KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) akan mengadakan satu mesyuarat khas bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta pemain-pemain industri penternakan ayam, bagi membincangkan isu berkaitan bekalan dan harga siling baharu ayam di pasaran, esok.
Menterinya Datuk Seri Ronald Kiandee berkata ini susulan keputusan kerajaan yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini, bahawa harga ayam di pasaran tidak akan diapungkan.
"Keputusan yang dibuat ini membuktikan keprihatinan kerajaan, demi menjaga kepentingan Keluarga Malaysia supaya bekalan ayam terus diperolehi, dengan harga kawalan yang berpatutan," katanya dalam kenyataan di sini malam ini.
Beliau berkata Jawatankuasa Teknikal Menangani Isu Sekuriti Bekalan Makanan Negara juga akan bersidang Isnin ini (27 Jun), bagi memantau status bekalan makanan negara dan pelaksanaan tindakan intervensi yang dirangka untuk menangani isu bekalan makanan.
Menurutnya kerajaan akan meneruskan usaha memastikan ketersediaan dan kelangsungan bekalan ayam di pasaran kekal terjamin dengan harga berpatutan bagi memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia.
Dalam pada itu, Ronald berkata bekalan ayam kekal stabil pada minggu ketiga bulan ini dan mencukupi untuk menampung permintaan bulan semasa.
Terdahulu, Perdana Menteri mengumumkan harga ayam di pasaran tidak akan diapungkan dalam usaha memastikan rakyat tidak terbeban.
Keputusan tidak mengapungkan harga ayam itu bukti Perdana Menteri mengambil berat keluh kesah rakyat, memandangkan skim harga maksimum runcit ayam akan berakhir pada 30 Jun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 24 2022

Datuk Seri Ronald Kiandee berkata ini susulan keputusan kerajaan yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini, bahawa harga ayam di pasaran tidak akan diapungkan. - Gambar fail/BERNAMA

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.

Kerajaan salur RM170.81 juta geran menerusi program Agropreneur Muda sejak Januari 2016
Kerajaan Persekutuan menyalurkan geran berjumlah RM170.81 juta kepada seramai 8,366 penerima di bawah program Agropreneur Muda di seluruh negara sejak Januari 2016 hingga November tahun ini.

Banjir: Bilik Gerakan MAFI di seluruh negara diaktifkan
MAFI juga sentiasa siap siaga untuk menyalurkan bantuan sejurus maklumat berkaitan diperoleh di lapangan.

MAFI sasar produktiviti, pengeluaran kelapa meningkat 50 peratus
Johor merupakan negeri yang mempunyai hasil pengeluaran tertinggi sebanyak 106,723.2 tan metrik.

Cocotech 2022: Malaysia tuan rumah persidangan industri kelapa dunia
Ia berlangsung selama lima hari sehingga 11 November ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Banjir: FAMA sediakan lebih 60,000 kit makanan untuk Nadma
MAFI menerusi FAMA akan membekalkan 62,500 kit makanan kepada Nadma untuk diedarkan kepada mangsa terlibat bencana khususnya banjir di seluruh negara.

Jualan terus dari ladang catat RM16.17 juta
Jumlah itu membabitkan kuantiti jualan sebanyak 3,105 tan metrik barangan keperluan seperti ikan, ayam, sayur-sayuran dan buah-buahan.

MARDI lancar lima produk inovasi seiring memperkasa sekuriti makanan
MARDI melancarkan lima produk inovasi terbaru yang akan memberi manfaat kepada masyarakat ketika dunia diancam masalah sekuriti makanan.

MAFI salur RM1.4 juta lengkapi rantaian industri walet
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) melalui Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) telah melengkapkan rantaian nilai industri walet dengan memperuntukkan sebanyak RM1.4 juta.

Subsidi ayam, telur diteruskan hingga Disember 2022
Kerajaan bersetuju untuk meneruskan pemberian subsidi kepada penternak ayam dan pengeluar telur ayam dari bulan ini hingga Disember ini.

Kerajaan pertimbang beri kebenaran eksport ayam semula
Kerajaan akan mempertimbangkan untuk memberi semula kebenaran mengeksport ayam ke luar negara, berikutan bekalan dalam pasaran negara kembali stabil selain pengeluarannya melebihi permintaan.