IPOH: Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan kematian pegawai kadet Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) J. Soosaimanicckam enam tahun lepas sebagai kes homisid.
Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed berkata punca kematian mangsa ialah edema pulmonari yang disebabkan oleh Leptospirosis dan akibat langsung daripada tindakan pegawai TLDM yang bertanggungjawab bagi latihan kadet menafikan rawatan perubatan kepada Soosaimanicckam.
"Selepas mengambil kira semua bukti pada prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian Soosaimanicckam, mahkamah ini mengetepikan dapatan keputusan terbuka Mahkamah Koroner dan menggantikannya dengan homisid," katanya.
Beliau berkata Koroner Ainul Shahrin Mohamad telah terkhilaf apabila mengumumkan keputusan terbuka dalam kes itu tanpa menimbangkan semua bukti yang dikemukakan kepadanya.
Pada Jun tahun lepas, Hakim Mahkamah Sesyen itu yang bersidang sebagai Koroner telah mengisytiharkan keputusan terbuka dalam prosiding inkues berhubung punca kematian Soosaimanicckam semasa menjalani latihan pegawai kadet.
Soosaimanicckam disahkan meninggal dunia pada 1.45 tengah hari 19 Mei 2018 di Hospital Angkatan Tentera Lumut selepas mengadu sakit dada dan sesak nafas di blok penginapannya setelah selesai menjalani latihan fizikal yang merupakan rutin harian pelatih.
Peguam Zaid Malek yang mewakili keluarga mangsa, ketika ditemui pemberita, berkata Mahkamah Tinggi hari ini membuat keputusan berhubung rayuan bapa mendiang iaitu S. Joseph, 71, yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Koroner.
"Mahkamah Tinggi telah bersetuju dengan hujahan pihak perayu dan telah menukar keputusan terbuka tersebut kepada kes homisid.
"Berkenaan dengan siapa yang bertanggungjawab berhubung kematian mendiang, Mahkamah Tinggi telah meneliti semula bukti-bukti yang sedia ada dan keterangan saksi menunjukkan bahawa terdapat bukti jelas mendiang memang cuba mendapatkan rawatan tetapi tidak dibenarkan oleh pegawai TLDM," katanya.
Beliau juga berkata bukti di mahkamah jelas menunjukkan punca Soosaimanicckam meninggal dunia adalah edema pulmonori disebabkan Leptospirosis yang dijangkiti sewaktu menjalani latihan di KD Sultan Idris.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 29 2024

Mahkamah Tinggi memutuskan kematian pegawai kadet TLDM J. Soosaimanicckam enam tahun lepas sebagai kes homisid. -Gambar fail/X Bernama

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Laluan udara baharu hubungkan Xi'an dengan Malaysia
Perkhidmatan penerbangan harian baharu yang menghubungkan Xi'an, China dengan Kuala Lumpur dibuka secara rasmi pada Ahad.
AWANI 7:45 [23/2/2025] – Reman Tiga Dan Lima Hari | Tekanan Darah Turun Dan Naik | SPRM Bebas Ambil Tindakan | 48,329 Kematian
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Irfan Faruqi
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

Letusan Gunung Lewotobi: Indonesia pindahkan 250 keluarga ke rumah sementara
Kerajaan Indonesia telah menempatkan semula 250 keluarga yang terjejas akibat letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki di Nusa Tenggara Timur dari pusat perlindungan pelarian ke rumah sementara.

Mobile Legend Bang Bang diperkenal di Sukan Asia 2026
Sukan Asia bakal berlangsung di Nachi-Nagoya, Jepun dari 19 September hingga 4 Oktober 2026.

Vikneswaran pertahan jawatan Presiden KLHA
Vikneswaran berkata beliau akan memberi fokus kepada membangunkan akar umbi sukan hoki negeri.

Lebih 400 pekerja USAID diberhentikan beberapa hari kebelakangan ini - Laporan
Ramai daripada mereka yang diberhentikan telah berkhidmat di USAID selama 25 tahun dan mempunyai pengalaman di zon konflik bersenjata.

Estonia umum bantuan ketenteraan AS$104 juta untuk Ukraine
Kerajaan Estonia membuat keputusan untuk membeli 10,000 peluru artileri dan menghantarnya ke Ukraine secepat mungkin.
AWANI Ringkas: Geran lebih RM3 juta buat usahawan mikro Sabah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 23 Februari 2025
1️⃣ Geran lebih RM3 juta buat usahawan mikro Sabah
2️⃣ Dipenjara dua bulan curi baju, tudung dan selipar
3️⃣ Ismail Sabri perlukan pemantauan rapi
#awaniringkas
1️⃣ Geran lebih RM3 juta buat usahawan mikro Sabah
2️⃣ Dipenjara dua bulan curi baju, tudung dan selipar
3️⃣ Ismail Sabri perlukan pemantauan rapi
#awaniringkas

Saksi nafi tampar, duduk atas perut pegawai kadet TLDM
Seorang pegawai TLDM menafikan bahawa beliau duduk di atas perut mendiang J. Soosaimanicckam dan menamparnya berkali-kali.

Mahkamah Tinggi putuskan kematian pegawai kadet TLDM sebagai kes homisid
Punca kematian ialah edema pulmonari disebabkan oleh Leptospirosis dan akibat langsung daripada tindakan menafikan rawatan perubatan kepada mangsa.