PUTRAJAYA:Majikan dikehendaki menyediakan penginapan lengkap kepada pekerja warga asing dan menghadkan jumlah bilangan tenaga kerja ke tapak pembinaan sebagai prosedur operasi standard (SOP) ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, selaras itu, majikan disarankan untuk memperketatkan amalan SOP, menambah baik penginapan dan kawalan pergerakan pekerja asing serta meningkatkan saringan bagi menyokong usaha membendung penularan COVID-19.
"Saya juga memahami kerisauan rakyat mengenai jangkitan COVID19 dalam kalangan pekerja asing, terutamanya mereka yang bekerja di tapak pembinaan dan kilang.
"Dengan itu, SOP bagi pembinaan bangunan semasa PKP mensyaratkan syarikat menyediakan penginapan lengkap dan menghadkan pekerjanya ke tapak pembinaan," katanya ketika mengumumkan Pakej Bantuan Khas Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) pada Isnin.
Selain itu, Muhyiddin turut berkata, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) akan turut terlibat dalam pelaksanaan program saringan COVID-19 ke atas pekerja yang berdaftar.
Kos saringan, katanya, akan ditanggung sepenuhnya oleh PERKESO di zon-zon merah bagi mengenal pasti kluster COVID-19 di tempat kerja.
Mengulas lanjut, dari 1 Disember 2020 hingga 17 Januari 2021, bilangan pekerja asing yang telah menjalani ujian saringan adalah seramai 160,982 orang.
"Seterusnya, untuk menyokong lebih banyak individu membuat ujian saringan dan pengesanan COVID-19 secara persendirian, skop pelepasan cukai bagi perbelanjaan pemeriksaan kesihatan penuh yang telah dinaikkan daripada rM500 kepada RM1,000 seperti diumumkan pada Belanjawan 2021, kini diperluaskan untuk meliputi bayaran ujian pengesanan COVID-19," jelas Perdana Menteri lagi.
Umavathi Ramayah
Mon Jan 18 2021
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, majikan disaran untuk memperketatkan amalan SOP, menambah baik penginapan dan kawalan pergerakan pekerja asing serta meningkatkan saringan bagi menyokong usaha membendung penularan COVID-19.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan DXY yang meningkat.
Niaga hadapan MSM dijangka rendah minggu ini
Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif dijangka rendah minggu depan dalam persekitaran prestasi eksport yang kurang memberangsangkan, kata peniaga minyak sawit David Ng.
Bursa Malaysia dijangka pulih, aktiviti dagangan meningkat minggu ini
Sentimen pasaran yang lebih baik dijangka menggalakkan pembelian saham berharga rendah, dengan FBM KLCI berpotensi pulih selepas dagangan perlahan minggu ini.
Adakah tarif Trump bakal cetuskan perang dagang global?
Ketegangan perdagangan semakin memuncak dengan tindak balas Mexico, Kanada, dan China terhadap tarif Amerika Syarikat. Bersama Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid, kita kupas kesan dasar ini kepada ekonomi global, impak jangka panjang kepada A.S., dan bagaimana negara lain menyesuaikan strategi perdagangan mereka.
Mengapa FBMKLCI Menurun Walaupun Ekonomi Malaysia Kukuh? | Januari 2025
Pada Januari 2025, FBMKLCI mencatatkan penurunan sebanyak -5.20% walaupun terdapat laporan ekonomi yang menunjukkan daya tahan ekonomi Malaysia. Mengapa ini berlaku? Apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada ketidaksepadanan antara data ekonomi dan prestasi pasaran? Sertai kami bersama Mohd Sedek Jantan, Ketua Penyelidikan Pelaburan di UOB Kay Hian Wealth Advisors, untuk membincangkan fenomena ini.
EPL: Amorim percaya 'perkara lebih baik akan tiba' di Manchester United
Keputusan itu menyaksikan Palace melonjak ke tangga ke-12, dan The Red Devils kekal di kedudukan ke-13.
Perbicaraan hari pertama kes abai Zayn Rayyan bermula hari ini
Seramai 15 saksi akan hadir memberi keterangan terhadap Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf.
Imam masjid di Teluk Intan buat laporan polis, dakwa difitnah bekas ADUN
Mohamad Lotfi menyifatkan tindakan itu sebagai tidak bertanggungjawab dan boleh menjatuhkan reputasinya sebagai seorang imam.
Tarif AS: Jangan guna sekatan perdagangan untuk pecah belah dunia - Scholz
Canselor Jerman, Olaf Scholz menyeru agar sekatan perdagangan tidak digunakan memecahbelahkan dunia, lapor Reuters. Dalam pertemuan dengan Perdana Menteri Britain, Keir Starmer pada Ahad, beliau akui bahawa kerjasama global telah memberi manfaat kepada semua pihak.
Ringgit dijangka bergerak berhati-hati, dipengaruhi tarif AS
Ringgit dijangka diniagakan antara RM4.41–RM4.44 minggu depan, dengan trajektori bergantung pada dasar tarif AS dan hubungan perdagangan Malaysia-China.
Terus julang sikap saling mengasihi, menghormati dalam memacu negara - PM Anwar
Roh ihsan yang sentiasa menekankan tentang kepentingan mengasihi, menghormati dan menghargai sesama warga nusa dan bangsa perlu terus dijulang dalam memacu pembangunan negara bersama-sama.
PM Anwar perkukuhkan kerjasama ekonomi Malaysia di Davos
Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan kerja rasmi ke Davos, di sini dengan mengadakan beberapa mesyuarat perniagaan bersama syarikat multinasional.
PM setuju draf Pelan Tindakan Kesihatan Planet Kebangsaan - Jemilah
Perdana Menteri Anwar telah memberi persetujuan kepada draf Pelan Tindakan Kesihatan Planet Kebangsaan sebagai langkah konkrit menangani isu-isu alam sekitar global.
Malaysia perlu adaptif, berdaya tahan dalam ketidaktentuan global - PM
Malaysia perlu bersifat adaptif, berdaya tahan, berprinsip, dan mempunyai pandangan yang jelas untuk memposisikan negara di tengah-tengah arus ketidaktentuan global.
PM Perancis Francois Bayrou terselamat undi tidak percaya
Ahli Parlimen Perancis pada Khamis mengundi menolak usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Perancis Francois Bayrou, lapor Xinhua.
Malaysia harap gencatan senjata di Gaza berterusan - PM
Malaysia berharap perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas di Gaza dapat diteruskan dalam usaha mengelakkan kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa rakyat Palestin.
Perdana Menteri Australia rombak Kabinet menjelang pilihan raya umum
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan rombakan kabinet pada Khamis susulan persaraan awal seorang menteri menjelang pilihan raya umum yang harus diadakan sebelum Mei, lapor Xinhua.
Presiden ICJ Nawaf Salam letak jawatan, galas jawatan PM Lubnan
Salam secara rasmi meletak jawatan sebagai anggota mahkamah itu berkuat kuasa serta-merta.
Lawatan PM ke UAE pentas uar-uarkan kepengerusian ASEAN Malaysia - Duta
Lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) merupakan peluang keemasan bagi Malaysia menguar-uarkan kepengerusian ASEAN kepada khalayak lebih ramai.
PM Anwar salur peruntukan khas RM3.17 juta untuk rumah ibadat masyarakat India
Perdana Datuk, Seri Anwar Ibrahim menyalurkan peruntukan khas sebanyak RM3.17 juta bagi pelaksanaan program 90 buah rumah ibadat masyarakat India.