KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini semalam memerintahkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin membuat keputusan berhubung rayuan Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) untuk mendaftar parti itu dalam tempoh 14 hari bermula semalam.
Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid membenarkan permohonan Pejuang untuk semakan kehakiman terhadap tindakan Menteri Dalam Negeri dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) yang belum membuat keputusan terhadap rayuan mereka untuk mendaftarkan parti itu.
Dalam penghakimannya, Ahmad Kamal berkata responden pertama (Menteri Dalam Negeri), tidak boleh mengambil masa terlalu lama untuk memutuskan rayuan tersebut kerana perkara yang terlibat tidak terlalu rumit dan berpendapat bahawa masa yang diambil oleh Menteri Dalam Negeri dalam memutuskan rayuan itu, kira-kira lima setengah bulan, dari 8 Jan, 2021, adalah melebihi masa yang diperlukan.
"Saya setuju dengan responden (Menteri Dalam Negeri dan RoS) bahawa adalah perlu bagi responden pertama untuk meneliti setiap rayuan sebelum membuat keputusan. Namun, berdasarkan fakta dan keadaan kes, masa yang diambil responden pertama untuk meneliti semakan rayuan mestilah masa yang munasabah atau sewajarnya.
“Dalam kes ini, saya berpendapat bahawa tidak ada masalah rumit yang terlibat dalam membuat keputusan. Alasan yang dikemukakan oleh responden pertama mengenai kesibukannya tidak kukuh. Responden pertama mempunyai pegawai untuk membantunya semua tugas-tugasnya, termasuk menyiapkan semua dokumen dan fail yang relevan untuk responden pertama memutuskan rayuan yang difailkan oleh pemohon (Pejuang)," katanya dalam penghakiman bertulis 32 halaman yang diperoleh media semalam.
Ahmad Kamal berkata walaupun mengikut Akta Pertubuhan 1966 atau Akta Tafsiran 1948 dan 1967, responden pertama tidak dikehendaki memberikan anggaran masa tetapi tanpa jangkaan masa akan menyukarkan responden pertama mewajarkan masa yang diambil untuknya membuat keputusan pada masa yang munasabah.
“Bagi saya, jangka waktu yang tidak diketahui tidak boleh ditafsirkan sebagai masa yang wajar dalam kes ini. Responden berhujah bahawa terdapat 102 rayuan untuk responden pertama putuskan.
"Namun, tidak jelas bagi saya berapa banyak daripada 102 rayuan yang berkaitan dengan pendaftaran parti politik dan berapa banyak rayuan lain yang mempunyai tahap kepentingan dan mendesak yang memerlukan responden pertama mengambil tindakan lebih cepat untuk putuskan," katanya.
BACA: Keputusan semakan kehakiman berpihak kepada Pejuang - Amiruddin
BACA: Pendaftaran Pejuang: Saya akan buat keputusan seperti diperintahkan mahkamah - Hamzah
Beliau berkata walaupun ada kes dan rayuan lain untuk dipertimbangkan oleh responden pertama, masa yang diperlukan untuk memutuskan rayuan Pejuang tidak boleh terlalu lama kerana isu tersebut tidak melibatkan masalah yang rumit.
Hakim itu berkata adalah jelas bahawa responden pertama adalah satu-satunya orang yang akan membuat keputusan dan prosesnya tidak melibatkan orang lain yang perlu mengemukakan pandangan dan pendapat mereka, dan oleh itu proses membuat keputusan tidak memerlukan masa yang lama.
"Saya maklum, sebagai menteri, responden pertama mempunyai fungsi dan tugas lain, tetapi bagi saya tempoh lima setengah bulan tidak munasabah baginya dalam membuat keputusan itu," katanya.
Hakim itu berkata mahkamah juga mendapati menteri telah melanggar tugas statutorinya di bawah Seksyen 18 Akta Pertubuhan 1966 atas kegagalannya membuat keputusan berhubung rayuan Pejuang.
Dalam penghakimannya, Ahmad Kamal berkata berdasarkan fakta dan keadaan kes itu, perintah mandamus hendaklah dibenarkan kepada responden pertama untuk memutuskan rayuan pemohon dalam tempoh 14 hari dari tarikh penghakiman.
"Namun, saya berpendapat bahawa permohonan perintah mandamus untuk mengarahkan responden kedua (RoS) untuk memuktamadkan pendaftaran Pejuang hendaklah ditolak. Ini kerana relief yang dipohon adalah di luar skop Seksyen 18 (b) Akta Pertubuhan, yang terhad kepada mengesahkan, menolak atau mengubah keputusan Pendaftar dalam waktu yang munasabah," katanya sambil menambah bahawa permohonan semakan kehakiman dibenarkan tanpa kos.
Pada 1 April, Pejuang memperoleh kebenaran Mahkamah Tinggi bagi mencabar tindakan Menteri Dalam Negeri dan RoS yang belum membuat keputusan terhadap rayuan mereka untuk mendaftarkan parti itu, selepas Jabatan Peguam Negara (AGC) tidak membantah permohonan Pejuang.
Setiausaha Agung Jawatankuasa Penaja Pejuang Datuk Amiruddin Hamzah memfailkan permohonan kebenaran itu pada 1 Mac dengan menamakan Ketua Pengarah RoS dan RoS sebagai responden pertama dan kedua.
Dalam permohonan itu, Amiruddin memohon deklarasi bahawa kegagalan responden pertama untuk membuat sebarang keputusan terhadap surat rayuan parti Pejuang pada 8 Jan lepas berkenaan penolakan pendaftaran oleh responden kedua telah melanggar kewajiban statutorinya di bawah Seksyen 18 Akta Pertubuhan 1966.
Beliau juga memohon deklarasi bahawa pelanggaran kewajiban statutori responden pertama untuk membuat sebarang keputusan terhadap rayuan parti Pejuang itu berkenaan penolakan pendaftaran oleh responden kedua adalah tidak munasabah, berniat jahat, satu bentuk percubaan tidak wajar untuk menafikan hak keperlembagaan pemohon untuk berpersatuan dan berbertanding dalam pilihan raya umum menggunakan logonya sendiri.
Pada 2 Feb, Pejuang yang diasaskan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengemukakan rayuan kepada Menteri Dalam Negeri berhubung pendaftaran parti itu setelah permohonan mereka ditolak.
Hamzah berkata permohonan pendaftaran Pejuang ditolak pada 6 Jan lepas berdasarkan peruntukan Seksyen 7(3)(e) Akta Pertubuhan 1966 dan parti itu boleh mengemukakan rayuan kepada Menteri Dalam Negeri dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 25 2021

