KUALA LUMPUR: Majikan digesa untuk mematuhi Akta Pekerja 1955 (Akta 265) khususnya melibatkan pembayaran gaji pekerja susulan terdapat aduan bahawa segelintir tenaga kerja tidak dibayar gaji atau ditahan gaji.
Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar berkata gaji yang tidak dibayar atau ditahan adalah satu kesalahan dari 11 elemen buruh paksa yang digariskan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).
Katanya kementerian sentiasa berusaha menangani sebarang isu khususnya buruh paksa dan mencari pelbagai mekanisme penyelasaian bagi isu-isu yang timbul.
"Oleh yang demikian, bagi bayaran gaji lewat atau ditahan, kita melihat bahawa mempertingkatkan pematuhan para majikan terhadap pembayaran gaji melalui akaun bank adalah antara mekanisme dalam memantau kapasiti setiap majikan yang ada dalam negara kita.
"Arahan pembayaran gaji melalui akaun bank telah termaktub sekian lama di bawah Akta 265," katanya dalam sidang media khas, di sini hari ini.
Beliau berkata pembayaran upah secara tunai atau cek hanya boleh dilakukan di atas permintaan pekerja dengan mendapat kebenaran daripada Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) seperti terkandung di bawah Seksyen 25A (1) Akta 265.
"Majikan yang gagal mematuhi arahan di bawah Seksyen 25 dan 25A (1) Akta 265 adalah dianggap melakukan kesalahan di bawah Seksyen 99A akta sama dan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 dan majikan berkemungkinan dikenakan sekatan dan disabitkan dengan aktiviti buruh paksa," katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) masih belum mendapat maklumat awal bagi proses pampasan kepada empat keluarga mangsa nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor.
"Memang Perkeso prihatin dalam isu ini tetapi oleh kerana ahli keluarga mangsa masih belum bersedia, Perkeso memberi lebih ruang dan masa untuk mereka selesaikan semua urusan terlebih dahulu. Perkeso akan terus membantu dengan kadar segera sebaik sahaja ahli keluarga mangsa bersedia untuk memberi maklumat," katanya.
Dalam insiden pada Khamis lepas (17 Ogos), pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina di Shah Alam, mengakibatkan 10 individu maut termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang Datuk Seri Johari Harun.
Mangsa terkorban terdiri daripada enam penumpang dan dua kru pesawat ringan itu manakala dua lagi merupakan orang awam, masing-masing penunggang p-hailing dan pemandu e-hailing yang melalui kawasan berkenaan ketika kejadian.
Ketika insiden, pesawat malang itu dalam penerbangan dari Langkawi ke Subang dan telah mendapat kebenaran untuk mendarat pada 2.48 petang.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 22 2023
![Majikan digesa patuh Akta Pekerja - Sivakumar Majikan digesa patuh Akta Pekerja - Sivakumar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81689282680_VSivakumar.jpg)
V. Sivakumar berkata gaji yang tidak dibayar atau ditahan adalah satu kesalahan dari 11 elemen buruh paksa yang digariskan ILO. - Gambar fail/Bernama
![Al-Azhar tolak pemindahan warga Palestin secara paksa Al-Azhar tolak pemindahan warga Palestin secara paksa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738916821_GazaPalestineHam.jpg)
Al-Azhar tolak pemindahan warga Palestin secara paksa
Institusi Agama Mesir Al-Azhar Al-Sharif menolak sekeras-kerasnya sebarang rancangan pemindahan rakyat Palestin secara paksa.
![Pempengaruh Malaysia mohon maaf, mengaku hanya lakonan Pempengaruh Malaysia mohon maaf, mengaku hanya lakonan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738917216_PempengaruhMintaM.jpg)
Pempengaruh Malaysia mohon maaf, mengaku hanya lakonan
Pempengaruh Malaysia, Ammar Mohd Nazhan dan Aras pada Jumaat, tampil membuat permohonan maaf berhubung penghasilan kandungan media sosial mendakwa kehilangan teman mereka di Kota Bandung.
AWANI Ringkas: Badminton: Tidak perlu tukar sistem 21 mata
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Nahas helikopter di Bentong: Siasatan BSKU dijangka selesai hari ini Nahas helikopter di Bentong: Siasatan BSKU dijangka selesai hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738917078_helikopterterhempas.jpg)
Nahas helikopter di Bentong: Siasatan BSKU dijangka selesai hari ini
Siasatan di lokasi insiden helikopter yang terbakar di Jalan Lama Bentong-Kuala Lumpur oleh BSKU dijangka selesai hari ini.
![Dua pelumba muda Malaysia cipta nama di Qatar Dua pelumba muda Malaysia cipta nama di Qatar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738903789_TBSaidatulZakirah.jpg)
Dua pelumba muda Malaysia cipta nama di Qatar
Kejayaan mereka membuktikan bahawa semangat juang, dedikasi dan ketekunan mampu mengatasi segala cabaran.
Kekurangan tenaga kerja halang inovasi AI sektor kesihatan
Malaysia berdepan cabaran besar dalam mengadaptasi teknologi AI dan digital dalam sektor kesihatan awam akibat kekurangan tenaga kerja mahir. Dengan lebih 8,000 kekosongan jururawat dan ribuan jawatan doktor belum diisi, pakar menegaskan keutamaan kini adalah memastikan tenaga kerja mencukupi bagi mengoptimumkan sistem kesihatan digital negara.
![Rumah ibadat bukan Islam: JAKIM boleh beri nasihat, tapi tidak bersifat dasar Rumah ibadat bukan Islam: JAKIM boleh beri nasihat, tapi tidak bersifat dasar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738915792_MohdNaimMokhtar.jpg)
Rumah ibadat bukan Islam: JAKIM boleh beri nasihat, tapi tidak bersifat dasar
Setiap dasar yang dirangka berhubung cadangan pelaksanaan garis panduan bagi majlis melibatkan umat Islam di rumah ibadat bukan Islam perlu mengambil kira aspek perpaduan nasional.
[TERKINI] JAKIM boleh beri nasihat tapi tidak bersifat dasar
Jemaah Menteri bersetuju bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) boleh memberi nasihat kepada umat Islam di negara ini berkaitan keperluan menjaga akidah ketika mengikuti majlis anjuran masyarakat bukan Islam membabitkan unsur keagamaan.
Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dan Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang dalam satu kenyataan bersama pada Jumaat berkata, nasihat terbabit tidak bersifat dasar.
Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dan Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang dalam satu kenyataan bersama pada Jumaat berkata, nasihat terbabit tidak bersifat dasar.
![Amerika Syarikat mulakan usaha haramkan DeepSeek pada peranti milik kerajaan Amerika Syarikat mulakan usaha haramkan DeepSeek pada peranti milik kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738907294_TBDeepseek.jpg)
Amerika Syarikat mulakan usaha haramkan DeepSeek pada peranti milik kerajaan
AS akhirnya memulakan langkah untuk menggunakan rang undang-undang (RUU) mengharamkan penggunaan aplikasi DeepSeek pada peranti milik kerajaan.
AWANI Ringkas: Jenayah penipuan pelaburan catat kerugian tertinggi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Majikan digesa patuh Akta Pekerja - Sivakumar Majikan digesa patuh Akta Pekerja - Sivakumar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81689282680_VSivakumar.jpg)
Majikan digesa patuh Akta Pekerja - Sivakumar
Majikan digesa untuk mematuhi Akta Pekerja 1955 (Akta 265) khususnya melibatkan pembayaran gaji pekerja susulan terdapat aduan bahawa segelintir tenaga kerja tidak dibayar gaji atau ditahan gaji.