KUALA LUMPUR: Pengerusi Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Datuk Seri Zambry Abdul Kadir menyambut baik pengumuman kerajaan yang tiada perancangan menjual Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang (LTSAAS).
Zambry berkata, sokongan pihak kerajaan terhadap Malaysia Airports itu lebih mendalamkan lagi komitmen syarikat tersebut untuk terus menyumbang dalam mencapai aspirasi negara dan memperkukuhkan industri penerbangan Malaysia.
"Saya mewakili pihak Malaysia Airports dan seluruh warga kerjanya ingin menzahirkan rasa terima kasih kepada pihak kerajaan terutama sekali Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Menteri Pengangkutan yang mengesahkan bahawa Malaysia Airports kekal sebagai operator LTSAAS sehingga tahun 2067 dan dipertanggungjawabkan untuk membangunkan aset sekitar lapangan terbang ini.
"Kami yakin komitmen ini dapat dipenuhi sepenuhnya dengan pelaksanaan pelan Regenerasi LTSAAS yang telah dirangka yang akan memastikan ia kekal sebagai aset strategik negara," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Awal hari ini, kerajaan memaklumkan bahawa tiada sebarang perancangan menjual mana-mana hartanah lapangan terbang termasuk Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) kepada mana-mana pihak.
Menangkis spekulasi yang hangat diperkatakan kini, Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan media memaklumkan, hartanah lapangan terbang merupakan aset strategik kerajaan.
Sebelum ini, Zambry menggesa kerajaan untuk membatalkan hasrat menswastakan dan mengeluarkan LTSAAS bagi tujuan pengambilalihan oleh pihak tertentu.
BACA: Jangan benarkan pihak lain ambil alih LTSAAS - Pengerusi Malaysia Airports
Kata beliau, pelan Regenerasi LTSAAS yang dikemukakan merupakan sebahagian daripada kerangka besar perancangan masa depan kerajaan ke arah industri penerbangan dan aeroangkasa negara.
Jelasnya, ia adalah di bawah Pelan Strategik Lapangan Terbang Kebangsaan (PSLTK) dan Pelan Induk Industri Aeroangkasa Kebangsaan 2030.
“Ini merupakan kenyataan saya kali ketiga yang membantah langkah penjualan LTSAAS. Justeru, tidak timbul perkara yang dimainkan oleh kalangan tertentu bahawa saya tidak pernah bersama dalam usaha menyelamatkan LTSAAS dan kedudukan syarikat secara keseluruhan.
“Saya menghormati pendirian Kesatuan Kesatuan Pekerja-Pekerja Malaysia Airports Semenanjung (KESMA), KEPEMAB (Sabah dan Labuan) serta KEPMAS (Sarawak) kerana mereka mewakili suara warga Malaysia Airports.
“Saya masih menaruh harapan agar kerajaan mendengar pandangan rakyat dan rintihan warga Malaysia Airports agar LTSAAS tidak dijual. LTSAAS adalah aset strategik negara yang perlu dipertahankan,” katanya.
Pada 25 Jun, KESMA mendakwa Malaysia akan kerugian sebanyak RM11.9 bilion sekiranya Lapangan Terbang Subang berjaya diambil alih oleh WCT Holdings Bhd dan Subang Skypark Sdn Bhd (SSSB).
Yang Dipertuanya, Hussin Shahar berkata, usaha yang dilakukan oleh WCT dan SSSB tersebut hanyalah untuk menguntungkan syarikat mereka sendiri.
Astro Awani
Fri Jun 25 2021
![MAHB sambut baik keputusan kerajaan tidak jual LTSAAS MAHB sambut baik keputusan kerajaan tidak jual LTSAAS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/81619619473_BekasMenteriBesar.jpg)
Zambry berkata, pihaknya yakin komitmen ini dapat dipenuhi sepenuhnya dengan pelaksanaan pelan Regenerasi LTSAAS yang telah dirangka yang akan memastikan ia kekal sebagai aset strategik negara. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Tuduhan ahli kumpulan jenayah terancang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Anwar terima panggilan telefon daripada PM Qatar mengenai situasi terkini Gaza Anwar terima panggilan telefon daripada PM Qatar mengenai situasi terkini Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739340506_tbanwaribrahimMe.jpg)
Anwar terima panggilan telefon daripada PM Qatar mengenai situasi terkini Gaza
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menerima panggilan telefon daripada rakan sejawatannya dari Qatar Sheikh Mohammed Abdulrahman Al-Thani, mengenai situasi terkini di Gaza.
