KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak saman RM10 juta yang difailkan bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali terhadap veteran DAP Lim Kit Siang yang didakwa memfitnahnya dalam artikel mengenai skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Hakim Datuk Azimah Omar memutuskan bahawa Lim berjaya mewajarkan keistimewaan yang layak dimilikinya apabila membuat kenyataan itu kerana skandal 1MDB melibatkan jenayah, menyalahi undang-undang, kesan sosial, ekonomi kepada ekonomi negara serta moral pemimpin dan agensi tertinggi negara.
"Ia baik dari segi hak rakyat. Ia bukan sahaja soal defendan (Lim) sebagai ahli parlimen - kepentingan dan kewajipan untuk menyuarakan kekecewaan dan permusuhan mereka, terutamanya apabila semua jalan (aduan) telah habis diusahakan, dan segala usaha itu langsung tidak dipedulikan.
"Defendan menyuarakan pendapatnya kepada orang ramai kerana dia melaksanakan pelaporan yang bertanggungjawab," katanya dan memerintahkan supaya Mohamed Apandi membayar kos RM80,000 kepada Lim.
Hakim memutuskan kenyataan Lim wajar apabila menggesa Mohamed Apandi menjawab mengapa dia membebaskan Datuk Seri Najib Razak daripada dikaitkan dengan skandal 1MDB pada 2016.
Hakim Azimah berkata Lim wajar membangkitkan isu itu, terutamanya berikutan bekas perdana menteri itu telah disabitkan oleh Mahkamah Tinggi KL pada 2020 dalam kes rasuah RM42 juta SRC International Sdn Bhd.
Beliau seterusnya berkata sabitan Najib telah dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan tahun lepas.
Mohamed Apandi, 72, hadir di mahkamah hari ini, manakala Lim, 81, menyertai prosiding secara dalam talian.
Terdahulu, Hakim Azimah menegur Lim kerana tidak hadir ke mahkamah untuk mendengar keputusan berhubung saman itu.
"Sebagai ahli parlimen, Lim sepatutnya tahu undang-undang dan sebagai defendan, dia sepatutnya menghormati mahkamah ini," kata hakim yang berang dengan ketidakhadiran Lim.
Peguam Lim, Sangeet Kaur Deo dalam jawapannya mengaku yang dia tersilap apabila tidak memberitahu anak guamnya supaya hadir di mahkamah.
"Kami memohon maaf terhadap perkara ini. Kami ingatkan adalah memadai dengan kehadiran sedia ada. Dia (Lim) boleh dihubungi menerusi Zoom sekiranya dibenarkan mahkamah," katanya.
Pada 5 Julai 2019, Mohamed Apandi menyaman Lim, dan dalam penyataan tuntutan mendakwa pada 6 Mei 2019, Lim telah menulis dan membawa kepada penerbitan artikel bertajuk, Dangerous fallacy to think Malaysia's on the road to integrity dalam Malaysiakini.
Beliau mendakwa perkataan berunsur fitnah dalam artikel itu membawa maksud bahawa beliau terlibat dalam jenayah dan bersubahat dalam skandal kewangan 1MDB, seorang individu yang tidak bermoral dan berintegriti, tidak beretika serta telah menyalahgunakan kuasanya ketika menjadi Peguam Negara.
Mohamed Apandi yang menyandang jawatan Peguam Negara dari 27 Julai 2015 hingga 4 Jun 2018, mendakwa bahawa perkataan fitnah itu adalah tidak benar dan ditulis dengan niat mencemarkan imej serta kredibilitinya sebagai bekas Peguam Negara Malaysia bagi meraih publisiti murahan.
Beliau menuntut ganti rugi teruk dan teladan serta ganti rugi am RM10 juta, perintah injunksi bagi menghalang Lim dan/atau ejennya daripada terus menerbitkan perkataan yang didakwa berunsur fitnah dan relief lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 23 2022
![Mahkamah tolak saman fitnah Apandi terhadap Kit Siang Mahkamah tolak saman fitnah Apandi terhadap Kit Siang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71653312690_TBMASHUP.jpg)
Mohamed Apandi, 72, hadir di mahkamah hari ini, manakala Lim, 81, menyertai prosiding secara dalam talian. - Gambar fail
Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius yang mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam.
![Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739952443_ZalihabintiMustafa.jpg)
Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aduan di Wilayah Persekutuan perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aliran trafik lancar 30 peratus tanpa kenderaan berat
Larangan pergerakan kenderaan berat di beberapa jajaran lebuh raya terpilih sekitar Lembah Klang menyaksikan aliran trafik lancar sehingga 30 peratus pada waktu puncak.
![Mahkamah akan dengar saman bekas ADUN Nenggiri berhubung penamatan keahlian Bersatu Mahkamah akan dengar saman bekas ADUN Nenggiri berhubung penamatan keahlian Bersatu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739951176_TBMohdAzizi.jpg)
Mahkamah akan dengar saman bekas ADUN Nenggiri berhubung penamatan keahlian Bersatu
Mahkamah Tinggi memutuskan akan mendengar saman pemula difailkan bekas ADUN Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim bagi mencabar penamatan keahliannya daripada Bersatu.
