IPOH: Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP) kini dalam perbincangan untuk melanjutkan tempoh hak cipta karya Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang bakal berakhir tahun depan.
Pengurus Besar MACP Mary Yap berkata ini kerana mengikut Akta Hak Cipta 1987, tempoh hak cipta semasa adalah 50 tahun iaitu selepas peninggalan pencipta.
"Tempoh tersebut adalah lama, seperti lagu Tan Sri P Ramlee yang akan luput akhir tahun depan dan kami dalam perbincangan untuk melanjutkannya.
"Kami sedang buat perbincangan dengan pihak-pihak berkuasa untuk melanjutkan tempoh hak cipta," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang diwakili Datuk Bandar Datuk Rumaizi Baharin, di sini, pada Selasa.
Rumaizi pula berkata MBI merupakan pihak berkuasa tempatan pertama yang memperoleh lesen MACP untuk RadioTV MBI (RTBI) .
"Kerjasama strategik dan mantap yang termeterai dalam MOU ini memastikan RTBI serta acara di bawah anjuran MBI mendapat lesen yang sah daripada MACP," katanya.
Untuk rekod, MACP merupakan badan pengutip royalti berdaftar serta organisasi pengurusan kolektif yang mewakili pemunya hak cipta muzik seperti komposer, penggubah lagu, penulis lirik dan penerbit muzik.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 06 2022
MACP kini dalam perbincangan untuk melanjutkan tempoh hak cipta karya Allahyarham Tan Sri P Ramlee (gambar) yang bakal berakhir tahun depan. -Gambar fail/Wikipedia
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
MACP dalam perbincangan lanjutkan hak cipta P. Ramlee
Ini kerana mengikut Akta Hak Cipta 1987, tempoh hak cipta semasa adalah 50 tahun iaitu selepas peninggalan pencipta.
Kak Chah tidak kecil hati tidak disenarai sebagai penulis lirik 'Setia'
Habsah Hassan akui tidak tahu menahu namanya tidak dikreditkan sebagai penulis lirik, sehinggalah beberapa tahun lepas.
Industri muzik dan $$$-nya
Pemuzik Aznan Alias berkongsi pandangan beliau tentang industri muzik tanah air masa kini.
Akim ungguli Anugerah Komposer Muda Berpotensi MACP
Penyanyi dan komposer Akim mengungguli Anugerah Komposer Muda Berpotensi pada malam Anugerah MACP.