KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Pertubuhan Kebajikan Rumah Bonda Kuala Lumpur (Rumah Bonda) untuk mencabar tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan menutup premisnya.
Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid membuat keputusan itu selepas mendapati arahan responden pertama (Pengarah JKM Wilayah Persekutuan) untuk menutup premis tersebut telah dilakukan dengan betul di bawah Akta Pusat Jagaan 1993.
Rumah Bonda, menerusi Pengerusinya Siti Bainun Ahd Razali, telah memfailkan semakan kehakiman pada 13 Ogos 2021 dengan menamakan Pengarah JKM Wilayah Persekutuan serta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebagai responden.
Ahmad Kamal berkata mahkamah juga mendapati permohonan itu bersifat akademik kerana saman pemula telah difailkan oleh Rumah Bonda di Mahkamah Majistret di sini untuk memohon perintah agar JKM membuang tanda sitaan bagi premisnya yang diluluskan oleh Mahkamah Majistret pada 15 Julai 2022 tertakluk kepada syarat bahawa ia tidak akan beroperasi sebagai pusat jagaan selagi ia tidak berdaftar.
"Mahkamah mendapati pemohon juga mempunyai pengetahuan bahawa Rumah Bonda tidak dibenarkan beroperasi sebelum pendaftaran dan ini boleh dilihat daripada surat yang dikeluarkan oleh JKM Wilayah Persekutuan kepada pemohon," kata beliau.
Beliau berkata mahkamah berpandangan bahawa dakwaan penderaan terhadap Bella, seorang remaja perempuan dengan Sindrom Down di bawah jagaan mereka bukanlah sebab untuk responden pertama menutup Rumah Bonda sebaliknya kerana premis itu tidak didaftar sebagai pusat jagaan.
Hakim itu berkata mahkamah juga berpendapat bahawa responden kedua tidak sepatutnya dinamakan sebagai pihak dalam permohonan tersebut kerana tiada bukti yang menunjukkan bahawa ia terlibat dalam proses membuat keputusan.
"Keputusan menutup premis itu telah dibuat oleh responden pertama dan ia tidak dicemari oleh apa perkara yang tidak sah di sisi undang-undang, tidak rasional atau tidak munasabah. Justeru, mahkamah menolak permohonan semakan kehakiman ini tanpa kos," katanya ketika menyampaikan keputusan itu hari ini menerusi aplikasi Zoom.
Peguam Asiah Abd Jalil mewakili Rumah Bonda manakala Peguam Kanan Persekutuan Nur Idayu Amir bagi pihak responden.
Pada 15 Nov 2021, Mahkamah Tinggi ketika membenarkan bantahan Jabatan Peguam Negara membenarkan permohonan Rumah Bonda untuk kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman berhubung tindakan JKM menutup premisnya di Taman Setapak di sini.
Pada 25 Julai 2023, Mahkamah Rayuan memerintahkan permohonan semakan kehakiman oleh Rumah Bonda dikembalikan ke Mahkamah Tinggi selepas panel tiga hakim sebulat suara memutuskan bahawa terdapat merit dalam rayuan itu.
Menerusi permohonan itu, Siti Bainun antara lain mendakwa perintah yang dikeluarkan oleh JKM pada 9 Julai 2021 dan penutupan premisnya pada 12 Julai adalah dipengaruhi tekanan orang ramai susulan laporan media berkaitan isu penderaan kanak-kanak di pusat jagaan berkenaan yang tular pada 5 Julai tahun sama.
Siti Bainun mendakwa tindakan kedua-dua responden telah dilakukan secara tergesa-gesa susulan desakan orang ramai supaya JKM dan kerajaan mengambil tindakan berhubung dakwaan kes penderaan di premis itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 04 2024

Rumah Bonda telah memfailkan semakan kehakiman pada 13 Ogos 2021 dengan menamakan Pengarah JKM Wilayah Persekutuan serta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebagai responden. - Gambar fail/Bernama

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Keputusan rayuan sabitan bersalah Siti Bainun abai, aniaya Bella 24 April
Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis menetapkan 24 April depan untuk keputusan rayuan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali terhadap sabitan bersalah.

'Saya diberitahu Bella terkena air panas semasa bergaduh dengan penghuni lain' - Saksi
Saksi pembelaan kedua itu berkata demikian ketika pemeriksaan utama oleh peguam Mohammad Farhan Maaruf pada prosiding bela diri Siti Bainun.

Siti Bainun akui Bella cedera ketika berada di kondominium
Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali mengakui bahawa kecederaan pada Bella berlaku, semasa remaja perempuan sindrom Down itu berada di kondominiumnya di Wangsa Maju di sini.

Saya sayang Bella lebih dari anak lain - Siti Bainun
Siti Bainun turut menyifatkan Bella seorang yang kelakar, manja dan suka menyanyi seorang diri di depan cermin, membuatkan beliau suka menyakat remaja berkenaan.

Tiada aduan kerosakan mesin penapis air milik Siti Bainun dilapor sejak mac 2021- Saksi
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa tiada rekod kerosakan mesin penapis air milik pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali dilaporkan sejak Mac 2021.

Tiada kerosakan mesin penapis air milik Siti Bainun - Saksi
Seorang pegawai penyiasat kanan memberitahu tiada sebarang kerosakan berlaku pada mesin penapis air milik pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju.

Kes Siti Bainun: Bella selesai bagi keterangan hari ini
Remaja itu mula memberi keterangan pada 10.30 pagi dan selesai pada pukul 12.40 tengah hari tadi.

Rakan baik Siti Bainun rakam video Bella untuk beri kepada Syed Azmi
Rakaman itu dikatakan sebagai bukti bahawa terdapat penderaan terhadap Bella.

Kes Bella: Lebih 114,000 gesa Syed Azmi dipecat
Tindakan ini bagi membela nasib setiap kanak-kanak yang didera dan dianiaya seperti yang terjadi pada Bella dan Alia.

Saksi nafi Bella jadi mangsa amang seksual sebelum dijaga Siti Bainun
Seorang penolong pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menafikan remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun dikenali sebagai Bella pernah menjadi mangsa amang seksual.