PUTRAJAYA: Saman yang difailkan ibu model Belanda, mendiang Ivana Esther Robert Smit terhadap polis, Menteri Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia yang didakwa gagal melaksanakan tanggungjawab serta cuai dalam siasatan bagi menentukan punca kematian anak perempuannya, akan diteruskan perbicaraan sepenuhnya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai oleh Datuk Yaacob Md Sam dalam keputusan sebulat suara itu membenarkan rayuan Christina Carolina Gerarda Johanna Verstappen berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan samannya.
Turut bersidang Datuk Supang Lian dan Datuk Ghazali Cha.
Peguam Datuk S.N. Nair yang mewakili Verstappen memberitahu pemberita bahawa panel hakim berpendapat bahawa kes itu boleh dirayu dan membenarkan rayuan tanpa perintah mengenai kos. Prosiding dijalankan secara maya.
"Mahkamah memerintahkan writ dan pernyataan tuntutan oleh perayu (Verstappen) dikembalikan semula. Mahkamah juga memerintahkan kes itu dihantar ke Mahkamah Tinggi lain untuk pengurusan kes dan untuk perbicaraan. Tiada tarikh baharu ditetapkan setakat ini," katanya.
Verstappen, 58, memfailkan rayuan pada 18 Mei, 2021, menamakan Ketua Polis Negara, ASP Faizal Abdullah (Pegawai Penyiasat Polis Daerah Dang Wangi), Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia sebagai responden.
Mengikut notis rayuan itu, Verstappen tidak berpuas hati dengan keputusan Hakim Datuk Akhtar Tahir semasa pengurusan kes secara dalam talian pada 21 April lepas.
Verstappen mengemukakan rayuan terhadap keseluruhan keputusan mahkamah yang membatalkan samannya dengan kebebasan untuk memfailkan semula selepas pernyataan tuntutan didapati tidak mematuhi Aturan 18 Kaedah 7 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.
Dalam penyataan tuntutan yang difailkan pada 20 Nov 2020, Verstappen mendakwa anak perempuannya yang berusia 18 tahun itu ditemukan maut di tingkat enam CapSquare Residence di sini pada 7 Dis 2017 selepas jatuh dari tingkat 20 unit kondominium milik pasangan Amerika iaitu Alex Johnson dan Luna Almazkyzy.
Verstappen mendakwa beliau dimaklumkan mengenai kematian anaknya pada atau sekitar petang 7 Dis 2017 dan berlepas ke Kuala Lumpur dari Belanda.
Sejurus tiba di Malaysia pada 9 Dis 2017, Verstappen mendakwa defendan telah meminta beliau mengenal pasti mayat anaknya di Hospital Kuala Lumpur.
Beliau turut dimaklumkan oleh defendan dan seseorang bernama Sarjan Haliza (pegawai penyiasat pertama) bahawa jasad mangsa ditemukan dalam keadaan bogel di balkoni tingkat enam kondominium itu dan anaknya telah membunuh diri.
Wanita itu mendakwa defendan telah membuka kertas siasatan di bawah laporan kematian mengejut (SDR) pada 7 Dis 2017 dan menutup kes itu selepas merumuskannya sebagai mati mengejut atau bunuh diri.
Verstappen mendakwa beliau tidak boleh menerima rumusan itu kerana perkara tersebut amat sukar dipercayai dan terkejut dengan tindakan defendan yang hanya membuka kertas siasatan di bawah SDR, oleh itu mendakwa tindakan defendan adalah perlanggaran jelas prosedur operasi standard dan amalan terbaik dalam siasatan polis.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 07 2022

Dalam penyataan tuntutan difailkan pada 2020, Verstappen mendakwa anak perempuannya ditemukan maut di tingkat enam CapSquare Residence pada 7 Dis 2017 selepas jatuh dari tingkat 20. - Gambar/ Instagram @ivana_smit

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.

Bicara kes saman ibu model warga Belanda terhadap polis, kerajaan bermula 14 Okt ini
Perbicaraan kes saman difailkan ibu model Belanda, mendiang Ivana Esther Robert Smit terhadap polis, Menteri Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia akan bermula pada 14 Okt ini di Mahkamah Tinggi di sini.

Keputusan rayuan kerajaan terhadap saman ibu model Belanda ditetapkan 7 Disember
Jasad model dari Belanda itu ditemukan dalam keadaan bogel di balkoni tingkat enam sebuah kondominium lima tahun lepas.

Mahkamah Rayuan benar saman ibu model Belanda didengar di Mahkamah Tinggi
Panel tiga hakim dalam keputusan sebulat suara itu membenarkan rayuan Christina Carolina Gerarda Johanna Verstappen berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan samannya.

Ibu model Belanda rayu keputusan mahkamah batal samannya terhadap polis, kerajaan
Ibu mendiang Ivana Esther Robert Smit memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membatalkan samannya terhadap polis, Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia.