Mahkamah Rayuan hari ini menetapkan 7 Sept ini untuk mendengar permohonan 33 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah bagi menggantung keputusan Mahkamah Tinggi yang berkaitan dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN), lima hari sebelum tarikh yang ditetapkan sebagai hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Mahkamah turut menetapkan hari yang sama untuk mendengar rayuan 33 ADUN itu yang diketuai oleh bekas ketua menteri Tan Sri Musa Aman, terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 21 Ogos lepas, yang menolak permohonan mereka untuk penangguhan bagi semakan kehakiman untuk mencabar keputusan Yang Dipertua Negeri pada 30 Julai lepas membubarkan DUN.
Hakim Datuk Yaacob Md Sam yang mempengerusikan panel tiga hakim yang terdiri daripada Hakim Datuk P. Ravinthran dan Datuk Wira Ahmad Nasfy Yasin, menetapkan tarikh itu selepas peguam Musa, Tengku Fuad Tengku Ahmad memberitahu bahawa Jabatan Peguam Negeri Sabah (AGC Negeri) dan Jabatan Peguam Negara (AGC) hanya menerima notis bagi usul penggantungan keputusan Mahkamah Tinggi itu semalam, dan mereka memerlukan masa bagi menyediakan jawapan.
Tengku Fuad berkata permohonan difailkan pada 24 Ogos, dan AGC Negeri serta AGC telah bersetuju supaya permohonan itu didengar pada 7 Sept.
“Bagaimanapun saya telah diarahkan oleh pemohon (33 ADUN), untuk melihat sekiranya permohonan boleh didengar lebih awal, iaitu pada 4 Sept.
“Sebabnya ialah hari penamaan calon (PRN Sabah) dijadulkan pada 12 Sept, dan sekiranya kami berjaya dalam rayuan, kita masih perlu mendengar semakan kehakiman ini di Mahkamah Tinggi. Jadi, memandangkan kesuntukan masa dan juga perkara ini amat mendesak, kami mohon 4 Sept juga ditetapkan sebagai tarikh untuk mendengar rayuan,” katanya.
Peguam Negeri Sabah Brenndon Keith Soh yang mewakili Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal serta Peguam Persekutuan Kanan Suzana Atan yang mewakili Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberitahu mahkamah bahawa mereka memerlukan masa untuk menjawab afidavit berhubung permohonan itu, dan memohon 7 Sept sebagai tarikh pendengaran.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 7 Sept sebagai tarikh bagi mendengar rayuan dan permohonan penggantungan itu oleh 33 ADUN berkenan.
“Kita tetapkan 7 Sept sebagai tarikh untuk mendengar permohonan bagi penggantungan, dan juga hari yang sama untuk mendengar rayuan bagi membenarkan pihak yang terlibat mengemas kini afidavit,” kata Hakim Yaacob.
Jumaat lepas Pesuruhjaya Kehakiman Leonard David Shim menolak permohonan 33 ADUN untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Yang Dipertua Negeri membubarkan DUN pada 30 Julai.
BACA: Pembubaran DUN Sabah: 33 ADUN kemuka rayuan keputusan Mahkamah Tinggi
BACA: Bubar DUN Sabah: Kronologi kes cabar keputusan Yang Dipertua Negeri Sabah oleh Musa Aman
Shim menetapkan bahawa responden kedua dalam kes itu - Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal - telah bertindak mengikut Perlembagaan Sabah dalam memohon responden pertama - Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin - membubarkan DUN.
Menurutnya pengisytiharan pembubaran DUN itu juga adalah mengikut perlembagaan dan sah.
Dalam permohonan untuk semakan kehakiman, Musa dan ADUN yang menyokongnya memohon perintah mahkamah bagi mengenepikan permintaan Mohd Shafie kepada Tun Juhar untuk membubarkan DUN, mengenepikan pengisytiharan pembubaran DUN, dan mengenepikan notifikasi warta kerajaan negeri Sabah berhubung pembubaran itu.
Semua 33 ADUN itu mendakwa pada 29 Jun lepas mereka telah membentuk majoriti dalam DUN, dan mahukan supaya Tun Juhar memperakui majlis angkat sumpah kerajaan negeri yang baharu, sekali gus menumbangkan kerajaan negeri pimpinan Mohd Shafie.
Mohd Shafie yang merupakan Ahli Parlimen Semporna, sebaliknya bertindak lebih awal dari Musa, dengan menasihatkan Tun Juhar untuk membubarkan DUN Sabah yang ketika itu mempunyai 65 anggota, termasuk lima yang dilantik.
Pada bulan Julai tahun lepas, Dewan Rakyat meluluskan rang undang-undang yang membolehkan DUN Sabah memiliki 73 kerusi, yakni 13 kerusi lebih banyak daripada DUN yang baru dibubarkan.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 12 Sept sebagai hari penamaan calon dan 26 Sept sebagai hari mengundi.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 26 2020

Peguam Musa memberitahu panel hakim, Jabatan Peguam Negeri Sabah dan Jabatan Peguam Negara hanya menerima notis bagi usul penggantungan keputusan Mahkamah Tinggi itu pada Jumaat lepas dan mereka memerlukan masa bagi membalasnya. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

LAPOR LANGSUNG: Prosiding rayuan Musa Aman, 32 ADUN Sabah disambung hari ini
Permohonan 33 ADUN Sabah bagi menggantung keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan pembubaran DUN disambung di Mahkamah Rayuan hari ini.

Permohonan 33 ADUN berkaitan bubar DUN Sabah didengar hari ini
Panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Yaacob Md Sam, dianggotai Datuk P Ravinthran dan Datuk Ahmad Nasfy Yasin.

Mahkamah Rayuan tetapkan 7 Sept dengar permohonan 33 ADUN Sabah
Hari yang sama untuk mendengar rayuan 33 ADUN yang diketuai oleh bekas ketua menteri Tan Sri Musa Aman, terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 21 Ogos itu.

Sabah Memilih: Bukti perlembagaan negeri dipertahankan - Shafie Apdal
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, keputusan itu turut menepis andaian bahawa beliau mempunyai kuasa 'mutlak' untuk membubarkan DUN Sabah pada 30 Julai lalu.