KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah mengemas kini dan menaikkan kadar had kifayah untuk diguna pakai pada tahun ini.
Langkah proaktif menaikkan kadar had kifayah di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan diputuskan MAIWP dalam Mesyuarat Bilangan dua Tahun 2022 pada 25 Mei lepas.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP Mohd Nizam Yahya berkata peningkatan kadar tersebut bertujuan meringankan beban kewangan ditanggung oleh masyarakat Islam di Wilayah Persekutuan terutama golongan asnaf yang terkesan akibat peningkatan harga barangan keperluan.
"Ia juga bertujuan untuk memastikan keselarasan serta keseragaman dalam memenuhi keperluan sebenar golongan ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Kenyataan itu turut memaklumkan, pelaksanaan kenaikan kadar itu juga diakibatkan kadar inflasi yang semakin tinggi akibat peningkatan permintaan barangan dan perkhidmatan secara mendadak sejak ekonomi dibuka semula.
"Memetik laporan Jabatan Perangkaan pada Mei 2022, inflasi bagi kumpulan pendapatan di bawah RM3,000 meningkat 2.3 peratus daripada 123.6 pada April 2021 kepada 126.4 pada April 2022 dengan kenaikan inflasi makanan adalah penyumbang terbesar," menurut kenyataan itu.
Dalam masa sama, MAIWP telah menyediakan peruntukan dana zakat yang besar untuk diagihkan sehingga hujung tahun ini dengan mengambil kira kemungkinan akan berlaku akibat kenaikan kadar inflasi negara.
Sehingga kini, MAIWP telah membantu lebih 30,200 Ketua Keluarga di ketiga-tiga wilayah itu menerusi pelbagai skim bantuan daripada 30 Skim Bantuan Zakat yang ditawarkan.
Sementara itu, MAIWP turut menyambut baik keprihatinan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengutarakan keperluan Majlis Agama Islam negeri-negeri menambah baik kadar had kifayah selari dengan situasi semasa.
"Sehingga Mei lepas, MAIWP telah mengagihkan RM297.14 juta dana zakat kepada asnaf dan B40 yang memerlukan," menurutnya kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 30 2022
![MAIWP naikkan kadar had kifayah, bantu golongan asnaf terkesan MAIWP naikkan kadar had kifayah, bantu golongan asnaf terkesan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81640600255_MAIWP.jpg)
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah mengemas kini dan menaikkan kadar had kifayah untuk diguna pakai pada tahun ini.
![PAC anjur sesi pendengaran awam isu premium insurans kesihatan, caj hospital swasta PAC anjur sesi pendengaran awam isu premium insurans kesihatan, caj hospital swasta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732005413_MasErmieyatiSamsud.jpg)
PAC anjur sesi pendengaran awam isu premium insurans kesihatan, caj hospital swasta
PAC akan mengadakan sesi pendengaran awam bagi prosiding Peningkatan Bayaran Premium Insurans kesihatan/Takaful, Caj Hospital Swasta dan Impak Kepada Kesihatan Awam.
![Trump tandatangan perintah eksekutif untuk kurangkan tenaga kerja persekutuan Trump tandatangan perintah eksekutif untuk kurangkan tenaga kerja persekutuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739158919_DonaldTrump.jpg)
Trump tandatangan perintah eksekutif untuk kurangkan tenaga kerja persekutuan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menandatangani perintah eksekutif bagi mempercepat pengurangan besar-besaran tenaga kerja persekutuan.
![Penipuan perjalanan melalui AI dan media sosial kian meningkat - Airbnb Penipuan perjalanan melalui AI dan media sosial kian meningkat - Airbnb](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-11/41511783671_Travelluggage.jpg)
Penipuan perjalanan melalui AI dan media sosial kian meningkat - Airbnb
Airbnb memberi amaran bahawa golongan muda lebih berisiko terdedah kepada penipuan di media sosial.
![Bintang K-Pop G-Dragon kembali dengan jelajah dunia selepas 8 tahun Bintang K-Pop G-Dragon kembali dengan jelajah dunia selepas 8 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739348507_tbGDragonKPop.jpg)
Bintang K-Pop G-Dragon kembali dengan jelajah dunia selepas 8 tahun
Bintang K-Pop G-Dragon bakal memulakan jelajah dunia yang pertama dalam tempoh lapan tahun dengan dua konsert di Goyang, barat laut Seoul bulan depan, lapor agensi berita Yonhap pada Rabu.
![Dua lelaki warga Indonesia mengaku tidak bersalah perdagang senjata api Dua lelaki warga Indonesia mengaku tidak bersalah perdagang senjata api](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739349606_TBINDONESIASENJATA.jpg)
Dua lelaki warga Indonesia mengaku tidak bersalah perdagang senjata api
Dua lelaki warga Indonesia mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memperdagangkan senjata api, bulan lepas.
![Kempen keselamatan dalam talian perkukuh kesedaran ancaman siber - Pakar Kempen keselamatan dalam talian perkukuh kesedaran ancaman siber - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732176967_TBscam.jpg)
Kempen keselamatan dalam talian perkukuh kesedaran ancaman siber - Pakar
Inisiatif itu amat penting berikutan perkembangan pesat teknologi dan peningkatan kecekapan sindiket jenayah siber.
![BAMTC 2025: Malaysia tumpas di tangan Hong Kong 2-3 BAMTC 2025: Malaysia tumpas di tangan Hong Kong 2-3](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739349155_tbBEREGUlelakinega.jpg)
BAMTC 2025: Malaysia tumpas di tangan Hong Kong 2-3
Malaysia terpaksa akur tewas 2-3 kepada Hong Kong dalam aksi pembuka tirai Kumpulan B Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) 2025 di China.
