KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) hari ini bersetuju secara prinsip terhadap Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) dalam mesyuarat yang dipengerusikan Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof petang tadi.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Datuk Zuraida Kamaruddin berkata pelan itu yang dirangka hasil perbincangan bersama pemegang kepentingan dalam sesi Makmal Infrastruktur Digital Negara (NDIL) tahun lepas akan menjadi platform bagi menambah baik perkhidmatan komunikasi digital di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).
"Bagi memastikan kelancaran dan kelangsungan pelaksanaan projek JENDELA, kerjasama kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) terhadap pemudah cara pelaksanaan infrastruktur digital di peringkat negeri juga amat diperlukan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mesyuarat itu juga telah menimbang dan bersetuju terhadap lima lagi kertas pertimbangan antara lain menjadikan perkhidmatan komunikasi sebagai utiliti awam ketiga, pemakaian garis panduan perancangan infrastruktur komunikasi(GPP-I) dan prosedur permohonan pemajuan menara atau struktur komunikasi.
Selain itu, prosedur permohonan bagi penyediaan penginapan pekerja secara jangka pendek dan garis panduan pasar sejahtera di kawasan pihak berkuasa tempatan turut dipertimbangkan dan dipersetujui.
Mesyuarat yang diadakan secara maya itu turut disertai Zuraida, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri, lima orang timbalan menteri, serta dua orang menteri Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 02 2021
![Majlis Negara setuju secara prinsip terhadap program JENDELA Majlis Negara setuju secara prinsip terhadap program JENDELA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/61605320887_TBJendela.jpg)
Kerjasama kerajaan negeri dan PBT terhadap pemudah cara pelaksanaan infrastruktur digital di peringkat negeri juga amat diperlukan. - Facebook/ SKMM
![Terengganu bakal miliki industri pembinaan pesawat ringan - Ahmad Samsuri Terengganu bakal miliki industri pembinaan pesawat ringan - Ahmad Samsuri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739960236_TengkuMuhammadIsma.jpg)
Terengganu bakal miliki industri pembinaan pesawat ringan - Ahmad Samsuri
Industri pembinaan pesawat ringan bakal bertapak di Terengganu apabila memorandum persefahaman (MoU) mengenai perkara ini dijangka dimeterai dalam masa terdekat.
Kerajaan Indonesia optimis pertumbuhan perdagangan
Sehingga kini, 19 perjanjian perdagangan telah dilaksanakan, 10 perjanjian perdagangan lain telah ditandatangani atau disahkan,16 sedang dalam proses rundingan, dan enam lagi di luar perjanjian perdagangan bebas dan perjanjian perkongsian ekonomi komprehensif sedang diproses.
UUM terajui program mobiliti pelajar ASEAN
Universiti Utara Malaysia (UUM) akan menerajui Program Mobiliti Pelajar ASEAN sempena penganjuran Pameran dan Forum Universiti ASEAN 2025 (AEF2025) yang akan berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada 24 dan 25 Feb ini.
Pelaksanaan RCEP, memperkukuh integrasi ekonomi ASEAN
ASEAN perlu menekankan integrasi ekonomi yang lebih mendalam, pengukuhan rantaian bekalan serantau dan sumbangan kepada pembangunan ekonomi global sebagai keutamaan bersama.
Biodiesel: Indonesia kaji campuran 50 peratus biodiesel
Pengeluar minyak sawit terkemuka dunia itu tahun ini meningkatkan campuran mandatori minyak sawit dalam biodiesel kepada 40 peratus (B40) daripada 35 peratus untuk mengurangkan pergantungan kepada bahan api diesel yang diimport.
Pelita Raya: Penyertaan Thailand, Singapura bakal meriahkan acara
Singapura dan Thailand telah bersetuju untuk menghantar wakil bagi memeriahkan program selama empat hari yang dijadualkan bulan depan itu.
Laos berhasrat majukan kawasan gunung berapi jadi tarikan
Usaha menaik taraf tapak gunung berapi yang tidak pernah meletus itu sedang dalam perancangan, dan ia disasarkan menjadi satu daya tarikan pelancongan.
AS kecam tindakan provokasi China ke atas Filipina
Duta Amerika Syarikat ke Filipina, Marykay Carlson mengecam tindakan china yang dianggap mendatangkan bahaya kepada juruterbang dan penumpang dalam pesawat peronda kerajaan Filipina di Laut China Selatan.
Filipina dakwa helikopter China lakukan provokasi
Pengawal Pantai Filipina mendakwa sebuah helikopter milik China melakukan penerbangan secara berbahaya di kawasan terumbu karang yang dipertikaikan di Laut China Selatan pada Selasa.
