KOTA KINABALU: Pemberian kuasa pentadbiran untuk sektor pendidikan dan kesihatan di Sabah serta Sarawak terutama pengambilan petugas merupakan antara perkara penting sedang dibincang kerajaan Persekutuan melalui Sekretariat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata Sabah dan Sarawak menghadapi cabaran dalam sektor pendidikan dan kesihatan kerana perancangan melibatkan sektor itu dilaksanakan di Putrajaya termasuk isu penting seperti pengambilan petugas seperti guru dan petugas kesihatan.
Beliau berkata apabila tawaran dibuka, kebanyakan kekosongan itu diisi calon yang tidak mahu bertugas di Sabah atau Sarawak kerana memikirkan kawasan pedalaman, yang akhirnya jawatan itu diisi tetapi tiada pegawai untuk berkhidmat di negeri tersebut.
"Dalam konteks kuasa pentadbiran dalam pendidikan dan kesihatan (diberikan) kepada Sabah dan Sarawak khususnya pengambilan pekerja, kita dapat tentukan jawatan kosong diisi dan (calon) dapat bertugas di Sabah dan Sarawak.
"Pada masa ini sedang kita menunggu kaedah dan terma yang akan dibentangkan kerajaan Sabah dan Sarawak untuk kita bincangkan bersama di peringkat Persekutuan," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Apresiasi LKM di sini hari ini.
Sementara itu, Fadillah berkata melalui Sekretariat MA63 juga kerajaan Persekutuan secara konsepnya bersetuju untuk kerajaan Sabah dan Sarawak mengambil semula tanah, yang diambil kerajaan Persekutuan untuk pembangunan, sekiranya tanah itu tidak dimajukan atau terbiar setelah lima tahun.
"Dikembalikan kepada kerajaan negeri (Sabah dan Sarawak) dengan bayar balik pampasan pada kadar yang (diterima) dahulu, kalau dibuat sebahagian pembangunan kemudian terbiar jadi akan dikembalikan juga kos membuat infrastruktur itu dan sebagainya," katanya.
Beliau berkata pada masa ini perkara tersebut sedang menunggu perbincangan dalam mesyuarat teknikal, yang sebelum ini ditangguhkan kerana Kementerian Kewangan belum dapat memuktamadkan beberapa perkara berkaitan.
Katanya dua lagi perkara yang sedang dibincangkan adalah berkenaan formula menentukan pemberian khas kepada Sabah dan Sarawak berdasarkan Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan, serta pembahagian kerusi Parlimen lebih sesuai antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
"Jumlah pemberian (khas) interim kepada kerajaan Sabah dan Sarawak meningkat asalnya dulu kecil sekarang akan diagihkan hampir RM300 juta setiap tahun secara interim sementara kita masih berunding formula bagaimana kaedah tentukan pengagihan itu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 15 2023

Fadillah berkata pemberian kuasa pentadbiran untuk sektor pendidikan dan kesihatan di Sabah serta Sarawak antara perkara penting sedang dibincang kerajaan Persekutuan melalui sekretariat itu. -Gambar fail

Hati-hati! Scammer guna akaun palsu Sultan Ibrahim, foto Keluarga Diraja Johor
Royal Press Office menegaskan bahawa penyamaran dan penyalahgunaan identiti adalah satu kesalahan di sisi undang-undang.

Seorang maut, 5 cedera dalam insiden tembakan di hospital Pennsylvania
Suspek bersenjatakan pistol ketika memasuki Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Memorial UPMC sebelum menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan.
AWANI Ringkas: eman lima hari dan tiga hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap
Difahamkan penganjuran program selama dua hari pada 22 dan 23 Februari itu turut melibatkan beberapa peniaga yang turut diperdaya penganjur.

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya

Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.

Persetujuan bersama KPM, JPN Sabah di bawah MA63 beri impak positif - Fadhlina
Persetujuan bersama yang telah dicapai antara Kementerian Pendidikan dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 mampu memberi impak positif.

MA63: Perbincangan positif kerajaan Persekutuan-Sarawak isu pendidikan, kesihatan
Kerajaan Persekutuan memberi kerjasama erat kepada kerajaan Sarawak dan Sabah bagi mempertingkatkan kelancaran perkhidmatan kesihatan di dua negeri berkenaan.

Tambah kerusi Parlimen Sabah, Sarawak: AGC teliti aspek perundangan
Jabatan Peguam Negara (AGC) sedang meneliti dari sudut perundangan mengenai pelaksanaan pertambahan kerusi Parlimen untuk Sabah dan Sarawak.

Tambahan kerusi Parlimen Sabah, Sarawak dilaksana selepas PRU16 - Fadillah
Pelaksanaan bagi pertambahan kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak hanya dimuktamadkan selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) diadakan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

MA63: Tuntutan berkaitan isu pendidikan Sabah masih dibincang - TPM Fadillah
Ia masih dalam perbincangan walaupun telah dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tindakan Bersama Pembangunan Pendidikan Negeri Sabah No.1/2024 yang diadakan pada 26 Ogos lepas.

Akta Laut Wilayah dan pelantar benua Sabah kekal perkara tidak boleh dirunding
Sabah tegas untuk menolak sebarang bentuk rundingan berkaitan Akta Laut Wilayah 2012 (TSA 2012) dan pelantar benua.

MA63: Penyelesaian 11 tuntutan satu titik manis dalam sejarah Malaysia - Penganalisis
Ia pastinya menjadi nadi penilaian masyarakat Borneo khususnya di Sarawak, untuk bersandar harapan dan keyakinan kepada Kerajaan MADANI.

Tambahan peruntukan interim dijangka rancak pembangunan di Sabah, Sarawak
Perlu ada satu mekanisme khusus termasuk pemantauan dan kaedah pemberian dalam memastikan penyaluran dana ke Sabah dan Sarawak tidak disalahgunakan.

MA63: Sebanyak 11 tuntutan berjaya diselesaikan - TPM
Sebanyak 11 tuntutan di bawah platform rundingan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) telah berjaya diselesaikan.