PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini selesai mendengar rayuan bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor terhadap sabitan dan hukuman bagi kesalahan menerima rasuah RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan hari ini.
Terdahulu mahkamah menetapkan tiga hari bermula hari ini untuk mendengar rayuan Tengku Adnan itu, namun prosiding yang bermula pukul 9.55 pagi, tamat pada pukul 12.52 tengah hari selepas peguam Datuk Tan Hock Chuan yang mewakili Tengku Adnan sebagai perayu, dan Timbalan Pendakwa Raya Asmah Musa selesai dengan hujah-hujah mereka.
Bagaimanapun mahkamah menangguhkan keputusannya berhubung rayuan Tengku Adnan, 70, atau lebih dikenali ramai dengan nama "Ku Nan" itu ke satu tarikh yang belum ditetapkan.
Panel tiga hakim yang diketuai oleh Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Suraya Othman berkata mahkamah akan mengambil masa bagi menimbangkan perkara itu, dan akan memaklumkan pihak yang berkenaan sebaik sahaja pihaknya telah menetapkan tarikh yang tepat.
"Kami ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mengemukakan hujah masing-masing. Selepas menimbangkannya, kami memutuskan yang kami perlukan masa untuk membuat sedikit kajian sebelum memuktamadkan keputusan," katanya.
Dua lagi hakim ialah Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Ahmad Nasfy Yasin.
Pada 21 Dis lepas Tengku Adnan dijatuhi hukuman 12 bulan penjara dan denda RM2 juta selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati beliau bersalah terhadap pertuduhan berkenaan.
Bagaimanapun mahkamah membenarkan permohonan Ahli Parlimen Putrajaya itu untuk menangguhkan hukuman sementara menunggu rayuan.
Tengku Adnan didakwa dalam kapasitinya sebagai seorang penjawat awam iaitu Menteri Wilayah Persekutuan, telah menerima untuk dirinya RM2 juta daripada Pengarah Aset Kayamas Sdn Bhd (AKSB) Tan Sri Chai Kin Kong melalui cek yang didepositkan ke dalam akaun bank milik syarikat Tadmansori Holdings Sdn Bhd yang beliau mempunyai kepentingan, yang diketahui syarikat AKSB ada perhubungan dengan kerja-kerja rasminya.
Beliau dituduh melakukan kesalahan itu di CIMB Bank Berhad, Cawangan Pusat Bandar Damansara di sini pada 14 Jun 2016 mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Terdahulu Tan dalam hujahnya berkata saksi utama pendakwaan, Chai, memberikan keterangan yang jelas dalam pemeriksaan utama bahawa beliau telah mengeluarkan satu cek sebagai derma politik kepada UMNO bagi pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
"Dalam keterangan saksi, Chai (saksi pendakwaan ke-19) berkata RM2 juta itu adalah sumbangan beliau kepada Tengku Adnan selepas diberitahu bahawa dia (Tengku Adnan) memerlukan dana politik antara RM5 juta dan RM6 juta bagi kedua-dua pilihan raya kecil itu.
"Tan Sri Chai turut mengesahkan bahawa jumlah RM2 juta itu adalah derma politik kepada UMNO dan bukannya kepada perayu (Tengku Adnan)," katanya dan menambah pertuduhan itu tidak berjaya menampilkan bukti tanpa keraguan yang munasabah, dan perayu seharusnya dibebaskan dan dilepaskan daripada pertuduhan.
Tan turut berhujah bahawa hakim perbicaraan Mohamad Zaini Mazlan melakukan kesilapan besar apabila beliau membawa fahaman peribadinya dengan mengatakan bahawa resit UMNO adalah "baharu", sedangkan tidak ada bukti mengenai perkara itu.
Sementara itu, Asmah berhujah Tengku Adnan telah memperoleh RM2 juta untuk kepentingan diri sendiri dan bukan sumbangan politik apabila wujudnya ketiadaan rekod yang teratur berdasarkan resit diperoleh mengenai pemberian dana itu kepada UMNO.
Beliau berhujah keterangan bahawa wang itu untuk derma politik hanya timbul semasa pemeriksaan balas saksi keenam pendakwaan iaitu Ketua Pegawai Operasi Tadmansori, Datuk Mohd Hasbi Jaafar dan tidak pernah dimaklumkan kepada pegawai siasatan ketika siasatan berlangsung.
"Pendakwaan berhujah Chai (SP19) hanya dimaklumkan tujuan dana oleh tertuduh tetapi tidak tahu sama ada wang itu benar-benar digunakan sebagai dana politik. Justeru tiada keperluan untuk menyoal semula saksi mengenai isu sumbangan politik itu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 22 2021

Pada 21 Dis lepas Tengku Adnan dijatuhi hukuman 12 bulan penjara dan denda RM2 juta selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati beliau bersalah terhadap pertuduhan berkenaan. - Gambar fail
Pope Francis kini stabil dan bebas demam
Menurut kemas kini oleh Vatican pada Isnin, Pope Francis kini tidak lagi memerlukan alat bantuan pernafasan dan sudah bebas daripada demam
Hanya sebab tutup suis televisyen suspek mengamuk bunuh ibu
Lelaki OKU mental berkemungkinan mengamuk selepas ibunya yang berusia 68 tahun dikatakan menutup suis televisyen dan memintanya makan ubat penenang.
JPM lokasi pertama Program Ihya’ Ramadan dihadiri PM
Perdana Menteri meluangkan masa kira-kira sejam mengikuti tazkirah yang disampaikan mufti wilayah persekutuan prof madya dr luqman abdullah bertajuk puasa dan hikmah madani: keseimbangan material dan spiritual, bersama kira-kira 400 warga JPM.
Posisi Malaysia sebagai teraju teknologi serantau
Mobile World Congress (MWC) 2025, acara kesalinghubungan, teknologi dan inovasi terbesar serta paling berpengaruh di dunia membuka tirai hari ini.