200 warga China akan dihantar pulang pada Khamis
China akan menghantar pulang 200 warganya yang terlibat dalam sindiket penipuan pekerjaan di sempadan Myanmar-Thailand.
![YKN sumbang RM300,000 bantu mangsa banjir di Sabah YKN sumbang RM300,000 bantu mangsa banjir di Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739871846_HajijiNoor.jpg)
YKN sumbang RM300,000 bantu mangsa banjir di Sabah
Yayasan Kebajikan Negara (YKN) hari ini menyalurkan sumbangan RM300,000 kepada kerajaan Sabah bagi membantu meringankan beban penduduk terjejas banjir.
![Kanak-kanak dipukul hingga terkena bucu kerusi telah dapatkan rawatan - Nancy Kanak-kanak dipukul hingga terkena bucu kerusi telah dapatkan rawatan - Nancy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739245878_TBNANCY.jpg)
Kanak-kanak dipukul hingga terkena bucu kerusi telah dapatkan rawatan - Nancy
Nancy turut mengesahkan bahawa suspek wanita berkenaan telah ditahan oleh pihak polis.
![WEC 2025 bincang konsep 'caregiverpreneurship' - Nancy WEC 2025 bincang konsep 'caregiverpreneurship' - Nancy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81734005454_NancySyukri.jpg)
WEC 2025 bincang konsep 'caregiverpreneurship' - Nancy
Konsep 'caregiverpreneurship' akan menjadi antara topik dibincangkan semasa Persidangan Keusahawanan Wanita (WEC) 2025, pada 21 dan 22 Feb ini.
![3,000 rakyat Malaysia terima manfaat PSSS bergerak tahun lepas - Nancy 3,000 rakyat Malaysia terima manfaat PSSS bergerak tahun lepas - Nancy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739087862_TBNANCY.jpg)
3,000 rakyat Malaysia terima manfaat PSSS bergerak tahun lepas - Nancy
Sejumlah 3,000 individu telah menerima manfaat menerusi program Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) bergerak pada tahun lepas.
![JKM pastikan bantuan makanan cukup untuk mangsa banjir di Sabah, Sarawak JKM pastikan bantuan makanan cukup untuk mangsa banjir di Sabah, Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738761045_NancyHajiShukri.jpg)
JKM pastikan bantuan makanan cukup untuk mangsa banjir di Sabah, Sarawak
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sentiasa memastikan bantuan bekalan makanan mencukupi bagi mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah dan Sarawak.
![100 pemimpin wanita sertai program PERANTIS tahun ini - Nancy 100 pemimpin wanita sertai program PERANTIS tahun ini - Nancy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737898548_DatukSeriNancyShu.jpg)
100 pemimpin wanita sertai program PERANTIS tahun ini - Nancy
Setiap daripada mereka akan menerima sehingga RM50,000 untuk melaksanakan program pembangunan kepimpinan dalam bidang masing-masing.
![Keluarga OKU di Kemaman diberikan kaunseling - Nancy Keluarga OKU di Kemaman diberikan kaunseling - Nancy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737642222_NancyShukri.jpg)
Keluarga OKU di Kemaman diberikan kaunseling - Nancy
Jabatan Kebajikan Masyarakat Terengganu telah memberikan kaunseling kepada keluarga mangsa lelaki orang kurang upaya (OKU) yang dipukul.
![80 anak bekas anggota GISB belum dituntut ibu bapa - Nancy 80 anak bekas anggota GISB belum dituntut ibu bapa - Nancy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737543854_HajahNancyHajiShu.jpg)
80 anak bekas anggota GISB belum dituntut ibu bapa - Nancy
Nancy berkata 475 lagi telah diserahkan kepada keluarga mengikut Seksyen 30 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 manakala lima lagi diserahkan kepada Orang yang Layak dan Sesuai (OYLS) mengikut akta sama.
![Isu jurang gaji siswazah antara jantina perlu ditangani - Nancy Isu jurang gaji siswazah antara jantina perlu ditangani - Nancy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737543854_HajahNancyHajiShu.jpg)
Isu jurang gaji siswazah antara jantina perlu ditangani - Nancy
Langkah segera perlu diambil untuk menangani jurang gaji antara siswazah wanita dengan lelaki di Malaysia, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
![107 anak-anak bekas anggota GISB tidak dituntut 107 anak-anak bekas anggota GISB tidak dituntut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737088345_NancyShukri.jpg)
107 anak-anak bekas anggota GISB tidak dituntut
Nancy berkata, seramai 448 kanak-kanak sudah diserahkan kepada keluarga mengikut Seksyen 30(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.