![Presiden Turkiye Erdogan disambut dengan istiadat rasmi oleh Presiden Indonesia Presiden Turkiye Erdogan disambut dengan istiadat rasmi oleh Presiden Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739346401_tbTayyipErdoganPr.jpg)
Presiden Turkiye Erdogan disambut dengan istiadat rasmi oleh Presiden Indonesia
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan disambut dengan istiadat rasmi oleh Presiden Indonesia Prabowo Subianto di Bogor pada Rabu sempena lawatan rasminya ke negara itu, lapor Anadolu Ajansi (AA).
![Sapura, Aselsan jalin kerjasama strategik majukan teknologi komunikasi dan C2 Malaysia Sapura, Aselsan jalin kerjasama strategik majukan teknologi komunikasi dan C2 Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739345572_TBSAPURA.jpg)
Sapura, Aselsan jalin kerjasama strategik majukan teknologi komunikasi dan C2 Malaysia
Sapura dan Aselsan telah mewujudkan kerjasama strategik untuk memajukan keupayaan teknologi komunikasi dan kawalan & arahan (C2) Malaysia di bawah program dua hala Malaysia-Turkiye.
“Kalau masuk rumah orang bagi salam bah” - YB Kota Belud
Ahli Parlimen Kota Belud luahkan rasa kecewa apabila kedatangan Pengerusi LKIM ke Kota Belud untuk memberi bantuan dan melawat tapak projek tanpa pengetahuan beliau sebagai wakil rakyat di Kota Belud.
“Tapi saya tahu melalui media sosial beliau sahaja”
“Kalau begini cara kita bekerja, kita tidak akan kemana-mana. Tolong jangan jadikan PRN sebagai alasan”Katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
“Tapi saya tahu melalui media sosial beliau sahaja”
“Kalau begini cara kita bekerja, kita tidak akan kemana-mana. Tolong jangan jadikan PRN sebagai alasan”Katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
AWANI Ringkas: Tiada lagi monopoli Puspakom
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jepun mohon pengecualian tarif keluli dan aluminium AS
Jepun mengemukakan permohonan pengecualian daripada tarif 25 peratus yang dikenakan ke atas produk keluli dan aluminiumnya oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump
“Saya mohon kerajaan mempertimbangkan tuntutan pesawah”- YB Jerlun
Ahli Parlimen Jerlun mencadangkan kerajaan mempertimbangkan tuntutan pesawah dengan mengekalkan subsidi, menaikkan harga padi, kekalkan kadar potongan padi semasa, salurkan benih padi dan baja kepada agensi kerajaan dan mengenal pasti orang dalam agensi kerajaan agar tidak menjadi tali barut.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
![KPDN, Kementerian Perdagangan Turkiye setuju tubuh jawatankuasa pantau pelaksanaan MoU KPDN, Kementerian Perdagangan Turkiye setuju tubuh jawatankuasa pantau pelaksanaan MoU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739339164_tbMoU.jpg)
KPDN, Kementerian Perdagangan Turkiye setuju tubuh jawatankuasa pantau pelaksanaan MoU
KPDN bersama Kementerian Perdagangan Turkiye, bersetuju menubuhkan satu jawatankuasa yang akan memantau aspek pelaksanaan MoU yang dimeterai kedua-dua pihak.
Rakyat Israel protes, bantah ancaman Netanyahu di Gaza
Rakyat Israel berhimpun di Tel Aviv selepas Perdana Menteri Benjamin Netanyahu mengancam untuk menyambung serangan di Gaza jika Hamas tidak membebaskan tebusan Israel.
Netanyahu sebelum ini menegaskan bahawa jika tebusan tidak dikembalikan sebelum tengah hari Sabtu, gencatan senjata di Gaza akan berakhir.
Netanyahu sebelum ini menegaskan bahawa jika tebusan tidak dikembalikan sebelum tengah hari Sabtu, gencatan senjata di Gaza akan berakhir.
![Aerotrain KLIA disasar kembali beroperasi sepenuhnya suku kedua tahun ini Aerotrain KLIA disasar kembali beroperasi sepenuhnya suku kedua tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737706098_SEPANG.jpg)
Aerotrain KLIA disasar kembali beroperasi sepenuhnya suku kedua tahun ini
Perkhidmatan aerotrain di KLIA disasar untuk kembali beroperasi sepenuhnya pada suku kedua tahun ini, setelah hampir dua tahun digantung.
