PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan hukuman mati terhadap seorang perogol bersiri dikenali sebagai 'Rambo Bentong', yang disabitkan membunuh seorang remaja dan seorang kakitangan Jabatan Perhutanan Bentong.
Rabidin Satir, 53, memohon semakan hukuman matinya di bawah Akta Semakan Hukuman Mati dan Penjara Seumur Hidup (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023, tetapi panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan menolak permohonannya.
Panel tersebut diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat, Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nordin Hassan.
Timbalan Pendakwa Raya Datuk Yusaini Amer Abdul Karim membantah permohonan semakan Rabidin dan menggesa mahkamah mengekalkan hukuman mati kerana pembunuhan yang dilakukan oleh Rabidin adalah kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Beliau menjelaskan bahawa dalam kes pertama, Rabidin disabitkan kesalahan kerana memasuki rumah kakitangan Jabatan Perhutanan Bentong yang berusia 31 tahun pada 2012 dan memukul kepala mangsa dengan senjata api ketika dia sedang tidur bersama isterinya. Yusaini memberitahu mahkamah bahawa Rabidin juga telah merogol isteri mangsa yang sedang mengandung, sebanyak dua kali.
Yusaini Amer berkata pada 2014, Rabidin juga disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman mati kerana membunuh seorang gadis berusia 17 tahun di sebuah rumah di Kampung Ketari Bentong, Pahang.
Beliau berkata Rabidin juga didakwa merogol gadis tersebut, tetapi Mahkamah Tinggi membebaskannya kerana mahkamah tidak dapat memastikan sama ada rogol itu dilakukan ketika remaja tersebut masih hidup atau selepas kematiannya.
Rayuan Rabidin di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan bagi kedua-dua kes pembunuhan telah ditolak.
Peguamnya, Muhammad Fairuz Ahmad Yusof, meminta mahkamah menukar hukuman mati anak guamnya dan digantikan kepada penjara seumur hidup atas alasan Rabidin telah memohon maaf kepada keluarga mangsa dan kini menderita sakit tekanan darah tinggi serta menggunakan kerusi roda.
Rabidin mendapat gelaran "Rambo Bentong" kerana hidup bersendirian di dalam hutan dan menggunakan pisau 'rambo' untuk mengancam dan menyerang mangsanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 09 2024
![Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati perogol bersiri 'Rambo Bentong' kerana membunuh Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati perogol bersiri 'Rambo Bentong' kerana membunuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720518963_RabidinSatir.jpg)
Rayuan Rabidin di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan bagi kedua-dua kes pembunuhan telah ditolak. - Gambar/ Bernama
Petronas iktiraf Petros sebagai agregator gas tunggal Sarawak
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said bagaimanapun berkata, ia tidak termasuk gas asli cecair (LNG).
"Kalau rakyat Parit beradab" - Ahli Parlimen Parit
Sidang Parlimen kecoh apabila Ahli Parlimen, Muhammad Ismi Mat Taib ketika sesi perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja enggan memberi laluan kepada Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan.
Pantau Agenda Reformasi: Jepun tawar kepakaran untuk bantu Malaysia berdepan cabaran perubahan iklim
Dr Khamarrul Azahari Razak, Pengarah Pusat Pencegahan dan Kesiapsiagaan Bencana (DPPC), UTM
2025 tahun sukar, fokus pelaburan jangka panjang - Khazanah
Khazanah Nasional menjangka tahun 2025 sebagai tahun mencabar dengan ketidaktentuan global dan kadar faedah tinggi, namun pelaburan jangka panjang dan inovasi akan menjadi tumpuan. Malaysia kekal seimbang dalam perdagangan antarabangsa dengan daya tahan ekonomi domestik yang kukuh.
Syarikat subsidiari tidak berfungsi akan digabung atau ditutup
Syarikat subsidiari Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) akan distruktur semula melalui proses penggabungan bagi meningkatkan kecekapan operasi dan penjimatan kos.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup berkata penutupan syarikat yang tidak berdaya maju serta membebankan akaun kumpulan NAFAS juga akan dilaksanakan.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup berkata penutupan syarikat yang tidak berdaya maju serta membebankan akaun kumpulan NAFAS juga akan dilaksanakan.