MITI sedang siasat dakwaan cip AI Nvidia dipindahkan ke Malaysia dari Singapura
Pelayan yang dikaitkan dengan kes penipuan di Singapura yang mungkin mengandungi cip AI Nvidia, disyaki dipindahkan ke Malaysia.

Kerajaan komited kurangkan defisit fiskal 3.8 peratus tahun ini - Amir Hamzah
Ia sejajar dengan komitmen utama kerajaan MADANI untuk mengurangkan kadar defisit secara berperingkat dan konsisten.
Agenda AWANI: Dihimpit sekatan, ini Ramadan di Gaza
Rundingan bagi fasa kedua gencatan senjata Hamas-Israel menemui jalan buntu dengan terbaharu sekatan terhadap bantuan kemanusiaan menambahkan lagi cabaran buat usaha membina semula Gaza apatah lagi umat Islam ketika ini menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan? Diskusi 8.30 malam
Lindung kilang haram, SPRM beku 61 akaun bank
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan 61 akaun bank yang dikaitkan dengan operasi sisa elektronik haram dalam Op Hazard, baru-baru ini.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya, berkata pembekuan itu membabitkan kira-kira RM15 juta.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya, berkata pembekuan itu membabitkan kira-kira RM15 juta.
Wang tunai RM170 juta, jongkong emas ditemui dalam peti besi
Wang tunai berjumlah RM170 juta dengan pelbagai mata wang asing dan 16 kilogram jongkong emas bernilai kira-kira RM7 juta ditemui di sebuah kondominium yang dijadikan 'safe house' oleh pembantu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata, kesemua barang rampasan itu ditemui dalam tiga peti besi di kediaman yang disewa.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata, kesemua barang rampasan itu ditemui dalam tiga peti besi di kediaman yang disewa.
KKR lulus RM47.45 juta baik pulih Jalan Persekutuan di Kota Marudu, Kota Belud dan Kudat
Kementerian Kerja Raya telah meluluskan 16 arahan kerja bernilai RM47.45 juta, bagi membaik pulih Jalan Persekutuan di Kota Marudu, Kota Belud dan Kudat yang mengalami kerosakan teruk.

Radzi Jidin kekal Ahli Parlimen Putrajaya
Datuk Mohd Radzi Md Jidin kekal sebagai Ahli Parlimen Putrajaya selepas Mahkamah Tinggi membenarkan bantahan awal untuk membatalkan petisyen yang difailkan.

PRU15: Ku Nan nafi janji RM300 untuk pengundi luar
Calon BN di Putrajaya itu sifatkan mesej tersebut suatu tindakan jahat dan fitnah terhadapnya.

PRU15: Ku Nan tiada masalah pertembungan enam penjuru, mahu bertanding secara sihat
Calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata beliau tidak mempunyai masalah dengan jumlah calon yang ramai.

Selepas digantung keahlian, Tun Faisal dipecat daripada UMNO?
Tun Faisal menjelaskan, beliau mengetahui mengenai berita pemecatannya daripada parti melalui rakan-rakan dan sebuah portal berita pada Sabtu.

'Ku Nan tersilap, tak semestinya Presiden UMNO saja boleh jadi Pengerusi BN' - Saiful Bahar
Menurut Saiful Bahar, tidak tertera dalam Perlembagaan BN bahawa Presiden UMNO harus menjadi Pengerusi kepada gabungan parti itu.

Kes rasuah RM2 juta Tengku Adnan: PH kecewa dengan keputusan Peguam Negara
Majlis Presiden PH akan teliti kemungkinan tindakan tersebut melanggar perjanjian persefahaman antara PH dan kerajaan.

'Demi Allah, saya tidak akan khianati UMNO' - pengakuan Ku Nan dijanji jawatan TPM
Datuk Seri Tengku Adnan Mansor mengakui pernah dijanjikan jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) oleh kerajaan sebelum ini sekiranya bersedia lompat parti dan meninggalkan UMNO.

Pihak yang tarik sokongan kepada Muhyiddin berkepentingan peribadi - Nazri
Pendedahan yang dibuat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin itu membuktikan keputusan menarik sokongan bukan kerana mahu menjaga kepentingan parti seperti yang didakwa sebelum ini.

Keputusan rayuan Ku Nan atas sabitan rasuah hari ini
Keputusan itu dijadualkan untuk disebut di mahkamah terbuka pada 9 pagi oleh panel tiga hakim yang bersidang.

Rasuah RM2 juta: Keputusan rayuan Ku Nan diketahui Jumaat ini
Keputusan rayuan Tengku Adnan Tengku Mansor terhadap sabitan dan hukuman bagi kesalahan menerima rasuah RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan akan diketahui Jumaat ini.