CAMERON HIGHLANDS: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) belum menerima sebarang laporan berhubung kekurangan bekalan makanan yang diimport dari India susulan peningkatan kes wabak COVID-19 di negara itu ketika ini.
Menterinya Datuk Seri Ronald Kiandee berkata pihaknya tidak menerima laporan mengenai ketidakcukupan bekalan makanan terutamanya bawang merah, beras dan daging yang diimport dari negara berkenaan terutamanya menjelang sambutan Aidilfitri, bulan depan.
"Setakat ini, belum ada kesan (kekurangan bekalan makanan) yang dihadapi di Malaysia. Maknanya kesan terhadap pandemik COVID-19 yang melanda India belum memberi kesan kepada bekalan makanan yang diimport.
"Namun, sekiranya terjadi (kekurangan bekalan makanan), kami akan memikirkan langkah yang sesuai bagi memastikan bekalan makanan negara sentiasa mencukupi.
"Kerajaan sentiasa menitikberatkan mengenai aspek sekuriti makanan sejak pandemik COVID-19 melanda negara tahun lalu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja dan merasmikan Pusat Kecemerlangan Pertanian Hijau Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Cameron Highlands yang turut dihadiri Ketua Pengarah MARDI Datuk Dr Mohamad Roff Mohd Noor di sini, hari ini.
Media sebelum ini melaporkan, kadar kematian dan jangkitan harian COVID-19 di India mencatat rekod tertinggi dengan ribuan pesakit berada di ambang maut di seluruh negara itu.
Lebih 340,000 jangkitan baharu turut dilaporkan dalam 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan mencecah 16.5 juta kes, di negara kedua paling teruk terjejas akibat wabak itu selepas Amerika Syarikat.
Peningkatan mendadak kes COVID-19 itu dikaitkan kepada kemunculan varian baharu dan 'super spreader' atau perebak utama ketika India mengadakan pilihan raya baru-baru ini serta upacara keagamaan dihadiri jutaan orang.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 29 2021

Ronald berkata pihaknya tidak menerima laporan mengenai ketidakcukupan bekalan makanan terutamanya bawang merah, beras dan daging yang diimport dari India. - Gambar fail
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Kerajaan salur RM170.81 juta geran menerusi program Agropreneur Muda sejak Januari 2016
Kerajaan Persekutuan menyalurkan geran berjumlah RM170.81 juta kepada seramai 8,366 penerima di bawah program Agropreneur Muda di seluruh negara sejak Januari 2016 hingga November tahun ini.

Banjir: Bilik Gerakan MAFI di seluruh negara diaktifkan
MAFI juga sentiasa siap siaga untuk menyalurkan bantuan sejurus maklumat berkaitan diperoleh di lapangan.

MAFI sasar produktiviti, pengeluaran kelapa meningkat 50 peratus
Johor merupakan negeri yang mempunyai hasil pengeluaran tertinggi sebanyak 106,723.2 tan metrik.

Cocotech 2022: Malaysia tuan rumah persidangan industri kelapa dunia
Ia berlangsung selama lima hari sehingga 11 November ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Banjir: FAMA sediakan lebih 60,000 kit makanan untuk Nadma
MAFI menerusi FAMA akan membekalkan 62,500 kit makanan kepada Nadma untuk diedarkan kepada mangsa terlibat bencana khususnya banjir di seluruh negara.

Jualan terus dari ladang catat RM16.17 juta
Jumlah itu membabitkan kuantiti jualan sebanyak 3,105 tan metrik barangan keperluan seperti ikan, ayam, sayur-sayuran dan buah-buahan.

MARDI lancar lima produk inovasi seiring memperkasa sekuriti makanan
MARDI melancarkan lima produk inovasi terbaru yang akan memberi manfaat kepada masyarakat ketika dunia diancam masalah sekuriti makanan.

MAFI salur RM1.4 juta lengkapi rantaian industri walet
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) melalui Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) telah melengkapkan rantaian nilai industri walet dengan memperuntukkan sebanyak RM1.4 juta.

Subsidi ayam, telur diteruskan hingga Disember 2022
Kerajaan bersetuju untuk meneruskan pemberian subsidi kepada penternak ayam dan pengeluar telur ayam dari bulan ini hingga Disember ini.

Kerajaan pertimbang beri kebenaran eksport ayam semula
Kerajaan akan mempertimbangkan untuk memberi semula kebenaran mengeksport ayam ke luar negara, berikutan bekalan dalam pasaran negara kembali stabil selain pengeluarannya melebihi permintaan.