KOTA KINABALU:Ahli Jawatankuasa Majlis Khas mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) mengadakan mesyuarat pertamanya pada Rabu dengan meluluskan penubuhan tiga jawatankuasa yang akan mengendalikan pelbagai perkara penting bagi Sabah dan Sarawak.
Ia adalah perlembagaan dan status yang sama; isu keselamatan dan pendatang haram; dan masalah sosioekonomi, termasuk pelaksanaan Rancangan Malaysia ke-12.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dalam kenyataan pada Rabu berkata ahli majlis dan Terma Rujukan juga disahkan semasa mesyuarat itu.
Majlis itu dianggotai oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi, Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor dan rakan sejawatnya dari Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, serta lapan menteri kanan Kabinet termasuk Ongkili sebagai Setiausaha dibantu oleh Timbalannya Datuk Hanifah Hajar Taib.
Ketua Setiausaha Negara, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak, Peguam Negara kerajaan Persekutuan serta Peguam Besar Negeri Sabah dan Sarawak, beberapa penjawat awam kanan dan ahli akademik turut menganggotai Majlis Khas itu.
"Ahli (Majlis) diberi taklimat mengenai perkembangan terbaharu tindakan yang diambil berkaitan MA63 serta keputusan dibuat oleh Jawatankuasa Kabinet (mengenai MA63) sebelum ini," kata Ongkili.
Beliau berkata 17 daripada 21 isu yang dikenal pasti oleh Majlis telah dipertimbangkan secara terperinci manakala empat lagi masih dalam perbincangan.
"Daripada 17 isu, tiga dianggap selesai iaitu duti import balak dan hasil hutan untuk Sabah; isu Pulau Sipadan dan Ligitan di Sabah; serta isu perhutanan.
"Sebanyak 14 lagi termasuk gas, buruh, duti setem memerlukan perbincangan lanjut kerana ia melibatkan pindaan undang-undang dan peraturan.
"Buat masa ini, laporan jawatankuasa khas MA63 tidak akan didedahkan kepada awam kerana hasil perbincangan antara negeri-negeri dengan kerajaan Persekutuan masih belum selesai sepenuhnya. Bagaimanapun, kerajaan negeri dan Persekutuan boleh mendedahkan laporan atau perkara penting yang dipersetujui oleh semua pihak," katanya.
Pada 9 Sept lepas, Kabinet bersetuju menubuhkan Majlis Khas mengenai MA63 dan ia diumumkan oleh Muhyiddin pada sambutan Hari Malaysia di Sibu, Sarawak pada 16 Sept.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 02 2020

Maximus Ongkili dalam kenyataan pada Rabu berkata ahli majlis dan Terma Rujukan juga disahkan semasa mesyuarat itu. -Gambar fail
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Majlis Khas MA63 adakan mesyuarat pertama, setuju tubuh tiga jawatankuasa
Ia adalah perlembagaan dan status yang sama; isu keselamatan dan pendatang haram; dan masalah sosioekonomi, termasuk pelaksanaan Rancangan Malaysia ke-12.