KUALA LUMPUR: Penawaran jaringan Perkhidmatan Transit Aliran Bas (BRT) yang lebih luas, merupakan antara alternatif yang dilihat mampu memperkukuh jaringan pengangkutan awam, sekali gus membantu mengurangkan kesesakan trafik di ibu kota.
Pensyarah Kanan Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah, Fakulti Alam Bina dan Ukur, Universiti Teknologi Malaysia S.Gobi Krishna berkata peluasan perkhidmatan BRT, meliputi kawasan berjauhan dengan pengangkutan rel dengan tambang munasabah, perlu dimaksimumkan menjelang 2025.
Ini bagi menjadikan jaringan sistem pengangkutan awam lebih efisien dan menyeluruh.
Katanya penggunaan BRT tidak semestinya memerlukan pembinaan infrastruktur jalan atau trek baharu, kerana boleh menggunakan laluan jalan raya sedia ada sekali gus mengurangkan kos pengambilan tanah untuk pembinaan.
"Misalnya di Lebuhraya Persekutuan telah pun ada lorong khas bas yang boleh ditukar guna dengan sistem perkhidmatan BRT, dan ia boleh diintegrasikan dengan stesen rel untuk tujuan pertukaran laluan untuk memberikan perkhidmatan yang optimum kepada pengguna pengangkutan awam.
"Bagaimanapun, tidak semua laluan dan lokasi boleh menggunakan jalan raya sedia ada, jika terlalu banyak perhentian, ia akan jadi seperti perkhidmatan bas henti-henti dan tidak mencapai matlamat sebenar," katanya kepada Bernama.
Buat masa ini, bas BRT mempunyai laluan eksklusif melalui jalan raya bertingkat dan tidak berkongsi dengan lalu lintas kenderaan lain, dengan hanya satu laluan BRT beroperasi ketika ini iaitu Laluan BRT Sunway yang juga sebahagian daripada Sistem Transit Bersepadu Lembah Klang.
Gobi Krishna berpandangan, BRT mampu melengkapkan kesalinghubungan pengangkutan rel yang telah dan sedang dibina melalui integrasi dengan Transit Aliran Ringan (LRT) dan Transit Aliran Massa (MRT), seperti yang dilaksanakan di BRT laluan Sunway-USJ 7.
Menurutnya antara laluan yang dikenal pasti berpotensi adalah Pusat Bandar Raya ke Ampang, Klang ke Pasar Seni, Damansara ke Kinrara serta Kepong ke Ampang, atas faktor kepadatan penduduk yang tinggi dan dilihat mampu menarik ramai pengguna.
"Pada masa kini, difahamkan RAPID KL sedang menjalankan kajian percubaan bagi dua laluan melibatkan perkhidmatan BRT iaitu Laluan 400 (Damai Perdana-Hab Lebuh Pudu) dan Laluan 640 (Sri Manja-Hab Pasar Seni).
Beliau berkata BRT juga mampu menjadi perkhidmatan ekspres intra-bandar, yang dapat menyokong beberapa kawasan pembangunan ekonomi ke pusat bandar raya sekitar Lembah Klang, selain mewujudkan laluan orbital yang menghubungkan pusat daerah penting.
Selain menyediakan perkhidmatan berkapasiti tinggi di laluan strategik, BRT juga mampu menghubungkan kawasan luar atau pinggir bandar ke pusat bandar raya, seperti dilaksanakan di Curitiba (Brazil), Marrakesh (Morocco), Brisbane (Australia), Stockholm (Sweden) dan Ottawa (Kanada).
Memetik kejayaan pelaksanaan mod pengangkutan itu di Guangzhou China, Gobi Krishna turut mencadangkan faktor ditambah baik seperti keselamatan, fasiliti perhentian bas, tahap tampungan rangkaian perkhidmatan dan perkhidmatan tempat letak basikal serta laluan pejalan kaki yang selamat disediakan.
Baru-baru ini timbul pertikaian dalam kalangan pengguna media sosial, mengenai keperluan mewujudkan BRT di Lembah Klang sebagai penyelesaian jangka pendek bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas dialami ketika ini, memandangkan pembinaan sepenuhnya sistem MRT memerlukan tempoh masa panjang dan hanya dijangka siap pada 2030.
Sementara itu Pensyarah Pengangkutan dan Logistik Universiti Teknologi MARA Prof Madya Dr Harlina Suzana Jaafar berpandangan, walaupun pelaksanaan sistem BRT melibatkan kos lebih rendah iaitu lebih separuh daripada LRT serta tidak memerlukan jangka masa yang panjang, namun ia juga perlu dilihat dari sudut ekonomi dan pelaburan jangka panjang.
"Kita juga perlu melihat sejauh mana ia memberi pulangan kepada ekonomi bagi memastikan kelangsungan perkhidmatan tersebut, sebagai contoh dari segi kos perbatuan yang mana kos operasi BRT boleh jadi lebih tinggi dari LRT di sesetengah tempat, dan kos operasi LRT lebih tinggi dari MRT," katanya.
Harlina Suzana berkata faktor jumlah penumpang yang boleh ditampung pada satu-satu masa juga perlu dilihat, kerana secara purata bas hanya boleh membawa 3,800 hingga 7,200 penumpang sejam manakala MRT pula boleh memuatkan 67,200 hingga 72,000 penumpang sejam.
Katanya ia bagi memastikan perkhidmatan disediakan bersesuaian dengan lokasi infrustruktur, bagi memberi impak positif kepada aspek sosial, ekonomi dan persekitaran.
Tambahnya pelaksanaan sebarang projek bagi mencapai kualiti perkhidmatan pengangkutan yang cekap dan berkesan, memerlukan kajian dan pelaksanaan jangka masa panjang dan bukannya secara penyelesaian secara ad hoc.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 17 2022