Gunung berapi Kilauea di Hawaii
Gunung berapi Kilauea di Hawaii memuntahkan lava sekali lagi dalam letusan baru pada Selasa.
Aset kripto jadi peluang baru pelaburan tetapi risiko masih ada
Namun Pengurus Negara, StashAway Malaysia, Wong Wai Ken berkata, pelabur harus tetap berhati-hati kerana aset kripto, walaupun banyak risiko telah dihapuskan, ia tetap merupakan kelas aset yang sangat volatil dengan potensi turun naik yang tinggi.
KWSP nafi salah laku, pelanggaran undang-undang dalam urus niaga MAHB
KWSP sekali lagi menekankan dasar "Chinese Wall" yang diamalkannya, iaitu pengasingan nyata antara kumpulan yang mempunyai akses kepada maklumat dalaman, dengan kumpulan yang berdagang di pasaran terbuka.
![Bajet MAIWP 2025: Anggaran pendapatan naik kepada RM1.67 bilion, pembangunan ummah teras utama - Na'im Bajet MAIWP 2025: Anggaran pendapatan naik kepada RM1.67 bilion, pembangunan ummah teras utama - Na'im](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71734074550_NaimMokhtar.jpg)
Bajet MAIWP 2025: Anggaran pendapatan naik kepada RM1.67 bilion, pembangunan ummah teras utama - Na'im
Anggaran pendapatan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 2025 meningkat 12 peratus kepada RM1.67 bilion dengan kutipan zakat disasarkan mencapai RM1.2 bilion.
![MAIWP peruntuk RM1.67 bilion, anggaran perbelanjaan 2025 - Mohd Na'im MAIWP peruntuk RM1.67 bilion, anggaran perbelanjaan 2025 - Mohd Na'im](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81734015318_NaimMokhtar.jpg)
MAIWP peruntuk RM1.67 bilion, anggaran perbelanjaan 2025 - Mohd Na'im
MAIWP memperuntukkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM1.67 bilion bagi tahun 2025, iaitu peningkatan sebanyak 4.43 peratus berbanding tahun lepas berjumlah RM1.60 bilion.
![Banjir: MAIWP diminta salur bantuan secepat mungkin - Mohd Na'im Banjir: MAIWP diminta salur bantuan secepat mungkin - Mohd Na'im](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61728532380_TBNAIM.jpg)
Banjir: MAIWP diminta salur bantuan secepat mungkin - Mohd Na'im
Datuk Mohd Na'im Mokhtar meminta Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) segera menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di negeri-negeri yang terjejas.
![Banjir: MAIWP tambah peruntukan RM7 juta - Mohd Na’im Banjir: MAIWP tambah peruntukan RM7 juta - Mohd Na’im](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71733036100_NaimMokhtar.jpg)
Banjir: MAIWP tambah peruntukan RM7 juta - Mohd Na’im
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mengumumkan peruntukan tambahan RM7 juta bagi membantu mangsa banjir di seluruh negara.
![RM1 bilion kutipan zakat direkod pada 2023, peningkatan 11 peratus - MAIWP RM1 bilion kutipan zakat direkod pada 2023, peningkatan 11 peratus - MAIWP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51730552540_tbSyedKamarulzaman.jpg)
RM1 bilion kutipan zakat direkod pada 2023, peningkatan 11 peratus - MAIWP
Sebanyak RM1 bilion zakat berjaya dikutip di seluruh Wilayah Persekutuan pada 2023, peningkatan sebanyak 11 peratus berbanding 2022.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 2 November 2024.
![‘Santuni MADANI’ platform tepat pantau sistem penyampaian kerajaan ‘Santuni MADANI’ platform tepat pantau sistem penyampaian kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71730088026_SantuniMadan.jpg)
‘Santuni MADANI’ platform tepat pantau sistem penyampaian kerajaan
Program itu dilihat mampu memberi impak dalam merapatkan jurang kemudahan antara desa dan bandar.
![MAIWP perlu tekankan pengurusan integriti bagi capai agenda nasional - Mohd Na'im MAIWP perlu tekankan pengurusan integriti bagi capai agenda nasional - Mohd Na'im](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41725706075_DATUKDRMOHDNAIM.jpg)
MAIWP perlu tekankan pengurusan integriti bagi capai agenda nasional - Mohd Na'im
Mohd Na'im berkata beliau mahu 'stigma lama' berkaitan aspek pengurusan tidak cekap, dinoktahkan dan tidak mahu agensi berkaitan hal ehwal Islam itu terus dilihat ketinggalan daripada arus perdana.
![MAIWP sentiasa komited bantu anak-anak asnaf dan huffaz MAIWP sentiasa komited bantu anak-anak asnaf dan huffaz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41726461564_DatukDrMohdNaim.jpg)
MAIWP sentiasa komited bantu anak-anak asnaf dan huffaz
MAIWP menyediakan 38 skim bantuan merangkumi kebajikan, pendidikan, keusahawanan dan perlindungan dari pusat asuhan hingga ke IPT.
![Lima sekeluarga tinggal di pondok usang di Kuala Lumpur Lima sekeluarga tinggal di pondok usang di Kuala Lumpur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41724487168_fakirmiskin.jpg)
Lima sekeluarga tinggal di pondok usang di Kuala Lumpur
Program Ziarah Asnaf MAIWP menyantuni sepasang suami isteri dan tiga anak mereka yang tinggal di sebuah pondok usang berhampiran PPR Seri Semarak.