KOTA BHARU:Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu menolak tuntutan hadanah yang dibuat oleh bekas suami usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida hari ini.
Hakim Syarie, Datuk Abu Bakar Abdullah Kutty menolak permohonan Mohd Amin Yassin, 43, yang memohon hak lawatan, bermesra dan bermalam ke atas dua anaknya, Edlynn Zamileen, 16, atau Cik B dan Muhammad Eric Zaquan, 14, atau Kacak.
Mohd Amin memfailkan tuntutan itu pada 3 November 2020 di mahkamah sama.
Sementara itu, Vida yang ditemui selepas selesai proses perbicaraan memanjat rasa syukur kerana kes tersebut berlangsung tidak lama.
Kata Vida, selama ini beliau tidak pernah menghalang dua anaknya itu menemui ayah kandung mereka.
“Hak penjagaan masih saya dapat, cuma buat masa ini anak saya, Cik B dan Kacak tak sesuai nak jumpa ayah mereka atas sebab tertentulah. Biar jumpa atas kehendak Cik B dan Kacak sendiri.
“Saya tidak pernah menghalang mereka untuk berhubung kerana tidak mahu putuskan silaturahim,” katanya.
Menurut Vida, ramai yang tidak tahu situasi sebenar yang dilalui mereka dan kerana itu beliau berharap agar kedua-dua anaknya itu tidak dilabelkan sebagai anak derhaka.
Dalam pada itu, Cik B pula menyatakan rasa lega kerana perbicaraan kes itu sudah berakhir.
“Saya akan hubungi ayah saya kalau saya ready (bersedia), saya akan call (hubungi) dan jumpa kalau saya ready, mama tidak paksa (mama) bukan orang jenis macam itu,” kata Cik B.
Sementara itu, ayah kepada Cik B dan Kacak berkata, dia menerima keputusan mahkamah dengan penuh terbuka selain akan bersabar menunggu kedua-dua anaknya untuk kembali ke pangkuan.
Kata Mohd Amin, dia juga akan mengemukakan rayuan terhadap kes berkenaan selain berhasrat untuk menuntut harta sepencarian dengan bekas isterinya ketika bercerai.
Selain itu, Mohd Amin juga akan menuntut harta dua anaknya yang meninggal dunia termasuk pampasan insurans.
Mohd Amin dan Vida berkahwin pada 2000, namun pasangan berkenaan bercerai lapan tahun kemudian.
Selain Cik B dan Kacak, Mohd Amin dan Vida turut dikurniakan dua orang lagi anak lelaki iaitu Muhammad Eddie Zuhdie dan Muhammad Edrie Zikrie.
Eddie dan Edrie meninggal dunia dalam tragedi kebakaran rumah Vida di Meru Hill, Ipoh tiga hari sebelum sambutan Aidilfitri pada 2013.
BACA: Bekas suami Datuk Seri Vida fail tuntutan hadanah
Dalam tuntutan hadanah iaitu hak lawatan, bermesra dan bermalam ke atas dua anaknya, Mohd Amin mendakwa, kali terakhir beliau bertemu anak-anaknya itu ialah lebih tiga tahun lalu di ibu pejabat Vida Beauty Sdn Bhd di Ipoh, Perak selama 15 minit sahaja.
Kata Mohd Amin, sebagai bapa, dia amat merindui kedua-dua anaknya itu dan hanya mengetahui perkembangan terkini mereka melalui media sosial dan televisyen.
Muhafandi Muhamad
Mon Jan 04 2021
Datuk Seri Vida (tengah) diapit oleh dua anaknya, Edlynn Zamileen, 16, atau Cik B (kiri) dan Muhammad Eric Zaquan, 14, atau Kacak. - Gambar Astro AWANI
Lelaki bakar rumah selepas bertengkar dengan isteri
Siasatan awal mendapati pelaku, Azhariansyah terlibat pergaduhan dengan isterinya, Listi Anggraeni.
AWANI Pagi: Harapan dan cabaran gencatan senjata Gaza
Fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman melihat kepada cabaran persetujuan perjanjian gencatan senjata Israel-Hamas yang akan menamatkan perang di Gaza berpanjangan selama lebih 400 hari. Ikuti diskusi bersama penganalisis politik Sunway University, Profesor Dr. Wong Chin Huat.
