KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) akan memastikan kelancaran rantaian bekalan dan sekuriti makanan negara sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
Menurut menterinya, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, MAFI dalam masa yang sama amat mengalu-alukan keputusan kerajaan untuk mengetatkan lagi PKP 3.0 dalam usaha untuk mengawal dan melandaikan lengkuk jangkitan COVID-19.
Jelasnya, sektor pertanian dan industri makanan akan terus diutamakan sebagai perkhidmatan perlu dan dibenarkan beroperasi sepanjang masa dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) tertentu.
"MAFI telah mengambil tindakan yang sewajarnya termasuk mendapatkan kebenaran daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi memastikan golongan petani, nelayan dan penternak terus diberi kebenaran untuk beroperasi sepanjang PKP demi kelangsungan bekalan makanan,”
katanya selepas perjumpaan bersama komuniti nelayan di Kampung Terusan Sugut, hari ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Beluran itu turut memberi keyakinan akan mengambil pelbagai langkah dan usaha bagi memastikan bekalan negara kekal stabil dan mencukupi walau dalam apa jua keadaan.
Bekalan-bekalan tersebut termasuk beras, daging, ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan.
Tambahnya lagi, Pusat Pengurusan Krisis (CMC) juga telah dibuka semula selaras dengan pelaksanaan PKP 3.0 yang berfungsi sebagai pusat utama penerimaan panggilan, pusat amaran awal (early warning centre), dan pusat laporan situasi harian untuk mendapatkan maklumat terkini setiap sektor dan industri.
"Selain itu, sistem pemantauan data dan isu bekalan harian (SITREP) seluruh negara yang dilaksanakan oleh MAFI sejak PKP 1.0 akan terus menjana status semasa dan laporan bekalan makanan ke atas lapan komoditi utama," jelasnya dalam kenyataan sama.
Beliau berharap, sepanjang PKP ini dilaksanakan golongan petani, nelayan dan penternak serta pengusaha industri agromakan sentiasa mematuhi SOP dan menjaga keselamatan diri sepanjang masa.
Radhi Muslim
Sat May 22 2021

Menurut Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), keperluan sektor itu akan dipantau oleh Crisis Management Centre (CMC) dan sistem pemantauan data dan isu bekalan harian (SITREP). -Gambar Fail

Amaran hujan berterusan tahap waspada beberapa kawasan di Sabah - MetMalaysia
Kawasan terlibat termasuk Ranau dan Kota Belud, Sanadakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Kudat.
AWANI Ringkas: PM tegur pihak 'riuh-rendah' isu remeh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.
Rentak cemerlang diteruskan, menang 2-0 ke atas Shieldz FC
Pasukan bola sepak AWANI FC meneruskan rentak cemerlang bagi tahun 2025 dengan merekodkan kemenangan ke atas pasukan Shieldz FC dalam aksi persahabatan. Lebih manis AWANI FC merekodkan kemenangan itu ketika menyarung jersi baharu tajan Brentt Gard Sdn Bhd.
Geran RM3.174 buat 453 usahawan mikro di Sabah
Kira-kira 453 usahawan mikro, kecil dan sederhana di negeri Sabah bakal menerima geran sebanyak RM3.174 juta menerusi program pembangunan usahawan RISDA.

Jangan bekerja secara silo dalam usaha bangunkan usahawan - Ahmad Zahid
Kerjasama strategik semua pihak termasuk kerajaan negeri dan agensi keusahawanan penting dalam melaksanakan program keusahawanan desa yang berkesan.

Kerajaan tak campur urusan badan penguat kuasa ambil tindakan - PM Anwar
Anwar menjelaskan beliau dan barisan Kabinet tidak mencampuri urusan tindakan pihak berkuasa dalam menjalankan tugas masing-masing.

Yayasan Rizalman Ibrahim biaya dana RM1.2 juta bina surau di Sungai Dua
Rizalman laksana amanah penderma dengan memanjangkan rezeki mereka membiayai pembinaan Surau Ar Rijal.
UK akan umum pakej sekatan baharu, terbesar ke atas Rusia
Kerajaan Britain akan mengumumkan pakej sekatan baharu bagi terus menekan Rusia sempena tahun ketiga pencerobohan Moscow ke atas Ukraine.

Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johari
Menyifatkan langkah itu sebagai kolaborasi baik antara kedua-dua pihak, katanya beliau belum menerima sebarang makluman berkaitan tarikh perbincangan tersebut.

TUDM hantar 4.3 tan bekalan makanan bantu mangsa banjir di Sarawak
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membantu menghantar kira-kira 4.3 tan bekalan makanan daripada Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) untuk mangsa banjir di Sarawak.

Program Pemimpin Masa Depan JSJ uji ketahanan mental, fizikal anggota polis
Seramai 30 pegawai dan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman menyertai Program Pemimpin Masa Depan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) PDRM 2024 yang diadakan dari 16 Dis hingga hari ini.

Kebuluran semakin tenat di Gaza - WFP
Menurut WFP, pihaknya hanya dapat membawa masuk kira-kira satu pertiga daripada bekalan makanan yang diperlukan.

Bekalan makanan mencukupi sepanjang Monsun Timur Laut - Mohamad Sabu
Bekalan makanan dijangka mencukupi untuk menampung keperluan rakyat sepanjang tempoh Monsun Timur Laut (MTL), kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

KPKM jamin bekalan makanan keperluan Aidilfitri mencukupi
Pihak kementerian memberi jaminan bekalan daging, ayam dan sayur sayuran cukup sepanjang sambutan Aidilfitri.

ICJ arah Israel ambil tindakan atasi kebuluran di Gaza
ICJ berkata, rakyat Palestin di Gaza menghadapi keadaan hidup yang teruk, kelaparan dan kebuluran semakin meruncing.

UAE umum ketibaan kapal pertama bawa bantuan di Gaza
Bantuan itu dihantar melalui koridor maritim yang dilancar dari Pelabuhan Larnaca di Cyprus ke Gaza dengan kerjasama UAE, World Central Kitchen (WCK) dan Cyprus.

KPKM bersedia hadapi kesan El Nino terhadap sektor agromakanan
Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, persediaan untuk menghadapi fenomena itu dilakukan oleh agensi di bawah KPKM antaranya MADA, KADA dan IADA.

Anggota keselamatan hantar bantuan banjir di utara Bolivia
Pihak berkuasa tiba di lokasi yang terputus akses akibat banjir dengan menggunakan perahu dan berjaya mengagihkan bekalan.

Amnesty International, OIC desak siasatan segera terhadap serangan bantuan di Gaza
Amnesty International menggesa siasatan segera terhadap pembunuhan lebih 100 rakyat Palestin yang menunggu bekalan makanan di Gaza oleh tentera Israel.