SHAH ALAM: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyasarkan kutipan zakat perniagaan sebanyak RM191 juta tahun ini, peningkatan sebanyak RM15 juta berbanding tahun lepas.
Ketua Pegawai Operasinya, Ahmad Fadhil Hassan berkata, sasaran itu boleh dicapai, mengambil kira ribuan entiti perniagaan yang mempunyai potensi besar untuk diteroka LZS di Selangor.
"Jika ditinjau kepada potensi sebenar zakat perniagaan, hakikatnya Selangor dengan ribuan entiti perniagaan masih mempunyai potensi besar untuk diterokai.
"Maka, LZS sentiasa menyasarkan peningkatan dalam kutipan zakat perniagaan saban tahun, sesuai dengan potensi besar yang wujud di negeri ini," katanya ketika berucap pada Majlis Iftar Bersama Muzakki dan Penyerahan Zakat Ramadan 2024 di sini pada Rabu.
Pada majlis itu, sebanyak 42 syarikat termasuk tiga pengeluar zakat individu menyerahkan zakat perniagaan masing-masing berjumlah RM6.11 juta.
Mengenai sasaran kutipan zakat harta dan zakat fitrah untuk bulan Ramadan pula, Ahmad Fadhil berkata, LZS menyasarkan kutipan masing-masing sebanyak RM220 juta dan RM40 juta bagi kedua-dua zakat itu tahun ini.
Pada majlis sama, LZS turut menyerahkan bantuan zakat sebanyak RM5.86 juta dengan RM5.71 juta akan disalurkan kepada 1,904 pelajar asnaf bagi pembelian komputer riba.
Selain itu, tiga individu turut menerima bantuan perubatan daripada wang zakat iaitu Shakira Chong Abdullah sebanyak RM41,940 bagi rawatan kanser, manakala Maslinatunniza Mansor dan Ariq Rifqi Huzaini masing-masing mendapat RM32,946.60 dan RM20,000 seorang, untuk bantuan sakit kulit kronik serta bagi pembayaran tunggakan bil pembedahan.
Ahmad Fadhil berkata, Pertubuhan Kebajikan Al-Fikrah Malaysia pula menerima sumbangan zakat bagi bantuan fisabilillah berjumlah RM50,000.
Sementara itu, sebanyak enam syarikat menerima Pengiktirafan Muzakki (IKTIRAF), sebagai tanda penghargaan kerana bersama-sama LZS menyantuni golongan asnaf melalui komitmen menunaikan zakat perniagaan dan zakat pendapatan.
IKTIRAF diperkenalkan pada tahun 2021 sebagai penghargaan LZS atas kesetiaan syarikat korporat menunaikan zakat perniagaan dan majikan yang komited melaksanakan Skim Potongan Gaji (SPG) bagi kakitangannya. - BERNAMA
Bernama
Wed Apr 03 2024

Ahmad Fadhil (barisan kedua enam, kiri) bergambar bersama pembayar zakat perniagaan dan penerima bantuan zakat pada Majlis Iftar Bersama Muzakki dan Penyerahan Zakat Ramadan LZS di Wisma PKPS Seksyen 14 Shah Alam, pada Rabu. - Gambar Bernama
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

LZS kutip zakat berjumlah RM844 juta tahun ini
Lembaga Zakat Selangor (LZS) merekodkan kutipan zakat berjumlah RM844 juta membabitkan 322,000 pembayar zakat termasuk individu dan syarikat korporat sepanjang tahun ini.

Jenazah bayi beku: Ibu bapa disaran tampil ke Lembaga Zakat Selangor
Pasangan suami isteri yang tular berhubung dakwaan jenazah bayi mereka disimpan dalam peti mayat di Klang, baru-baru ini disaran tampil ke Lembaga Zakat Selangor (LZS) untuk proses bantuan.

LZS perkenal inisiatif Radiuz, tarik masyarakat bayar zakat
Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini melancarkan Rakan Affiliate Dakwah Kutipan Zakat (Radiuz) sebagai inisiatif menggalakkan dan menarik lebih ramai anggota masyarakat untuk membayar zakat.

LZS peruntuk RM31.9 juta bantuan Ramadan dan Syawal
Lembaga Zakat Selangor (LZS) memperuntukkan RM31.9 juta bantuan Ramadan dan Syawal untuk diagihkan kepada 68,311 asnaf fakir, miskin dan mualaf.

LZS peruntuk RM33.4 juta bantuan persekolahan pelajar asnaf, miskin dan mualaf tahun ini
Sebanyak RM33.4 juta diperuntukkan bagi membiayai yuran dan bantuan kelengkapan peralatan persekolahan tahun ini, kepada 34,116 ketua keluarga asnaf fakir dan miskin serta mualaf.

MAIS sasar kutipan zakat di Selangor sebanyak RM1.35 bilion pada tahun ini
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyasarkan kutipan zakat sebanyak RM1.35 bilion tahun ini berdasarkan kemampuan dan pencapaian yang dilakukan Lembaga Zakat Selangor (LZS) pada tahun lepas.

LZS sedia beri kerjasama siasatan pecah amanah kutipan zakat
Lembaga Zakat Selangor bersedia memberi kerjasama penuh terhadap siasatan berhubung kes jenayah pecah amanah berkait kutipan zakat.

Aeril Zafrel, Wawa Zainal bayar zakat perniagaan lebih RM1 juta
Aeril Zafrel dan Wawa Zainal membayar zakat perniagaan RM1.15 juta kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS).

“Mak paling banyak nasihat, ingatkan saya tentang zakat” - Siti Nurhaliza
"Kalau mahu harta kita bersih daripada perkara-perkara yang tidak diingini, kita kena selalu ingat untuk berzakat."

Asnaf Selangor diminta kemas kini maklumat penyambungan sewa rumah - LZS
Penerima bantuan sewa rumah Lembaga Zakat Selangor (LZS) diminta supaya segera mengemas kini maklumat penyewaan secara dalam talian.