PM ucap tahniah kepada Cikgu Nazmi disenarai 50 finalis Hadiah Guru Global
Keikhlasan Nazmi mendidik pelajar dengan menyuntik daya cipta dalam pendidikan di sekolah luar bandar adalah contoh kepimpinan membanggakan.
Akhyar Rashid sah milik TFC
Berita itu dikongsikan pihak pengurusan Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) menerusi laman sosial Facebook rasmi TFC.
Warga Palestin rai pengumuman kejayaan gencatan senjata
Mereka menantikan dengan penuh debar Ahad ini di mana gencatan senjata akan mula berkuat kuasa.
Trump mahu gunakan perjanjian Gaza luaskan diplomasi
Donald Trump menyatakan beliau akan menggunakan momentum perjanjian gencatan senjata Gaza untuk meluaskan Perjanjian Abraham.
Pakistan turunkan tarif elektrik untuk EV, galak pembangunan hijau
EV adalah langkah tepat untuk menangani pencemaran udara yang perlu ditingkatkan bagi menangani perubahan iklim.
Perjanjian ini adalah hasil rundingan panjang dan sukar
Fasa awal gencatan senjata ini akan menghentikan pertempuran yang telah meranapkan banyak kawasan bandar di gaza dan menyebabkan hampir keseluruhan penduduk seramai 2.3 juta orang kehilangan tempat tinggal
Empat Pengarah Syarikat antara lima ditahan reman, siasat penyelewengan dana RM104 juta
Empat ahli lembaga pengarah syarikat antara lima ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan kes penipuan melibatkan dana pelaburan awam berjumlah RM104 juta.
YTL Group akan labur £4 bilion di UK, sedia lebih 30,000 peluang pekerjaan
Pelaburan tersebut yang merangkumi bandar baharu paling pintar, akan turut menyediakan lebih 30,000 pekerjaan di seluruh UK.
Vida belanja tiket penerbangan RM40,000 untuk Kacak
Tiada istilah membazir kerana Vida mahu anaknya sentiasa bersamanya sepanjang perjalanan.
Datuk Seri Vida ada dana untuk Kelantan FC tapi bukan jalan tutup hutang
Vida berkata, andai hasratnya untuk kembali ke Kelantan FC tercapai, anaknya Eric Zaquan akan main peranan utama selaku penaung kelab.
Saya tidak mahu Perak FC lingkup - Exco Sukan
"Saya tidak mahu melihat Perak FC lingkup," kata Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Perak Khairul Shahril Mohamed.
Mahkamah tolak tuntutan hadanah bekas suami Datuk Seri Vida
Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu tolak permohonan hak lawatan, bermesra dan bermalam ke atas Cik B dan Kacak.
Bekas suami Datuk Seri Vida fail tuntutan hadhanah
Mohd Amin memfailkan tuntutan itu selepas dihalang untuk berjumpa dua anaknya, Cik B dan Kacak.
Hantu Kak Limah sunyi, cari teman ke surau
Pelakon yang popular dengan watak Hantu Kak Limah, Dalimawati Ismail bersedia untuk menamatkan zaman janda.
'Jiwa saya kacau!' - Vida susut 5 kilogram gara-gara hutang
Usahawan kosmetik popular Datuk Seri Vida memberitahu berat badannya susut lebih lima kilogram dalam tempoh 10 hari.
"Ore Tino Klate pun buleh jadi PM"
Golongan wanita di Kelantan mempunyai semangat luar biasa sehingga mampu ceburi bidang yang lazimnya didominasi golongan lelaki.
Vida diarah selesaikan tuntutan LHDN
Arahan penyelesaian di luar mahkamah itu dikeluarkan Pesuruhjaya Kehakiman Anselm Charles Fernandis selepas tuntutan itu difailkan oleh Peguam LHDN Nor Hidayah Mohd Anas dalam kamar hakim.
Datuk Seri Vida serah representasi kepada pihak pendakwaan
Hakim Murtazadi Amran membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk menyediakan representasi bagi pertuduhan itu ketika kes disebut semula di Mahkamah Sesyen Ipoh di sini, hari ini.