RAPID KL sedang menjalankan kajian percubaan bagi dua laluan melibatkan perkhidmatan BRT iaitu Laluan 400 (Damai Perdana-Hab Lebuh Pudu) dan Laluan 640 (Sri Manja-Hab Pasar Seni). - Gambar hiasan

Eropah jadi pengimport senjata terbesar AS buat kali pertama dalam 20 tahun - SIPRI
Eropah mengatasi Asia Barat sebagai pengimport senjata terbesar dari Amerika Syarikat (AS) bagi tempoh 2020-2024, meraih gelaran itu buat kali pertama dalam tempoh dua dekad.

Industri acara perniagaan P.Pinang jana RM1.29 bilion pada 2024 - Chow
Industri acara perniagaan di Pulau Pinang mencatatkan anggaran impak ekonomi (EEI) sebanyak RM1.29 bilion pada tahun lepas, peningkatan signifikan sebanyak 24.8 peratus berbanding 2023.

Bertrand yakin pelantikan Ken Nee bantu skuad terjun negara
Katanya, Ken Nee tahu apa diperlukan untuk kembali meraih kejayaan dan sentiasa peka dengan perkembangan teknik dan peraturan terjun terkini.

Lelaki maut, kereta rempuh belakang lori treler
Sebuah kereta Perodua Myvi telah melanggar belakang sebuah lori treler, mengakibatkan seorang lelaki tersepit di dalam kenderaan.

Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand pada 2024 melebihi 490 bilion baht
Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht (100 baht = RM13.08).

Hannah yakin kepimpinan Ahmad Shapawi untuk teraju YAKEB
Katanya, pengalaman luas Ahmad Shapawi dapat membantu membela kebajikan bekas atlet negara dan memastikan mereka dapat sokongan sewajarnya.

Program berteraskan teknologi bakal perkasa sektor pertanian di Bentong
Pihaknya telah kenal pasti produk yang kini di peringkat PoC bagi membantu pemain industri menggunakan teknologi dalam sektor pertanian.

21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Pembangunan tapak perpaduan akan dilaksanakan melalui Projek Pembangunan Ruang Sosial dan Ruang Fizikal di KRT Perumahan Strata Kos Rendah.

Kerajaan perkukuh usaha pastikan Malaysia diiktiraf destinasi pelaburan, rakan dagang dipercayai
Malaysia berpotensi mendapat manfaat daripada peralihan perdagangan global yang berlaku akibat ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.
Calon BN sudah disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.

Caj kesesakan tidak sesuai dilaksana di JB buat masa ini - Exco
Mohamad Fazli berkata, kerajaan negeri perlu terlebih dahulu mempunyai pelan induk yang lengkap bagi mengatasi kesesakan di Johor Bahru.

Pengangkutan awam Jerman tergendala susulan kebuntuan rundingan gaji
Mogok yang bermula pada 3 pagi (0200 GMT) itu menjejaskan perkhidmatan pengangkutan awam di beberapa negeri.

Jajaran Rel Selangor dibina berperingkat, dijangka sehingga 10 tahun
Pembinaan Jajaran Rel Selangor akan dilaksanakan secara berperingkat melibatkan pelbagai fasa dan dijangka mengambil tempoh sehingga 10 tahun.

KTMB catat peningkatan penumpang semasa Thaipusam
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mencatatkan peningkatan jumlah penumpang menerusi perkhidmatan KTM Komuter tanpa henti sempena Thaipusam pada 9 hingga 12 Feb lepas.

Lima cabaran daya huni bandar di Malaysia
Cara pengurusan urbanisasi hari ini akan memberi kesan jangka panjang terhadap daya huni bandar dan kelestarian planet.

Prasarana sedia 300 van DRT baharu untuk keselesaan pengguna LRT, MRT - Loke
Operasi 300 van baharu yang mesra OKU tersebut akan bermula secara berperingkat antara Februari sehingga Jun depan.

PIL1 kunci pertumbuhan mampan, ketersambungan Pulau Pinang - Exco
PIL1 merupakan projek infrastruktur penting yang bertujuan menyokong matlamat perancangan bandar jangka panjang Pulau Pinang dan meningkatkan ketersambungan di seluruh pulau.

Australia Selatan larang iklan makanan rapu di pengangkutan awam
Larangan itu, yang akan berkuat kuasa mulai 1 Julai 2025, melibatkan pengharaman imej produk tidak sihat.

New York perkenal caj kesesakan lalu lintas AS$9 untuk pemandu masuk Manhattan
Sebanyak AS$9 (RM40.60) dikenakan ke atas pemandu di New York yang ingin memasuki Manhattan untuk tangani masalah kesesakan lalu lintas.

Syarikat bas ekspres wajib sedia pemandu kedua, patuhi undang-undang - Hasbi
JPJ diingatkan supaya memastikan pemandu bas berwaspada setiap masa dan mematuhi peraturan jalan raya bagi mengelakkan risiko kemalangan.