PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan menetapkan 10 Sept ini untuk mendengar permohonan Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown dan dua yang lain untuk kebenaran merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang mendapati mereka bertanggungjawab memfitnah Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.
Tarikh pendengaran itu ditetapkan pada prosiding pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah persekutuan Husna Dzulkifly di sini hari ini.
Peguam Datuk Mohd Haaziq Pillay Abdullah mewakili Sultanah Nur Zahirah, ketika dihubungi Bernama, mengesahkan tarikh tersebut dan berkata pendengaran itu akan diadakan dalam talian melalui aplikasi Zoom kecuali jika mahkamah mengarahkan sebaliknya.
Pada 30 Mei lalu, Mahkamah Persekutuan menangguhhkan pendengaran tersebut selepas peguam utama Rewcastle Brown, Americk Singh Sindhu tidak dapat log masuk ke prosiding dalam talian kerana isu teknikal.
Hakim Tan Sri Nallini Pathmanathan, yang mempengerusikan panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan, memaklumkan kepada pihak berkaitan bahawa mahkamah akan menetapkan tarikh pengurusan kes untuk menjadualkan semula tarikh pendengaran baharu.
Rewcastle-Brown memohon kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan untuk merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang mendapati beliau, penerbit Gerakbudaya Enterprise Chong Ton Sin, dan pencetak Vinlin Press Sdn Bhd bertanggungjawab atas fitnah terhadap Sultanah Nur Zahirah dalam bukunya, "The Sarawak Report -- The Inside Story of the 1Malaysia Development Bhd (IMDB) Expose".
Mahkamah Rayuan memerintahkan bayaran ganti rugi RM300,000 kepada Sultanah Nur Zahirah kerana memfitnah.
Pada 12 Dis tahun lepas, Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Okt 2022, yang menolak tuntutan saman RM100 juta oleh Sultanah Nur Zahirah terhadap editor, Chong dan Vinlin Press.
Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa pada masa penerbitan buku itu, kenyataan tersebut adalah bertujuan untuk memperlekehkan Sultanah kepada kebencian, sindiran, atau penghinaan.
Sultanah Nur Zahirah mengemukakan saman pada 2018, mendakwa defendan (Rewcastle-Brown, Gerakbudaya Enterprise, dan Vinlin Press) telah memfitnahnya dalam buku tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 11 2024

Mahkamah Persekutuan menetapkan 10 Sept ini untuk mendengar permohonan Rewcastle-Brown (kiri) dan dua yang lain untuk kebenaran merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang mendapati mereka bertanggungjawab memfitnah Nur Zahirah (kanan). -Gambar fail

Lebih 150 ‘false killer whale’ terdampar di pantai Australia
Lebih 150 false killer whales ditemukan terdampar di sebuah pantai di Australia pada Rabu, lapor pihak berkuasa tempatan.

Berang kena marah, remaja lelaki bakar bapa hidup-hidup
Remaja lelaki berusia 14 tahun bertindak kejam membakar bapa kandungnya selepas dimarahi kerana disyaki mencuri wang di rumah sewa mereka di Ajay Nagar Part 2, Faridabad, India awal pagi Selasa.

Insiden Steven Sim kena marah: DAP siasat jika ada aduan - Anthony
DAP akan menjalankan siasatan tatatertib sekiranya terdapat sebarang aduan dikemukakan berkaitan kejadian Pengerusi DAP Pulau Pinang Steven Sim dimarahi pada satu majlis di Pulau Pinang, Sabtu lepas.

Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew
Malaysia dijangka berdepan cabaran dalam pembangunan pusat data kecerdasan buatan (AI) dengan sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.
Trump kenakan tarif 25% ke atas kenderaan dan cip
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyatakan hasrat untuk mengenakan tarif 25% ke atas import kenderaan serta kadar serupa terhadap cip semikonduktor dan produk farmaseutikal.
Menurutnya, tarif sektor farmaseutikal dan cip semikonduktor akan bermula pada kadar 25% atau lebih tinggi, dengan peningkatan ketara dalam tempoh setahun.
Menurutnya, tarif sektor farmaseutikal dan cip semikonduktor akan bermula pada kadar 25% atau lebih tinggi, dengan peningkatan ketara dalam tempoh setahun.
3,316 graduan dilantik pegawai perubatan siswazah
Semua 3,316 graduan perubatan yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) tahun lalu, dilantik sebagai pegawai perubatan siswazah (PPS) di Hospital Latihan Siswazah (HLS) di seluruh negara.
KKDW pertimbang guna kaedah IBS bina rumah PPRS
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sedang mempertimbang penggunaan kaedah Sistem Binaan Berindustri (IBS) dalam pembinaan Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS).
Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew
Menurutnya Malaysia telah diletakkan di bawah kategori Tahap 2 menerusi sekatan baharu itu selain Singapura, Indonesia dan Vietnam, dengan negara-negara berkenaan diberikan akses yang terhad dan terkawal bagi eksport teknologi AI termaju.

Pemandu selamat palang pembahagi jalan tembus kereta
Seorang lelaki berdepan detik cemas setelah kereta jenis Mercedes dipandunya hilang kawalan sebelum merempuh pembahagi jalan di Bukit Puchong di sini pada Selasa.
PGA gagalkan cubaan seludup hampir 88,000 kelapa di Tumpat
Pasukan Gerakan Am (PGA) briged tenggara berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar hampir 88,000 biji kelapa selepas menahan dua treler di Stor Che Soh, Kampung Pulau Ular, Tumpat, Isnin lalu.

Mahkamah kekalkan hukuman penjara 35 tahun, 12 sebatan, bunuh kanak-kanak
Hakim berkata mahkamah mendapati tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

AGC fail notis usul, mahu rayu keputusan kes Titah Adendum ke Mahkamah Persekutuan
Notis itu berdasarkan premis percanggahan dalam tafsiran undang-undang, dan kepentingan isu undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Muhyiddin mahu cabar Akta Hasutan di Mahkamah Persekutuan
Muhyiddin yang berdepan satu kes hasutan ketika kempen PRK DUN Nenggiri akan merujuk persoalan undang-undang berhubung Akta Hasutan 1948 ke Mahkamah Persekutuan.

Kes bunuh Kevin Morais: Mahkamah Persekutuan tetapkan 13-14 Mac dengar rayuan akhir
Pengurusan kes berlangsung hari ini, di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Mahyun Yusof.

Permohonan kerajaan batal saman Hindraf didengar hakim lain 14 Mei
Permohonan kerajaan untuk membatalkan saman pemula difailkan Hindraf berhubung pembatalan pendaftaran persatuan itu akan didengar di hadapan hakim Mahkamah Tinggi yang lain, 14 Mei ini.

Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.

Kebakaran di bilik bicara Mahkamah Persekutuan dipercayai akibat litar pintas
Istana Kehakiman kecoh seketika apabila kebakaran tercetus di sebuah bilik perbicaraan Mahkamah Persekutuan, tengah hari Khamis.

Menyimpang daripada ajaran Islam: Mahkamah Persekutuan dengar rayuan SIS Forum
Mereka telah menamakan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), dan Kerajaan Negeri Selangor sebagai responden.

Status agama: Permohonan semakan Kerajaan Negeri Perlis didengar 20 Februari
Peguam Loh iaitu A.Srimurugan mengesahkan tarikh itu kepada Bernama selepas pengurusan kes hari ini di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Wan Norazimin Kassim,

Bekas Peguam Negara Idrus Harun antara Ahli Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman baharu
Mereka dilantik sebagai ahli Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman mengikut subseksyen 5(1)(f) Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009.