Kerajaan terus perkasa kesiapsiagaan ASEAN bagi muktamadkan DEFA
Malaysia, menerusi kepengerusian ASEAN pada tahun ini akan meneruskan usaha strategik untuk memastikan tahap kesiapsiagaan negara-negara ASEAN dalam memuktamadkan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA).
Parlimen: Kerajaan belum muktamad projek LPT3
Cadangan projek pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT 3) dengan anggaran kos RM9.8 billion masih belum dimuktamadkan, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata lebuh raya bertol penuh yang menghubungkan Kampung Gemuroh, Kuala Terengganu ke Kampung Tunjong, Kota Bharu, Kelantan itu memerlukan penelitian mendalam, termasuk aspek kemampuan pihak konsesi.
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata lebuh raya bertol penuh yang menghubungkan Kampung Gemuroh, Kuala Terengganu ke Kampung Tunjong, Kota Bharu, Kelantan itu memerlukan penelitian mendalam, termasuk aspek kemampuan pihak konsesi.
![2025 bukan tahun yang mudah - Khazanah 2025 bukan tahun yang mudah - Khazanah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738742334_KhazanahNasional.jpg)
2025 bukan tahun yang mudah - Khazanah
Khazanah Nasional menjangka tahun 2025 sebagai tahun mencabar dengan ketidaktentuan global dan kadar faedah tinggi, namun pelaburan jangka panjang dan inovasi akan menjadi tumpuan.
Pendirian Malaysia sama dengan negara Islam lain - PM
Pendirian Malaysia sama seperti negara Islam lain mengenai situasi semasa di Gaza, Palestin.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan meneliti terlebih dahulu kenyataan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump sebelum mengulas lanjut.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan meneliti terlebih dahulu kenyataan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump sebelum mengulas lanjut.
Op Sky: Tiga selebriti hadir ke SPRM esok
Tiga selebriti akan hadir memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis, bagi membantu siasatan membabitkan sindiket syarikat perunding kewangan.
![Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati perogol bersiri 'Rambo Bentong' kerana membunuh Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati perogol bersiri 'Rambo Bentong' kerana membunuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720518963_RabidinSatir.jpg)
Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati perogol bersiri 'Rambo Bentong' kerana membunuh
Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan hukuman mati terhadap seorang perogol bersiri dikenali sebagai 'Rambo Bentong', yang disabitkan membunuh seorang remaja dan seorang lelaki.
!['Rambo Bentong' dihukum gantung lagi 'Rambo Bentong' dihukum gantung lagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-12/71449148970_RamboBentong.jpg)
'Rambo Bentong' dihukum gantung lagi
Mahkamah Tinggi menjatuhi hukuman gantung sampai mati ke atas Rabidin Satir atau lebih dikenali sebagai 'Rambo Bentong' selepas didapati bersalah membunuh kakitangan Jabatan Perhutanan.
![Bunuh remaja: Rambo Bentong dihukum mati Bunuh remaja: Rambo Bentong dihukum mati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-03/71396257499_295x200.jpg)
Bunuh remaja: Rambo Bentong dihukum mati
'Rambo Bentong' atau nama sebenarnya Rabidin Satir dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah membunuh remaja perempuan berusia 17 tahun.
![Setelah dihukum 115 tahun penjara, Rambo Bentong diperintah bela diri Setelah dihukum 115 tahun penjara, Rambo Bentong diperintah bela diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-03/71396257499_295x200.jpg)
Setelah dihukum 115 tahun penjara, Rambo Bentong diperintah bela diri
Rambo Bentong diperintah membela diri terhadap pertuduhan membunuh dan merogol seorang remaja perempuan lima tahun lalu.
![Rambo Bentong didakwa bunuh dan rogol remaja 17 tahun Rambo Bentong didakwa bunuh dan rogol remaja 17 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-07/51375159131_295x200.jpg)
"Rambo Bentong" didakwa bunuh dan rogol remaja 17 tahun
Tertuduh atau nama sebenarnya Rabidin Satir, 42, didakwa membunuh Annie Kok Yin Cheng, 17, antara pukul 11.30 malam 7 Mac 2009.