SANDAKAN: Masyarakat nelayan adalah penyumbang penting dalam memajukan sektor perikanan, dan pada masa sama, turut membantu dalam memastikan bekalan makanan dalam negara sentiasa cukup dan terjamin.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata kerajaan melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) sentiasa memastikan kebajikan nelayan terus terbela.
Menurutnya, pemberian bantuan elaun sara hidup nelayan tetap diteruskan bagi memberi manfaat kepada 38,000 nelayan di seluruh negara dengan peruntukan berjumlah RM136.8 juta.
“Daripada jumlah tersebut, sejumlah 7,502 penerima bantuan elaun sara hidup nelayan di Sabah.
“Kerajaan turut menyalurkan pelbagai bentuk bantuan lain seperti program peningkatan kapasiti nelayan B40, projek khas perumahan nelayan, skim perlindungan keselamatan nelayan, dan tabung bantuan bencana alam dan kebajikan nelayan.
“Pada tahun ini juga kerajaan masih meneruskan skim subsidi diesel dan petrol nelayan di mana pada tahun 2024, kuota diesel bersubsidi yang diluluskan adalah sebanyak 70 juta liter sebulan dengan kadar harga subsidi ditetapkan adalah RM1.65 seliter bagi diesel dan petrol.
"Alhamdulillah untuk negeri Sabah, seramai 6,782 nelayan telah menikmati subsidi ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Program Ramah Mesra Madani Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Bersama Nelayan Sandakan, di sini, pada Isnin, sempena jelajah Road to MAHA 2024 Sabah.
Jelasnya, peruntukan berjumlah RM3 juta telah diluluskan untuk program peningkatan kapasiti nelayan B40 yang bertujuan untuk membantu meningkatkan pendapatan golongan nelayan B40.
“Bagi Sabah, sebanyak RM450,000 telah disalurkan melibatkan kira-kira 30 orang penerima.
“Dalam pada itu, pada tahun ini, peruntukan sebanyak RM1 juta telah diluluskan untuk projek khas perumahan nelayan (PKPN) negeri Sabah bagi tahun 2024 melibatkan lebih 60 buah rumah nelayan dengan tujuan untuk memberikan kesejahteraan kepada keluarga nelayan agar dapat menikmati kualiti hidup yang lebih baik dan selesa.
“Pada masa yang akan datang, saya yakin semua warga kementerian dan LKIM akan lebih berusaha untuk memajukan lagi pengeluaran komoditi perikanan di negara ini.
"Ini boleh dicapai dengan kolaborasi antara semua pihak selaras dengan konsep pintar bagi mencapai sasaran yang telah ditetapkan,” katanya.
Tegas beliau, semua insentif berkenaan membuktikan bahawa pihak kerajaan amat komited membantu meringankan beban nelayan selain berusaha meningkatkan lagi taraf ekonomi nelayan di negara ini.
Radhi Muslim
Mon Jul 15 2024
Mohamad berkata kerajaan melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) sentiasa memastikan kebajikan nelayan terus terbela. -Astro AWANI
Pantau Agenda Reformasi: Misi PM ke UK: Apa bakal kita dapat?
Selepas lawatan kerja rasmi ke UAE, PM meneruskan misi ke beberapa buah negara di Eropah seperti UK, Jerman dan Switzerland. Apa manfaat daripada hasil lawatan ini?
TRAVEX 2025 menghimpunkan peserta dari lebih 40 negara
Penganjuran ASEAN Travel Exchange (TRAVEX) 2025 yang diadakan bersempena dengan Forum Pelancongan ASEAN (ATF) 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, menghimpunkan peserta dari 42 negara, mencerminkan jangkauan luasnya.
Syarikat pembekal sandwic kontroversi dakwa bahan mentah ada sijil halal
Syarikat itu memberitahu, penghasilan sandwic itu menggunakan roti, keju, dan kepingan daging ayam yang diperakukan halal oleh Jakim.
Malaysia perkukuh perdagangan minyak sawit, kerjasama serantau - MPOB
Malaysia komited memanfaatkan rangka kerja serantau seperti Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ASEAN dengan negara seperti Korea Selatan, Australia dan New Zealand.
