Mahkamah Rayuan pada Khamis membenarkan rayuan kerajaan untuk mengenepikan perintah Mahkamah Tinggi yang membolehkan seorang wanita yang menjalani pembedahan tukar jantina diisytiharkan sebagai lelaki dan meminda digit terakhir dalam kad pengenalannya bagi menunjukkan jantina lelaki.
Panel tiga anggota Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Zakaria Sam membenarkan rayuan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) selepas mendapati rayuan itu mempunyai merit.
Oleh itu, perintah Mahkamah Tinggi diketepikan. Pada dasarnya kami bersetuju dengan penghujahan Peguam Kanan Persekutuan. Kami akan menulis alasan penghakiman dan tiada perintah berhubung dengan kos," kata Hakim Zakaria.
Dua lagi hakim lagi ialah Hakim Datuk Ahmadi Asnawi dan Datuk Hasnah Mohammed Hashim.
Pada 18 Julai, tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan saman pemula dan pengisytiharan yang difailkan oleh wanita itu supaya dia isytiharkan sebagai lelaki, Ketua Pengarah JPN diarah menukar nama wanita itu yang tertera dalam kad pengenalan, dan Ketua Pengarah JPN diarah menukar digit terakhir kad pengenalan responden kepada digit yang menunjukkan jantina lelaki.
Hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa wanita itu mempunyai hak untuk menjalani kehidupan di bawah Perkara 5 (1) Perlembagaan Persekutuan dan konsep kehidupan di bawah Perkara itu hendaklah merangkumi hak plaintif untuk hidup secara bermaruah sebagai seorang lelaki dan diberi pengikhtirafan secara sah sebagai lelaki.
Wanita berusia 30 tahun itu telah menjalani pembedahan tukar jantina di Bangkok, Thailand pada 13 Okt, 2009, dan berikutan itu, dia memohon kepada JPN bagi meminda butiran dalam kad pengenalannya tetapi ditolak.
Terdahulu, Peguam Kanan Persekutuan Mohamad Rizal Fadzil berhujah bahawa responden (wanita) tidak menyertakan laporan perubatananya berhubung butiran kromosom yang menetapkan XY untuk lelaki dan XX untuk wanita
Beliau berhujah bahawa responden hanya mengemukakan laporan perubatan mengenai organ seksual dalaman tetapi tidak mengemukakan butiran kromosom untuk menentukan jantina.
"Responden juga tidak menyertakan laporan perubatan sebelum dia menjalani perubahan tukar jantina," katanya sambil menambah bahawa wanita itu bertanggungjawab untuk mengemukakan segala bukti mengenai keadaan seksualnya bagi menyokong permohonan untuk meminda butiran dalam kad pengenalan.
Peguam William Lim meminta panel mengekalkan perintah Mahkamah Tinggi untuk mengelakkan kekeliruan dalam kad pengenalan, nama anak guamnya ialah wanita tetapi dia telah menjalani pembedahan tukar jantina kepada lelaki dan secara fizikal dia juga berkelakuan seperti lelaki.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 06 2017
Mahkamah Rayuan benar rayuan kerajaan untuk mengenepikan perintah Mahkamah Tinggi yang membolehkan pembedahan tukar jantina. - Gambar hiasan
Grab x GoTo: Gabungan Strategik atau Risiko Tinggi?
Penggabungan Grab dan GoTo dijangka mengubah landskap superapp di ASEAN. Adakah ini langkah strategik untuk keuntungan mampan atau sekadar usaha bertahan? Kupas cabaran, peluang, serta impaknya terhadap pengguna, pelabur, dan ekosistem digital serantau.
Masa depan sistem kesihatan Malaysia: Dari polisi ke transformasi
Kesihatan bukan sekadar rawatan, ia tentang inovasi, polisi yang kukuh, dan akses untuk semua. Future Healthcare Asia 2025 akan menghubungkan pemimpin kesihatan untuk membincangkan cabaran terbesar dalam sektor ini, daripada kekurangan tenaga kerja hingga kepada integrasi teknologi dalam sistem perubatan. Sertai perbincangan untuk mengetahui lebih lanjut bersama Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Galen Centre for Health and Social Policy, Azrul Mohd Khalib.
Grab dan GoTo percepat perbincangan penggabungan bagi atasi kerugian
Grab Holdings Ltd dan GoTo Group mempercepatkan perbincangan penggabungan dan mensasarkan untuk memeterai perjanjian tahun ini juga, bagi mengatasi kerugian yang berlarutan dalam pasaran Internet yang sangat sengit di Asia Tenggara.
Agong jalani rawatan di luar negara - Istana Negara
Istana Negara memaklumkan perkara itu telah disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja dan Kerajaan Persekutuan.
Malaysia Berpotensi Jadi Hab Semikonduktor Global
Menurut Pengarah & Penganalisis, Research Institute for Indonesia, Thailand and Singapore (ITS) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Md Shukri Shuib.. ini kerana industri semikonduktor di negara ini berjaya menunjukkan kemajuan yang pesat sehingga mampu mengatasi negara Taiwan.
Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.4230/4375 berbanding dolar AS daripada 4.4320/4385 semasa ditutup pada Khamis.
Permohonan UPU sesi 2025/2026 dibuka 10 Feb - KPT
Permohonan kemasukan pelajar bagi Sesi Akademik 2025/2026 melalui UPUOnline dibuka mulai 10 Februari hingga 14 Mac 2025 untuk Fasa Pertama.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [7 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Jurutera dipercayai maut dalam nahas helikopter di Jalan Lama KL - Bentong
- KPM sasar lima tahun laksana sekolah satu sesi seluruh negara - Fadhlina
- Polis Indonesia sahkan pempengaruh Malaysia buat cerita palsu
- Jurutera dipercayai maut dalam nahas helikopter di Jalan Lama KL - Bentong
- KPM sasar lima tahun laksana sekolah satu sesi seluruh negara - Fadhlina
- Polis Indonesia sahkan pempengaruh Malaysia buat cerita palsu
NCAA larang wanita transgender sertai acara sukan sehari selepas perintah eksekutif Trump
"Seorang atlet pelajar yang ditetapkan sebagai lelaki semasa lahir tidak dibenarkan bertanding dalam pasukan wanita."
Piala EFL: Pesona Salah bawa Liverpool ke final
Pasukan bimbingan Ange Postecoglou tidak dapat mengekang The Reds untuk ke final dengan kelebihan agregat 4-1.
Mahkamah Rayuan benarkan rayuan JPN berhubung keputusan kes penukaran jantina
Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan kerajaan untuk mengenepikan perintah Mahkamah Tinggi yang membolehkan seorang wanita yang menjalani pembedahan tukar jantina diisytiharkan sebagai lelaki.