KUALA LUMPUR: Konsep Al-Falah yang diterapkan dalam tema Maal Hijrah 2024/1446 pada tahun ini penting bagi menjamin keberhasilan masyarakat untuk manfaat yang lebih besar kepada bangsa, agama dan negara.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata tema Maal Hijrah tahun ini ialah 'Al-Falah Pemacu Malaysia MADANI' dan 'Falah' secara definasinya membawa erti kejayaan.
"Awal Muharam atau Maal Hijrah adalah amat penting kerana ia menceritakan pengkisahan peristiwa sejarah Islam iaitu penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam tahun baharu bagi takwim hijrah.
"Selain daripada doa akhir dan awal tahun yang sangat dituntut untuk dibaca, mudah-mudahan kita juga dapat mengambil sedikit waktu untuk bermuhasabah serta menguatkan lagi keazaman kita dalam berusaha melunaskan fardu ain dan fardu kifayah. Salam Maal Hijrah 1446H kepada seluruh umat Islam," kata beliau dalam hantaran di laman Facebook hari ini.
Beliau turut mendoakan semoga tahun baharu Islam ini membawa keberkatan, rahmat dan keredaan Allah SWT kepada semua.
Bagi Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu, penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Makkah ke Madinah bukan sahaja merubah takwim hijrah tetapi juga membawa perubahan yang besar dalam sejarah Islam.
"Peristiwa ini mengajar kita tentang erti ketabahan, keberanian dan ketekunan dalam menghadapi cabaran. Ia juga mengingatkan kita tentang pentingnya perpaduan dan keberkatan dalam setiap langkah yang kita ambil.
"Marilah kita mengisi tahun baharu hijrah ini dengan memperbanyakkan doa, meningkatkan amal kebaikan dan ketakwaan kepada Allah SWT. Semoga kita sentiasa diberkati dan mendapat hidayah dalam setiap langkah dan tindakan yang diambil. Insya-Allah Malaysia akan terus aman dan makmur," katanya.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek pula berkata semoga kedatangan tahun baharu hijrah ini menjadi titik tolak buat semua untuk membuka lembaran yang lebih baik dalam kehidupan.
"Marilah kita manfaatkan kesempatan ini untuk memperbaiki diri, mempertingkatkan amalan dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Hijrah bukan sekadar perpindahan fizikal tetapi juga perubahan dalam hati dan niat kita.
"Semoga semangat hijrah ini memberi kita kekuatan untuk menghadapi segala cabaran dan rintangan dengan penuh kesabaran dan keimanan. Insya-Allah dengan keberkatan awal Muharam ini, kita akan diberi petunjuk dan hidayah untuk mencapai kejayaan serta kebahagiaan di dunia dan akhirat," katanya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa Ahmad berkata Maal Hijrah mengajar kita tentang erti kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi ujian serta cabaran hidup dan proses hijrah bukanlah satu perjalanan yang mudah.
"Namun Nabi Muhammad SAW dan para sahabat tetap teguh dan sabar, meyakini bahawa dengan izin Allah, segala kesukaran akan dapat diatasi. Pengajaran ini sangat relevan dalam kehidupan kita sehari-harian kerana kita sering berdepan dengan pelbagai dugaan. Kesabaran dan ketabahan adalah kunci utama untuk mencapai kejayaan dan keberkatan.
"Maal Hijrah membawa pelbagai pengajaran yang sangat bermakna kepada kita semua. Antara ibrah utama adalah tentang pentingnya pengorbanan dalam mencapai matlamat yang lebih besar. Kisah hijrah Nabi Muhammad SAW dan para sahabat dari Makkah ke Madinah memperlihatkan pengorbanan besar yang dilakukan oleh baginda untuk mempertahan dan menyebarkan agama Islam," katanya.
Beliau berkata Maal Hijrah turut menekankan isu kepentingan perpaduan dan ukhuwah.
"Setibanya di Madinah, Nabi Muhammad SAW segera memupuk semangat persaudaraan antara Muhajirin dan Ansar dan persaudaraan ini menjadi asas kukuh dalam membina sebuah masyarakat yang harmoni dan kuat.
