PUTRAJAYA: Majikan sektor swasta di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan perlu memberi satu hari tambahan hari kelepasan am berbayar pada 3 Feb ini kepada pekerja masing-masing kerana berlaku pertindihan antara hari kelepasan am bagi Tahun Baharu Cina dan Hari Wilayah Persekutuan.
Menurut kenyataan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Semenanjung Malaysia, tambahan satu hari kelepasan am itu adalah tertakluk di bawah Seksyen 600(1)(b)(ii) Akta Kerja 1955 (Akta 265).
Akta 265 memperuntuk jika mana-mana hari kelepasan am yang dinyatakan dalam perenggan (a) dan (b) jatuh pada mana-mana hari kelepasan am dalam perenggan (a) dan (b), hari bekerja selepas hari kelepasan am tersebut hendaklah dijadikan sebagai hari kelepasan am berbayar sebagai ganti kepada hari kelepasan am yang pertama.
"Bagaimanapun, bagi majikan yang tidak menyenaraikan Tahun Baharu Cina sebagai hari kelepasan am yang diambil, majikan hanya perlu memberikan hari kelepasan am berbayar bagi Hari Wilayah Persekutuan sahaja," menurut jabatan itu.
Sambutan Tahun Baharu Cina tahun ini jatuh pada 1 dan 2 Feb yang bertindih dengan Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Feb.
Menurut JTK, Hari Wilayah Persekutuan merupakan hari kelepasan am berbayar yang wajib diambil oleh majikan yang tempat pekerjaannya terletak dalam Wilayah Persekutuan sebagaimana diperuntuk di bawah Seksyen 60D(1)(a)(iii) akta sama.
Bagi Tahun Baharu Cina pula, jika dipilih dan disenaraikan oleh majikan sebagai hari kelepasan am di bawah seksyen 60D(1)(a), ia juga wajib diambil oleh majikan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 29 2022

Sambutan Tahun Baharu Cina tahun ini jatuh pada 1 dan 2 Feb yang bertindih dengan Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Feb. - Foto BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

McDonald’s Malaysia bawa keceriaan kepada 120 rumah warga emas
McDonalds Malaysia mengunjungi 120 rumah kebajikan untuk membawa kegembiraan Tahun Baru Cina ini.

Agong, Raja Permaisuri hadir Majlis Menjunjung Kasih LBS
Yang Di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat ke Majlis Santapan Petang Menjunjung Kasih sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang diadakan oleh LBS Bina Group Berhad (LBS).

Tahun Baharu Cina: 2.4 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Polis Pulau Pinang menjangkakan lebih 2.4 juta kenderaan akan memasuki negeri itu sepanjang cuti sambutan Tahun Baharu Cina, pada tahun ini.

Tiket bas ekspres ke semua destinasi laris sempena cuti Tahun Baharu Cina
Jualan tiket bas ekspres dari bandar raya ini ke semua destinasi di Semenanjung didapati laris sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Perak sasar 40,000 hadir rumah terbuka Tahun Baru Cina 29 Jan ini
Kerajaan negeri Perak akan menganjurkan rumah terbuka sempena sambutan Tahun Baharu Cina secara besar-besaran dengan sasaran kehadiran 40,000 tetamu di Taman Tema Lost World of Tambun pada 29 Jan ini.

Kluster pendidikan meningkat - Dr Noor Hisham
Jumlah kluster pendidikan COVID-19 dilihat meningkat dengan ketara pada minggu Minggu Epidemiologi (ME) terkini, dengan 92 kluster dilaporkan pada ME 7/2022, berbanding 61 kluster pada ME 6/2022.

Empat keluarga hilang tempat tinggal rumah terbakar
Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya sekitar jam 2.05 pagi sementara operasi ditamatkan pada jam 3.52 pagi.

Ini lapan iklan Tahun Baharu Cina yang perlu anda tonton, tampil keindahan perayaan di Malaysia
Kalau dulu, semuanya dipaparkan di televisyen namun kini, dengan perkembangan teknologi, banyak video tersebut boleh ditonton di media sosial dan internet.

Menteri Kabinet harap Tahun Harimau bawa kemakmuran
Tahun Harimau melambangkan kekuatan dan keberanian yang sentiasa wujud dalam kalangan Keluarga Malaysia.

June Wei ketepi 'hari raya' Cina berlatih di Dubai
Dia dijadual berlatih bersama Axelsen dan rakannya di Kompleks Sukan Nad Al-Sheba, Dubai selama kira-kira dua minggu.