KUALA LUMPUR: Permohonan pengarah dan penerbit filem bertajuk 'Mentega Terbang' untuk merujuk persoalan perlembagaan terhadap pertuduhan melukakan perasaan agama orang lain melalui filem itu, akan didengar Mahkamah Tinggi di sini pada 24 Okt.
Hakim K. Muniandy menetapkan tarikh itu pada sebutan kes hari ini, yang turut dihadiri pengarah dan penerbit filem berkenaan, Mohd Khairianwar Jailani dan Tan Meng Kheng.
Kedua-dua mereka diwakili peguam Zaid Malek manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendak Raya Abdul Malik Ayob.
Dua persoalan yang dikemukakan adalah bagi menentukan sama ada Seksyen 298 Kanun Keseksaan melanggar Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan yang melindungi kebebasan bersuara dan sama ada frasa 'melukakan perasaan agama seseorang', sebab unsur dalam kesalahan seksyen berkenaan melanggar hak untuk perbicaraan adil kerana frasa itu tidak jelas dan demikian melanggar Perkara 5 dan 8 Perlembagaan Persekutuan.
Pada 14 Jun lepas Majistret Noorelynna Hanim Abd Halim membenarkan permohonan pengarah dan penerbit filem berkenaan untuk merujuk persoalan perlembagaan itu ke Mahkamah Tinggi.
Pada 17 Jan lepas, Mohd Khairianwar, 32, yang juga seorang penulis skrip dan Tan, 36, didakwa melukakan perasaan agama orang lain melalui filem itu dengan cara melafazkan perkataan-perkataan dalam pendengaran dan meletakkan objek-objek dalam penglihatan orang di sebuah premis di Jalan Semarak Api di sini pada 12.34 tengah hari, 26 Feb 2023.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Sebelum ini Kementerian Dalam Negeri mengharamkan tayangan dan publisiti filem itu menerusi Warta Kerajaan P.U (A) 2662 Akta Penapisan Filem 2002 Perintah Penapisan Filem (Larangan) 2023 bertarikh 21 Ogos 2023 yang ditandatangani oleh menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Filem yang ditayang menerusi platform penstriman video itu mengundang kecaman dan kegusaran orang awam kerana didakwa memaparkan adegan dengan unsur bertentangan fahaman serta kepercayaan agama.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 26 2024

Hakim menetapkan tarikh itu pada sebutan kes hari ini, yang turut dihadiri pengarah dan penerbit filem berkenaan, Mohd Khairianwar Jailani (kiri) dan Tan Meng Kheng (kanan). -Gambar fail/Bernama

KBS tingkat usaha tangani isu penyalahgunaan dadah dalam kalangan belia
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mempergiatkan usaha menangani isu sosial dalam kalangan belia terutama berkaitan penyalahgunaan dadah.

4 termasuk seorang penjaja wanita ditahan serang pegawai DBKL
Polis menahan empat penjaja termasuk seorang wanita melibatkan dua kes serangan berasingan ke atas pegawai penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), pada Rabu.
Tiga pemain ski dikhuatiri maut dalam insiden runtuhan salji
Menurut jurucakap untuk Alaska State Troopers pada Khamis, setakat ini, usaha mencari mangsa yang tertimbus terpaksa ditangguhkan susulan keadaan cuaca yang buruk.

Malaysia-Thailand terus berusaha capai kejayaan bersama - PM Anwar
Malaysia dan Thailand akan terus berusaha mencapai kejayaan bersama-sama dan juga rantau ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bom jatuh, penduduk gesa penghentian latihan tembakan segera
Menurut wakil penduduk Pocheon, Kang Tae-il, dia juga menyeru pelaksanaan langkah yang konkrit bagi mencegah insiden sedemikian berulang pada masa hadapan.
15 cedera bom mendarat di luar kawasan sasaran
Menurut Angkatan Udara Korea Selatan, daripada jumlah tersebut, dua dilaporkan mengalami kecederaan serius.
AirAsia pindahkan perkhidmatan domestik di LTSAAS ke KLIA T2 berkuat kuasa 7 April
AirAsia akan memindahkan perkhidmatan domestiknya dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Lapangan Terbang Subang) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA T2) berkuat kuasa 7 April.
NGO anjur perhimpunan aman Hari Al-Quds
MAPIM menyeru semua yang mempunyai nilai kemanusiaan untuk menyertai perhimpunan Hari Al-Quds Antarabangsa di depan kedutaan Amerika Syarikat pada 28 Mac.
Audit penerima dana USAID, pastikan tiada campur tangan asing
Kerajaan digesa memastikan tiada campur tangan asing dalam urusan politik dan pentadbiran negara menerusi bantuan dana yang disalurkan oleh Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat.
10 Berita Pilihan - (6 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Keputusan penerbit, pengarah filem 'Mentega Terbang' rujuk persoalan perlembagaan 14 Jun
Permohonan pengarah dan penerbit filem bagi merujuk persoalan perlembagaan berhubung Seksyen 298 Kanun Keseksaan akan diputuskan pada 14 Jun.

Pengarah, penerbit Mentega Terbang dapat kebenaran cabar perintah larang tayang filem
Mahkamah Tinggi memberi kebenaran kepada pengarah dan penerbit filem Mentega Terbang untuk memulakan semakan kehakiman bagi mencabar perintah kerajaan yang melarang tayangan filem itu.

Polis ambil kenyataan pengarah, pelakon 'Mentega Terbang'
Khairi Anwar Jailani dan salah seorang pelakonnya, Arjun Thanaraju memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman siang tadi.

Filem 'Mentega Terbang': Polis buka kertas siasatan
Kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, D5 Bukit Aman di bawah Seksyen 298A KK, Seksyen 505 (b) KK dan Seksyen 233 AKMM 1998.

Isu Mentega Terbang: Jangan hipokrit... Kenapa PN tidak ambil tindakan waktu itu? - Fahmi
Fahmi Fadzil mempersoalkan tindakan sesetengah pihak yang cuba membangkitkan provokasi mengenai Mentega Terbang pada ketika ini, sedangkan filem itu mula dikongsi di media sosial sejak April 2021.

Kontroversi filem Mentega Terbang: Kerajaan serah kepada Finas, SKMM buat siasatan - Menteri
Kerajaan menyerahkan SKMM dan Finas untuk menyiasat filem kontroversi Mentega Terbang yang didakwa menyentuh sensitiviti agama Islam.

Filem 'Mentega Terbang' jelas bertentangan dengan akidah Islam - Mohd Na'im
Jakim akan mengemukakan ulasan terperinci kepada MCMC, agar tindakan dapat diambil berpandukan undang-undang sedia ada.