"Semangat perpaduan ini perlu kita semai dalam diri masyarakat Malaysia untuk memastikan kita dapat hidup dalam aman dan damai, saling menghormati serta membantu antara satu dengan yang lain," katanya.
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad turut mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah kepada semua muslimin serta muslimat.
"Maal Hijrah merupakan hari yang penting bagi seluruh umat Islam atas peristiwa penting yang berlaku iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622M.
"Marilah kita bersama-sama merenung makna sebenar perjuangan dan meneruskan perjuangan ini dengan membawa nilai-nilai Islam yang baik dan harmoni," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 06 2024
Fadillah berkata tema Maal Hijrah tahun ini ialah 'Al-Falah Pemacu Malaysia MADANI' dan 'Falah' secara definasinya membawa erti kejayaan. - Gambar FB
Pengurusan taman tema dipanggil setelah laporan penuh dibentang - Amirudin
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata pertemuan itu juga mungkin melibatkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setelah maklumat penuh diperoleh.
EU laksana had sekatan penggunaan AI
Keperluan baharu untuk mengawal selia penggunaan kecerdasan buatan (AI) mula dikuatkuasakan di Kesatuan Eropah (EU) pada Ahad dengan pelaksanaan Akta AI EU.
Penggiliran kerja petugas kaunter dilaksana secara berfasa
Pelaksanaan sistem penggiliran kerja bagi penjawat awam yang telah berkhidmat lebih lima tahun di kaunter perkhidmatan telah dilaksanakan bermula Januari 2025 secara berfasa.
ASEAN: Anwar adakan pertemuan dengan Thaksin dan George Yeo
Dalam pertemuan tersebut, pelbagai isu penting serantau dibincangkan termasuk situasi di Myanmar serta pembangunan mata wang kripto.
Tiga ditahan susulan dua kes rogol berasingan
Polis menahan tiga lelaki termasuk warga emas bagi membantu siasatan bersabit dua kes rogol berasingan di Jeram, Kuala Selangor semalam.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Februari 2025.
Ahmad Fadzli dilantik Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor baharu
Pegawai Kewangan Negeri Selangor Datuk Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baharu berkuat kuasa esok.
Ratusan teruja saksi tayangan mempersona di Casa Batllo
Tayangan pemetaan video digital di bangunan Casa Batllo di Barcelona, Sepanyol menarik kehadiran ramai pengunjung pada Ahad. Artis Itali, Quayola mempersembahkan karya dikenali Arborescent itu, sebagai dedikasi kepada keindahan alam semula jadi.
Penerbangan Learjet 55 hanya kurang seminit sebelum menjunam
Penerbangan pesawat perubatan Learjet 55 yang terhempas di kawasan kejiranan di Philadelphia disahkan hanya kurang dari seminit. Perkara itu seperti disahkan penyiasat dari Badan Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan, Rick Hicks dalam sidang media pada Ahad. Katanya, pesawat itu hanya mencapai ketinggian 1,500 kaki sebelum ia menjunam dan terhempas.
R Stromlinienwagen dibida pada harga 51.55 juta euro
Kereta lumba jenis Mercedes (W196 R Stromlinienwagen) berjaya dijual pada harga 51.55 juta euro dalam satu majlis bidaan di Jerman pada Sabtu. Kereta lumba berwarna silver itu, salah satu daripada empat yang ada di dunia.
Maal Hijrah konsep Al-Falah beri manfaat besar kepada bangsa, agama dan negara - TPM
Konsep Al-Falah yang diterapkan dalam tema Maal Hijrah 2024/1446 pada tahun ini penting bagi menjamin keberhasilan masyarakat untuk manfaat yang lebih besar kepada bangsa, agama dan negara.
New Zealand rakan kongsi utama ASEAN - Presiden NZMBA
New Zealand muncul sebagai rakan kongsi utama dalam menggalakkan kerjasama yang lebih besar dengan ASEAN semasa Malaysia bersiap sedia untuk mengambil alih kepengerusian ASEAN pada 2025.
Ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik Turkiye-Malaysia lebih daripada sekadar peristiwa penting - Duta
Ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik antara Turkiye dan Malaysia pada tahun ini jauh lebih bermakna daripada sekadar peristiwa penting.