GUA MUSANG: Luluh hati seorang wanita Orang Asli suku Semai apabila menatap wajah anaknya semasa membuat proses pengecaman di Unit Forensik, Hospital Gua Musang, di sini, susulan kemalangan tiga maut melibatkan sebuah lori simen terbabas ke dalam gaung di Jalan Gua Musang-Lojing, semalam.
Rohani Adi, 50, berkata, dia tidak menyangka anak keduanya Fauzi Ramli, 28, merupakan seorang daripada tiga mangsa yang maut dalam insiden itu.
Menurutnya, dia terkejut apabila mendapat perkhabaran tentang tragedi itu selepas dimaklumkan anak sulungnya yang turut membantu mencari mangsa selepas lori yang dinaiki terjatuh ke dalam gaung.
"Saya tidak dapat menahan perasaan apabila melihat keadaan anak ketika dipanggil untuk proses pengecaman. Rasa sebak dan tidak percaya kerana dia keluar bekerja seperti biasa.
"Kali terakhir kami berjumpa kira-kira 8 pagi tadi selepas dia minum kopi yang disediakan saya sebelum pergi kerja," katanya kepada Bernama semalam.
Sementara itu, Norhayati Baseh, 42, yang merupakan isteri kepada pemandu lori yang terlibat di dalam kemalangan itu pula berkata, dia tidak menyangka sikap gembira suaminya David Harun, 42, yang mencium serta memeluk anak bongsu mereka merupakan kali yang terakhir sebelum maut dalam insiden berkenaan.
Menurutnya, David memiliki lesen memandu lori dan berpengalaman kira-kira tujuh tahun mengendalikan lori simen.
"Pada 7.30 pagi tadi suami memeluk dan mencium anak bongsu kami sebelum keluar bekerja.
"Saya hanya mengetahui suami terlibat dalam kemalangan menaiki lori bersama dua rakan baiknya selepas diberitahu seorang rakan," katanya. - BERNAMA
Bernama
Wed May 15 2024

Rohani (dua, kanan) ditemani beberapa ahli keluarga selepas membuat proses pengecaman mayat anaknya, ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Gua Musang, 15 Mei 2024. -- fotoBERNAMA

4 pegawai bekas PM ditahan: SPRM panggil beberapa individu, kenamaan bantu siasatan
SPRM akan memanggil beberapa individu termasuk kenamaan dalam masa terdekat untuk membantu siasatan membabitkan penahanan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan bekas Perdana Menteri.

Bekas pengawal keselamatan dilapor hilang ditemukan meninggal dunia
Bekas pengawal keselamatan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai pergi ke Gua Beringin, Chuping semalam ditemukan meninggal dunia.

Bekas jurulatih MMA warga Iran dipenjara sembilan tahun, 20 sebatan miliki kanabis
Seorang bekas jurulatih MMA warga Iran dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun dan 20 sebatan kerana memiliki 1,858.3 gram kanabis.

BAS.MY Ipoh dilancar, tambahan laluan ke Kuala Kangsar, Kampar - Loke
Kemudahan bas henti-henti BAS.MY Ipoh dilancar hari ini di bawah Program Transformasi Bas Berhenti-henti (SBST).
AWANI Ringkas: Salah guna teknologi | Sistem keselamatan LRT berfungsi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sistem keselamatan hentian kecemasan berfungsi - Anthony
Kementerian Pengangkutan menolak tanggapan insiden di LRT Titiwangsa yang menyebabkan kematian seorang lelaki OKU penglihatan berpunca kegagalan sistem keselamatan hentian kecemasan pencerobohan penumpang.
Menteri Luar Thailand bertemu pemerintah Myanmar
Menteri Luar Thailand, Maris Sangiampongsa mengadakan pertemuan bersama pemerintah Myanmar, Jeneral Min Aung Hlaing baru-baru ini.
Kes penculikan jejas sentimen warga China terhadap Thailand
Thailand berdepan tekanan untuk mencapai sasaran kemasukan 9 juta pelancong dari China tahun ini.

Malaysia sasar capai sifar eksport MSM, tingkat keluaran produk hiliran - Johari Ghani
Daripada 19.3 juta tan MSM dihasilkan pada 2024, hanya 3 juta tan dieksport manakala selebihnya diproses menjadi produk hiliran.

Indonesia lancar dana kekayaan berdaulat bernilai AS$900 bilion
"Danantara akan menjadi pemangkin kemajuan, menghubungkan pelaburan dengan projek utama, mempercepatkan pembangunan ekonomi."

Dua cedera, van bawa 12 individu langgar lori simen
Kedua-dua mangsa telah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan susulan.

Luluh hati ibu ketika tatap wajah anak yang maut dalam kemalangan lori simen di Lojing
Rohani Adi tidak menyangka anak keduanya Fauzi Ramli merupakan seorang daripada tiga mangsa yang maut dalam insiden itu.

Dua beradik maut dalam kemalangan dengan lori simen
Kenderaan jenis Proton Ezora yang dipandu mangsa, Joll Mohamad, 56 tahun, terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori simen.

Wanita maut dihempap lori simen
Lori berkenaan yang hilang kawalan terbalik dan menghempap kereta jenis Perodua Kelisa dinaiki mangsa.

Pemandu warga emas maut kemalangan tiga lori di Lebuhraya Utara Selatan
Kemalangan berlaku kira-kira jam 6 pagi ketika lori tangki tanpa muatan yang dipandu mangsa dalam perjalanan ke arah selatan.

Nahas pacuan empat roda bertembung lori simen di Sandakan, satu maut
Seorang maut manakala dua cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah pacuan empat roda dan lori simen di Sandakan.

Bas terbalik dirempuh lori simen, penumpang parah
Lori simen itu bagaimanapun gagal dikawal lalu merempuh bas ekspres yang kemudian melanggar treler yang diletakkan di tepi susur masuk hentian rehat.

Murid tadika cedera van terbabit kemalangan dengan lori simen
Kemalangan turut menyebabkan pemandu lori simen mengalami kecederaan akibat tersepit.

Hasrat bantu mangsa kemalangan bertukar tragedi
Rempuhan itu menyebabkan lori dengan muatan tong gas itu bergerak ke depan lalu melanggar penunggang dan pembonceng motosikal yang terbabas itu.

Niat sara keluarga tidak kesampaian, lelaki maut rempuh lori simen
Niat bekerja untuk membantu menyara keluarga tidak kesampaian apabila dia maut dalam kemalangan sewaktu ingin ke tempat kerja.