assalamualaikum RaRa 2025 berlangsung di Murtadha Dakwah Centre (MADAD), di Sungai Petani pada Sabtu menarik ramai pengunjung untuk hadir ke program agama itu.
Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak dalam kemaskininya memaklumkan
jumlah mangsa turun kepada 3,454 orang berbanding 3,921 orang pagi tadi.
jumlah mangsa turun kepada 3,454 orang berbanding 3,921 orang pagi tadi.
Fokus Minggu Depan: Garis panduan, muhibah dan sensitivity
Ikuti ulasan Presiden ABIM, Ahmad Fahmi Mohd Samsuddin mengenai garis panduan bagi muslim yang mengikuti program anjuran bukan muslim dalam konteks kepelbagaian kaum dan agama di Malaysia.
![Jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat petang ini, Sarawak menurun Jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat petang ini, Sarawak menurun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739012767_banjir.jpg)
Jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat petang ini, Sarawak menurun
Sekretariat JPBN Sabah memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 721 daripada 212 keluarga pagi tadi.
Pesawat Bering Air yang hilang dijumpai terhempas, semua penumpang maut
Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS) mengesahkan penemuan bangkai pesawat yang sepadan dengan keterangan sebuah pesawat dilaporkan hilang di pesisir barat Alaska pada Khamis, lapor Xinhua.
Trump sekat ICC: Beri isyarat Israel kebal undang-undang - Amnesty
Setiausaha Agung Amnesty International Agnes Callamard mengecam perintah eksekutif Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengenakan sekatan terhadap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), menyifatkannya sebagai tindakan "melulu" yang memberi isyarat bahawa Israel berada di atas undang-undang dan melemahkan prinsip keadilan sejagat.
Kinabatangan dilanda banjir terburuk dalam tempoh lapan tahun
Kinabatangan kini berdepan banjir terburuk dalam tempoh lapan tahun, dengan paras air melepasi tahap bahaya dan memaksa penduduk di beberapa kampung berpindah ke pusat pemindahan sementara.
![Canselor Jerman Scholz kecam dasar luar Trump Canselor Jerman Scholz kecam dasar luar Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738553906_TBOlafScholzjp.jpg)
Canselor Jerman Scholz kecam dasar luar Trump
Scholz mengecam cadangan Trump agar bantuan ketenteraan berterusan kepada Ukraine harus dikaitkan dengan akses kepada sumber asli negara itu.
![Lebih 18,000 pelarian Afghanistan kembali ke tanah air pada Januari Lebih 18,000 pelarian Afghanistan kembali ke tanah air pada Januari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739011710_Afghanistan.jpg)
Lebih 18,000 pelarian Afghanistan kembali ke tanah air pada Januari
Seramai 18,300 pelarian Afghanistan pulang ke negara asal pada Januari tahun ini.
![Kontraktor dilantik untuk apungkan semula feri ikonik Kontraktor dilantik untuk apungkan semula feri ikonik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41728494591_Bernama.jpg)
Kontraktor dilantik untuk apungkan semula feri ikonik
Printhero telah melantik kontraktor untuk mengapungkannya semula selepas didapati mengalami kebocoran ketika proses pengubahsuaian.
![Luang masa lapang beri bantuan percuma kepada pengguna Jalan Raya Timur Barat Luang masa lapang beri bantuan percuma kepada pengguna Jalan Raya Timur Barat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71704067319_AmirFaizal.jpg)
Luang masa lapang beri bantuan percuma kepada pengguna Jalan Raya Timur Barat
Dua beranak kendalikan lebih 20 kerja menyelamat antaranya melibatkan kemalangan, tayar pancit dan pokok tumbang di sepanjang laluan.
![Tanah runtuh Bukit Permai: Mangsa kedua sedang dikeluarkan Tanah runtuh Bukit Permai: Mangsa kedua sedang dikeluarkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61646925391_tanahruntuh.jpg)
Tanah runtuh Bukit Permai: Mangsa kedua sedang dikeluarkan
Usaha-usaha menyelamat dua lagi mangsa juga sedang giat dijalankan.
![86 mangsa banjir di Perak dipindahkan ke PPS 86 mangsa banjir di Perak dipindahkan ke PPS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/81605130421_BanjirKilat.jpg)
86 mangsa banjir di Perak dipindahkan ke PPS
10 mangsa daripada empat keluarga di Batu Kurau ditempatkan di Dewan Orang Ramai Pantai Besar, Dewan Kampung Sungai Ara dan Sekolah Kebangsaan Pantai Besar Air yang dibuka mulai 10 malam.
![Tanah runtuh di Tambun, dua dikhuatiri tertimbus Tanah runtuh di Tambun, dua dikhuatiri tertimbus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/51604960136_Tanahruntuh.jpg)
Tanah runtuh di Tambun, dua dikhuatiri tertimbus
Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 1.28 pagi.
![Tiga beradik dikhuatiri lemas di Sungai Terengganu Tiga beradik dikhuatiri lemas di Sungai Terengganu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/71590589950_lemasberadik.jpg)
Tiga beradik dikhuatiri lemas di Sungai Terengganu
Mangsa dikenali Umar Iskandar Mohd, 21 tahun, Khairil Firdaus, 17 tahun, dan seorang lagi adik mereka Khalif Naim, 16 tahun.
![20 maut bas terbabas dalam terowong 20 maut bas terbabas dalam terowong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/71550996115_BASBREK.jpg)
20 maut bas terbabas dalam terowong
Selain masalah brek, sisa buangan dari sebuah lombong dipercayai menyebabkan jalan licin.
![Budak teruja mahu boneka idaman terperangkap dalam mesin arked Budak teruja mahu boneka idaman terperangkap dalam mesin arked](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/81518161904_CraneMachine.jpg)
Budak teruja mahu boneka idaman terperangkap dalam mesin arked
Dia kemudian bertindak memanjat melalui bukaan kecil di bahagian bawah mesin untuk mendapatkan anak patung yang diinginkannya.