Pada 1 April, Pejuang memperoleh kebenaran Mahkamah Tinggi bagi mencabar tindakan Menteri Dalam Negeri dan RoS yang belum membuat keputusan terhadap rayuan mereka untuk mendaftarkan parti itu.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Bekas pegawai penyiasat 1MDB syor siasatan diteruskan susulan lawatan ke Riyadh
Hasil siasatan susulan kunjungan pasukan siasatan 1MDB ke Riyadh pada November 2015 untuk menyiasat ketulenan surat tersebut telah dirujuk kepada AGC.

Dua lelaki didakwa tipu urusan penjualan jam tangan mewah lebih RM2 juta
Kedua-dua lelaki tempatan itu turut didakwa menipu seorang wanita membabitkan urusan pembelian 41 utas jam tangan berjenama Rolex.

K9 tidak dapat petunjuk kehilangan Zayn Rayyan sebelum jasad ditemukan
K9 dikatakan tidak mendapat sebarang petunjuk ekoran kawasan itu telah tercemar dengan kesan penduduk meredah kawasan berkenaan.

Anak-anak jerit 'papa.. mama..' lihat Eda Ezrin, suami tiba di mahkamah
Walaupun hanya mampu melambai dari balik jaringan trak, kanak-kanak terbabit kelihatan ceria dapat melihat dari dekat ibu bapa mereka.

Dua warga Taiwan mengaku tidak bersalah miliki senjata api
Dua warga Taiwan mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan memperdagang dan memiliki senjata api secara haram, termasuk 14 pistol dan satu sub machine gun di Desa ParkCity.

Nahas KM204: Syarikat lori disyaki punca kemalangan didakwa 4 Mac
Siasatan awal mendapati bas persiaran terlanggar tayar lori yang tercabut yang menyebabkannya hilang kawalan dan terbabas.

Bunuh pelajar: Keputusan 13 remaja bebas atau perlu bela diri 28 Februari
Tarikh itu ditetapkan oleh Hakim Datuk Duncan Sikodol selepas prosiding semakan status hujahan semua pihak diadakan pada Isnin.

Hannah Yeoh mohon batal keterangan saksi dalam kes saman fitnah Kamarul Zaman
Hannah Yeoh memohon Mahkamah Tinggi untuk membatalkan keterangan empat saksi yang dikemukakan bagi menyokong pembelaan pensyarah UUM, Kamarul Zaman Yusoff, dalam kes saman fitnah yang difailkannya.

Syarikat pelancongan keluarkan cek lebih RM600,000 atas nama Azlan Man - Saksi
Tiga cek tersebut merupakan bayaran balik bagi perjalanan Azlan dan keluarganya ke London pada 2013, 2014 dan 2015 yang dibatalkan.

Lelaki ugut pelawak popular dan keluarganya didakwa di mahkamah esok
Seorang lelaki yang disyaki mengugut pelawak popular dan keluarganya baru-baru ini akan didakwa di mahkamah, esok.