AWANI Ringkas: JIM gempur flat Chow Kit, tahan 124 PATI
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Saya sokong menggantung lesen atas kesalahan yang serius '- YB Jelutong
Menteri Pengangkutan berkata lesen tidak boleh dibatal sewenang-wenangnya oleh JPJ. Hukuman untuk menggantung lesen bergantung kepada tahap keseriusan dan ditentukan oleh mahkamah. #AWANInews
![Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739951362_ZaynRayyan.jpg)
Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang
Pengasuh Zayn Rayyan telah mendengar suara kanak-kanak autistik itu seakan-akan mahu melepaskan diri daripada seseorang di Blok R, Pangsapuri Idaman pada 5 Disember 2023 lalu.
![Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739951298_noorazambinmohdy.jpg)
Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful
Sun Life Malaysia (Sun Life) melantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sun Life Malaysia Takaful Bhd (SLMT) berkuat kuasa 3 Feb, 2025.
'Kapal yang berlabuh tidak perlu serah dokumen secara fizikal'-Anthony
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan satu aplikasi di mana semua dokumen kapal yang berlabuh tidak perlu diserahkan secara fizikal dan akan dilakukan secara dalam talian. #AWANInews
![Pegawai khas bekas Peguam Negara fail rayuan saman fitnah terhadap Rewcastle-Brown Pegawai khas bekas Peguam Negara fail rayuan saman fitnah terhadap Rewcastle-Brown](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716285415_ClareRewcastleBrow.jpg)
Pegawai khas bekas Peguam Negara fail rayuan saman fitnah terhadap Rewcastle-Brown
Pegawai khas bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman fitnahnya.
![1MDB: Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Apandi dalam kes saman Kit Siang 1MDB: Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Apandi dalam kes saman Kit Siang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715673806_TanSriApandiAli.jpg)
1MDB: Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Apandi dalam kes saman Kit Siang
Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Apandi untuk mendapatkan kebenaran meneruskan rayuannya terhadap penolakan Mahkamah Rayuan berkenaan tuntutan RM10 juta yang difailkannya terhadap Kit Siang.
![Apandi gagal merayu saman Kit Siang Apandi gagal merayu saman Kit Siang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61698896366_TanSriApandiAli.jpg)
Apandi gagal merayu saman Kit Siang
Tan Sri Mohamed Apandi Ali gagal dalam rayuannya berhubung kes saman fitnah RM10 juta terhadap Penasihat DAP, Tan Sri Lim Kit Siang.
![Tun M jawab soalan Apandi isu tuntutan Pulau Batu Puteh, Sulu dan kekayaan anaknya Tun M jawab soalan Apandi isu tuntutan Pulau Batu Puteh, Sulu dan kekayaan anaknya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81659508982_TanSriMohamedApan.jpg)
Tun M jawab soalan Apandi isu tuntutan Pulau Batu Puteh, Sulu dan kekayaan anaknya
Jika Malaysia memungkiri perjanjian antarabangsa, negara lain tidak akan percaya Malaysia mampu menunaikan perjanjian sekali gus menyebabkan negara akan hilang kredibiliti.
![Mahkamah tolak saman fitnah Apandi terhadap Kit Siang Mahkamah tolak saman fitnah Apandi terhadap Kit Siang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71653312690_TBMASHUP.jpg)
Mahkamah tolak saman fitnah Apandi terhadap Kit Siang
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak saman RM10 juta yang difailkan bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali terhadap veteran DAP Lim Kit Siang.
![Mohamed Apandi sedia selesai kes saman Dr Mahathir, kerajaan secara mediasi Mohamed Apandi sedia selesai kes saman Dr Mahathir, kerajaan secara mediasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/41625561453_MohamedApandiAli.jpg)
Mohamed Apandi sedia selesai kes saman Dr Mahathir, kerajaan secara mediasi
Tan Sri Mohamed Apandi Ali bersedia untuk menyelesaikan kes samannya terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan kerajaan secara baik menerusi proses mediasi.
![UMNO belum terima surat peletakan jawatan Apandi - Annuar UMNO belum terima surat peletakan jawatan Apandi - Annuar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/51577351243_TSAnnuarMusa.jpg)
UMNO belum terima surat peletakan jawatan Apandi - Annuar
Annuar enggan mengulas lanjut berhubung keputusan Apandi itu ekoran tiada surat rasmi diterima pihaknya.
!['Malaysia kini tiada Peguam Negara' - Tun M 'Malaysia kini tiada Peguam Negara' - Tun M](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/81526135514_tunMAHATHIR.jpg)
'Malaysia kini tiada Peguam Negara' - Tun M
"Kami telah meletakkan sekatan tertentu ke atas beberapa orang yang dipercayai mungkin terlibat dalam melakukan kesalahan," kata Perdana Menteri.
![Hubungan Malaysia dan Singapura tidak terjejas oleh kes Pulau Batu Puteh Hubungan Malaysia dan Singapura tidak terjejas oleh kes Pulau Batu Puteh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-02/71486191894_BatuPuteh.jpg)
Hubungan Malaysia dan Singapura tidak terjejas oleh kes Pulau Batu Puteh
Hubungan Malaysia dengan Singapura tidak akan terjejas susulan permohonan bagi semakan terhadap keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh.
![Jabatan Peguam negara kekal teguh sekalipun 'diserang' hebat, kata Apandi Jabatan Peguam negara kekal teguh sekalipun 'diserang' hebat, kata Apandi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/61438053264_APANDIALI.jpg)
Jabatan Peguam negara kekal teguh sekalipun 'diserang' hebat, kata Apandi
Jabatan Peguam Negara (AGC) kekal teguh sekalipun menerima serangan kritikan yang hebat tahun lalu, kata Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.