MOTAC seru negara anggota ASEAN tingkat kerjasama
Malaysia menyeru semua negara ASEAN mempertingkatkan kerjasama bagi melonjakkan sektor pelancongan di rantau ini.
Saya telah bertemu Jho Low di Abu Dhabi sebelum sertai 1MDB - Arul Kanda
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy memberitahu beliau bertemu Jho Low di Abu Dhabi, empat tahun sebelum pelantikannya ke dalam syarikat itu.
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia akan turut fokus isu pemerdagangan bahan buangan
Timbalan Menteri MITI, Liew Chin Tong berkata, perkara itu memerlukan kerjasama semua negara anggota ASEAN, serta negara pembekal bahan buangan di Eropah dan Amerika Utara.
ASEAN 2025: Inisiatif label 'Buatan ASEAN' untuk perdagangan serantau
Cadangan inisiatif label 'Buatan ASEAN' sempena Pengerusian ASEAN 2025, dengan matlamat meningkatkan integrasi ekonomi serantau dan mempromosikan produk berkualiti premium setanding standard antarabangsa. Langkah ini turut menekankan kerjasama antara negara anggota untuk menghapuskan halangan perdagangan dan memperkasa PMKS di rantau ini.
Perancis harap kemajuan ASEAN di bawah kepimpinan Malaysia
Perancis menyatakan komitmen untuk terus bekerjasama rapat dengan blok Asia Tenggara, berikutan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini.
Perang dagang: ASEAN dijangka menerima manfaat terbesar
Firma penyelidikan RHB Investment Bank menjangka, manfaat terbesar akan dinikmati oleh Malaysia, Vietnam, Indonesia dan Thailand.
Stok bekalan ikan negara untuk musim tengkujuh mencukupi
LKIM meminta peniaga tidak ambil kesempatan naikkan harga hasil laut terutamanya ikan ketika musim MTL yang djangka bermula November ini hingga Mac tahun depan.
MAHA 2024: Nelayan hero negara, kerajaan komited bela kebajikan
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata kerajaan melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) sentiasa memastikan kebajikan nelayan terus terbela.
LKIM cadang bina slipway di Labuan
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bercadang membina satu lagi 'slipway' di Kompleks LKIM Labuan bagi mengatasi masalah kesukaran membaiki bot nelayan di kawasan berkenaan.
Nelayan Perlis bakal wujud stesen minyak mudah alih
Stesen minyak mudah alih yang bakal diwujudkan PELARIS dijangka membantu meningkatkan pendapatan persatuan itu.
LKIM lulus bina 257 rumah nelayan tahun ini
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) meluluskan pembinaan 257 unit rumah nelayan di seluruh negara menerusi Projek Khas Perumahan Nelayan (PKPN) tahun ini.
Belanjawan 2024: LKIM laksana libat urus kenal pasti masalah, keperluan nelayan
Ia bagi mengenal pasti masalah dan keperluan infrastruktur industri perikanan untuk permohonan Belanjawan 2024.
LKIM perkenal satu persatuan, satu produk bantu tingkat ekonomi nelayan
LKIM memperkenalkan projek satu persatuan nelayan, satu produk sebagai usaha meningkatkan ekonomi dan membasmi kemiskinan dalam kalangan nelayan.
LKIM perkenal pasar nelayan bergerak
LKIM memperkenalkan projek pasar nelayan bergerak sebagai salah satu usaha meningkatkan ekonomi nelayan dan membantu rakyat membeli ikan segar, pada harga yang lebih rendah.
Salah guna bantuan, nelayan berdepan tindakan tegas - LKIM
Nelayan yang dikesan menyalahgunakan bantuan yang diberikan kerajaan boleh dikenakan tindakan tegas termasuk pembatalan sebagai ahli persatuan.
Kerajaan Pulau Pinang peruntuk bantuan pukat RM1.614 juta untuk nelayan tahun ini
Bantuan pukat oleh kerajaan negeri Pulau Pinang kepada semua nelayan yang berlesen di negeri itu meningkat kepada RM1.614 juta pada 2023 berbanding RM959,600 pada tahun lepas.