![Kawalan trafik udara jarak jauh bakal beroperasi di Pulau Pinang dan Johor tahun depan Kawalan trafik udara jarak jauh bakal beroperasi di Pulau Pinang dan Johor tahun depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734692445_norazmanmahmud.jpg)
Kawalan trafik udara jarak jauh bakal beroperasi di Pulau Pinang dan Johor tahun depan
Inisiatif itu menggunakan teknologi canggih yang membolehkan kawalan trafik udara dibuat tanpa kehadiran fizikal pegawai di menara kawalan.
![Pemegang saham MAHB disaran terima tawaran konsortium GDA - HLIB Pemegang saham MAHB disaran terima tawaran konsortium GDA - HLIB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734674457_GenericKLIA.jpg)
Pemegang saham MAHB disaran terima tawaran konsortium GDA - HLIB
Hong Leong Investment Bank (HLIB), selaku penasihat bebas bagi tawaran pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), menyarankan agar pemegang saham MAHB menerima tawaran tersebut.
![Penerbangan: Trafik penumpang Malaysia ambil sedikit masa untuk pulih - MIDF Penerbangan: Trafik penumpang Malaysia ambil sedikit masa untuk pulih - MIDF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726206100_tbKLIATerminal.jpg)
Penerbangan: Trafik penumpang Malaysia ambil sedikit masa untuk pulih - MIDF
MIDF mengunjurkan trafik penumpang Malaysia mencapai 94 peratus berbanding jangkaan pertumbuhan sebanyak 102 peratus sebelum itu.
![Tiada penjualan MAHB, pemilikan saham Khazanah, KWSP meningkat kepada 70 peratus - PM Tiada penjualan MAHB, pemilikan saham Khazanah, KWSP meningkat kepada 70 peratus - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718687108_AnwarIbrahim.jpg)
Tiada penjualan MAHB, pemilikan saham Khazanah, KWSP meningkat kepada 70 peratus - PM
Sementara baki 30 peratus kepentingan lagi dimiliki oleh Global Infrastructure Partners (GIP) dan Abu Dhabi Investment Authority (ADIA).
![Petisyen ‘Katakan Tidak kepada BlackRock’ raih lebih 8,000 sokongan Petisyen ‘Katakan Tidak kepada BlackRock’ raih lebih 8,000 sokongan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719193725_tbBlackRock.jpg)
Petisyen ‘Katakan Tidak kepada BlackRock’ raih lebih 8,000 sokongan
Kempen dilancarkan BDS Malaysia itu bertujuan mendesak kerajaan batalkan serta-merta rancangan menjual pegangan saham dalam MAHB kepada GIP.
![Kenapa jual 30 peratus saham kepada penyokong Israel? - Tun Mahathir Kenapa jual 30 peratus saham kepada penyokong Israel? - Tun Mahathir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718003900_SidangMediaTunMa.jpg)
Kenapa jual 30 peratus saham kepada penyokong Israel? - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir bidas keputusan MAHB yang berhasrat menjual 30 peratus saham mereka kepada firma yang didakwa mempunyai kaitan dengan Israel.
![Memorandum bantah GIP: 'Carilah alamat betul', pesan Anthony Loke kepada Wan Fayhsal Memorandum bantah GIP: 'Carilah alamat betul', pesan Anthony Loke kepada Wan Fayhsal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716453809_TBAnthonyLoke.jpg)
Memorandum bantah GIP: 'Carilah alamat betul', pesan Anthony Loke kepada Wan Fayhsal
Menteri Pengangkutan itu menegaskan, Ahli Parlimen Machang itu salah pintu jika menghantar memorandum tersebut kepada Kementerian Pengangkutan.
![Trafik penumpang MAHB meningkat 7.6 peratus kepada 11 juta pada April 2024 Trafik penumpang MAHB meningkat 7.6 peratus kepada 11 juta pada April 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41696564341_MasyarakatTionghua.jpg)
Trafik penumpang MAHB meningkat 7.6 peratus kepada 11 juta pada April 2024
Pergerakan penumpang MAHB berkembang sebanyak 7.6 peratus kepada 11 juta pada April 2024 berbanding 10.2 juta pada bulan sebelumnya.
![Kemungkinan penstrukturan semula MAHB akan beri manfaat kepada negara - Ahli ekonomi Kemungkinan penstrukturan semula MAHB akan beri manfaat kepada negara - Ahli ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41634568174_MAHB.jpg)
Kemungkinan penstrukturan semula MAHB akan beri manfaat kepada negara - Ahli ekonomi
Kemungkinan penstrukturan semula ekuiti Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan memberi manfaat kepada negara.