Kementerian Sumber Manusia (KSM) memberi kelonggaran kepada majikan untuk menggaji pekerja asing yang telah diberhentikan oleh majikan lama sekiranya tidak mendapat sambutan daripada pekerja tempatan.
Menterinya Datuk Seri M. Saravanan berkata, bagaimanapun kementerian menggesa para majikan untuk memberikan keutamaan kepada pekerja tempatan dalam penawaran dan pengisian kekosongan yang ada.
"Penggajian pekerja asing ini perlu dilakukan terhadap mereka yang masih berada dalam negara dan masih mempunyai permit kerja yang sah serta dalam sektor pekerjaan yang sama.
"Majikan disarankan untuk memastikan pekerja asing yang bakal digajikan telah menjalani saringan COVID-19 sebagai prosedur operasi standard (SOP) serta sebagai langkah pencegahan penularan virus berkenaan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan merujuk kepada permintaan segelintir majikan yang mendakwa masih memerlukan sejumlah tenaga kerja asing sehingga mendesak kerajaan untuk menarik balik pembekuan terhadap pengambilan pekerja asing yang baharu.
Untuk melihat senarai atau data pekerja asing yang sudah menjalani saringan COVID-19, majikan boleh merujuk di laman web MYEG di www.myeg.com.my, menurut kenyataan itu.
Saravanan berkata majikan yang bercadang menggaji pekerja asing berkenaan harus membuat permohonan terlebih dahulu iaitu dengan mengisi borang dan menyerahkannya sendiri kepada Jabatan Tenaga Kerja di ibu pejabat Putrajaya, secara pos atau melalui e-mel [email protected]
Borang berkenaan boleh dimuat turun dari laman web www.jtksm.mohr.gov.my
KSM dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memberikan kebenaran untuk penggajian semula pada awal Jun sebagai langkah memaksimumkan tenaga kerja sedia ada dan sebagai usaha merancakkan semula ekonomi negara.
Untuk rekod, sehingga Julai tahun ini, sejumlah 67,068 orang pekerja tempatan dan 4,753 orang pekerja asing telah kehilangan pekerjaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 13 2020

SARAVANAN: Penggajian pekerja asing ini perlu dilakukan terhadap mereka yang masih berada dalam negara dan masih mempunyai permit kerja yang sah. - Gambar fail

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

KESUMA cadang laksana Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja
Ia bagi memastikan perlindungan 24 jam sehari dalam tujuh hari seminggu kepada pekerja yang layak semasa tempoh penggajian.

Perintah gaji minimum RM1,700 berkuat kuasa hari ini
Semua majikan wajib patuhi Perintah Gaji Minimum dan memastikan pekerja mereka menerima gaji pokok tidak kurang daripada RM1,700 sebulan.

KESUMA bincang dengan KPT, universiti lanjut tempoh latihan amali mahasiswa
Kementerian Sumber Manusia sedang berbincang dengan Kementerian Pendidikan Tinggi dan pelbagai universiti untuk melanjutkan tempoh latihan amali bagi mahasiswa.

Kesuma komited pastikan keselamatan pekerja di tempat kerja sentiasa terjamin
Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) komited untuk memastikan keselamatan pekerja ketika berada di tempat kerja sentiasa terjamin.

Lebih 600,000 pekerja di Malaysia mungkin terkesan dengan AI dalam tempoh 5 tahun
Lebih 600,000 Pekerja Di Malaysia Mungkin Terkesan Dengan AI Dalam Tempoh 5 Tahun

Perkeso kuat kuasa had siling gaji baharu untuk caruman berkuat kuasa hari ini
Perkeso akan menguatkuasakan had siling gaji baharu bagi maksud caruman daripada RM5,000 kepada RM6,000 sebulan, mulai hari ini.

Empat perundangan di bawah KESUMA kuat kuasa esok
Empat perundangan di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan mula berkuat kuasa esok bagi menambah baik prinsip kebebasan berkesatuan dan perundangan kolektif.

Belanjawan 2025: KESUMA tumpu perkasa institusi TVET di bawah kementerian
Kementerian Sumber Manusia menumpukan agenda memperkasakan institusi TVET di bawah kementerian itu menerusi Belanjawan 2025.

Dewan Negara lulus dua RUU di bawah KESUMA
RUU itu masing-masing diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.

Lebih 300 majikan mohon sertai projek rintis Dasar Gaji Progresif
Kementerian Sumber Manusia menerima 362 permohonan daripada majikan yang ingin menyertai projek rintis Dasar Gaji Progresif sejak diperkenalkan.