Ringkasan AI
- Mahkamah Sesyen menetapkan 26 November sebagai tarikh sebutan semula kes dua individu didakwa menjerut dan menarik seekor anjing pada Julai lalu.
- Kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengikut Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang membawa hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara tiga tahun.
- Roghini Devi turut didakwa di Mahkamah Majistret atas kesalahan memelihara anjing tanpa lesen sah, dengan sebutan kes ditetapkan pada tarikh sama.
KLANG: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 26 Nov depan sebagai tarikh sebutan semula kes membabitkan seorang sukarelawan operasi tangkap anjing liar dan suri rumah yang masing-masing menghadapi tuduhan menjerut serta menarik seekor anjing pada Ogos lepas.
Hakim Siti Nur Shafrida Hashim menetapkan tarikh itu selepas Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Selangor Mohd Sharif Sabran memohon tarikh baharu untuk serahan dokumen tambahan kes iaitu laporan daripada CyberSecurity Malaysia (CSM) kepada pihak pembelaan yang mewakili tertuduh Muhammad Shah Idham Nor Haikal Shaharom, 24, dan S. Roghini Devi, 42.
Pada 20 Ogos lepas, Muhammad Shah Idham Nor Haikal mengaku tidak bersalah atas tuduhan secara tidak munasabah menjerut seekor anjing jantan menggunakan tali jerut sehingga mengakibatkan kesakitan terhadap haiwan itu.
Pada tarikh sama, S. Roghini Devi, 42, juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan secara tidak munasabah menarik anjing yang sama sehingga menyebabkan kesakitan kepada haiwan tersebut.
Perbuatan tersebut didakwa dilakukan di hadapan sebuah rumah di Jalan Sama Gagah 20, Taman Telok Gedung Indah, Pelabuhan Klang antara 11 hingga 11.30 malam, 29 Julai.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 29(1) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara hingga tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, di Mahkamah Majistret, Majistret A Karthiyayini turut menetapkan 26 Nov depan sebagai tarikh sebutan kes Roghini Devi yang juga menghadapi tuduhan memelihara seekor anjing berusia lebih tiga bulan tanpa lesen sah daripada Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK).
Kesalahan itu didakwa dilakukan di lokasi dan masa yang sama dan pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 3 Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing dan Rumah Pembiakan Anjing (Majlis Perbandaran Klang) 2007, yang memperuntukkan denda maksimum RM2,000 atau penjara hingga setahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Bilakah tarikh sebutan semula kes sukarelawan operasi tangkap anjing liar dan suri rumah yang didakwa menjerut serta menarik seekor anjing?
A: Mahkamah menetapkan 26 November sebagai tarikh sebutan semula kes tersebut. - Q: Apakah pertuduhan yang dikenakan terhadap Muhammad Shah Idham Nor Haikal dan S. Roghini Devi?
A: Mereka didakwa secara tidak munasabah menjerut dan menarik seekor anjing sehingga menyebabkan kesakitan terhadap haiwan itu pada 29 Julai lalu. - Q: Apakah hukuman maksimum jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015?
A: Hukuman maksimum ialah denda RM100,000 atau penjara hingga tiga tahun atau kedua-duanya. - Q: Apakah pertuduhan tambahan yang dihadapi S. Roghini Devi di Mahkamah Majistret?
A: S. Roghini Devi turut didakwa memelihara seekor anjing berusia lebih tiga bulan tanpa lesen sah daripada Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK). - Q: Apakah hukuman maksimum bagi kesalahan memelihara anjing tanpa lesen sah mengikut Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing dan Rumah Pembiakan Anjing (Majlis Perbandaran Klang) 2007?
A: Hukuman maksimum ialah denda RM2,000 atau penjara hingga setahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.