KUALA LUMPUR: Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menggesa Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) supaya mempercepatkan kelulusan vaksin-vaksin COVID-19 buatan Sinopharm, Sputnik V dan Moderna bagi mencapai sasaran imunisasi kelompok dengan lebih pantas.
Dalam satu kenyataan bersama oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu dan Lim Guan Eng, mereka menzahirkan kebimbangan susulan peningkatan kes positif di hampir setiap negeri di samping jumlah katil unit rawatan rapi (ICU) yang semakin tidak mencukupi.
Tegas mereka, kelulusan vaksin lain perlu dipercepatkan memandangkan kadar pemberian vaksin sedia ada masih belum mencapai sasaran.
Setakat semalam, seramai 937,756 yang melengkapkan dua dos vaksin COVID-19, dengan Selangor merekodkan 4.69 peratus kadar vaksinasi meskipun mencatatkan kes harian tertinggi hampir setiap hari.
“Majlis Presiden turut mengambil maklum kadar pemberian vaksin Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac masih belum mencapai kadar yang dijanjikan kerana dibelenggu pelbagai masalah termasuk isu bekalan, isu pemberian vaksin termasuk dos vaksin AstraZeneca yang tidak mencukupi, serta isu pendaftaran yang amat menyukarkan rakyat sungguhpun RM70 juta telahpun dibelanjakan untuk sistem laman web.
“Kadar pemberian vaksin perlu disegerakan terutama apabila keperluan dana RM5 bilion telahpun tercapai dengan pengeluaran wang dari Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) tanpa kelulusan Parlimen, untuk kos pembelian dan pelaksanaan,” menurut kenyataan itu.
Tambah mereka, vaksin Sinopharm telah diluluskan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) manakala Sputnik V dan Moderna telah mula digunakan di beberapa negara lain.
Setakat ini, hanya vaksin buatan Pfizer, Sinovac dan AstraZeneca diluluskan untuk pemberian melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
Sehubungan itu, Majlis Presiden PH mempersoalkan keperluan untuk mengisytiharkan Darurat dan menutup Parlimen serta keupayaan kerajaan untuk mengawal pandemik tersebut.
“Kes harian COVID-19 yang melonjak sejak Darurat diisytiharkan dan Parlimen ditutup jelas menunjukkan kegagalan kerajaan Perikatan Nasional untuk menangani COVID-19 dengan sendirinya.
“Sejak Darurat berkuat kuasa pada 11 Januari 2021 hingga ke hari ini, walau diberi kuasa penuh untuk melakukan segala ikhtiar dan upaya, namun berdasarkan data dan bukti sedia ada, jelas kuasa Darurat ini tidak berjaya mengekang penularan wabak COVID-19, sebaliknya keadaan menjadi jauh lebih serius,” tegas tiga pemimpin itu.
Mereka juga mempersoalkan peranan mereka dalam Jawatankuasa Khas Bebas Darurat yang hanya “mendiamkan diri” berkaitan keperluan pelaksanaan Darurat dan persidangan Parlimen.
Justeru, Majlis Presiden PH mendesak supaya Darurat ditamatkan dan Parlimen bersidang dengan segera bagi memulihkan demokrasi.
Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Seri Azalina Othman Said dalam satu kenyataan hari ini turut melahirkan rasa kecewa susulan pergantungan Parlimen dan tiada tindakan diambil oleh kerajaan berkaitan persidangan Parlimen.
BACA: Azalina cadang SOP buka Parlimen, harap sokongan semua Ahli Parlimen
Nailah Huda
Thu May 27 2021

Setakat semalam, seramai 937,756 yang melengkapkan dua dos vaksin COVID-19, dengan Selangor merekodkan 4.69 peratus kadar vaksinasi meskipun mencatatkan kes harian tertinggi hampir setiap hari. - Gambar fail/BERNAMA

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.

Majlis Presiden PH sokong kenyataan Ketua Hakim Negara
Majlis Presiden PH turut menyatakan Badan Kehakiman yang bebas merupakan tunjang kepada negara dan sistem demokrasi yang diterima rakyat.

Tiada kompromi, kelulusan RUU Antilompat Parti antara syarat utama MoU - Majlis Presiden PH
Kelulusan Rang Undang-Undang Antilompat Parti di Parlimen merupakan antara syarat utama di dalam Perjanjian Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik, tegas Majlis Presiden Pakatan Harapan.

Azam Baki patut direhatkan sementara waktu - Majlis Presiden PH
Majlis Presiden PH mencadangkan Ketua Pesuruhjaya SPRM direhatkan sehingga siasatan penuh dapat dilakukan.

Majlis Presiden PH akui ada pertemuan dengan wakil PM
Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) mengakui ada pertemuan antara pihak mereka dengan wakil Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Majlis Presiden PH mahu isu sokongan terhadap PM diputuskan segera
Majlis Presiden Pakatan Harapan berkata, selagi isu sokongan terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ditangguhkan, isu kestabilan kerajaan tidak dapat diselesaikan.

Parlimen bukan medan dengar syarahan - Majlis Presiden PH
Majlis Presiden Pakatan Harapan berpandangan tempoh lima hari untuk Dewan Rakyat bersidang terlalu singkat untuk membahaskan perkara yang dititikberatkan oleh Yang Di-Pertuan Agong.

Buka Parlimen: Kenyataan Peguam Negara tidak beradab, perlu dipecat - Majlis Presiden PH
Majlis Presiden PH berpandangan, kenyataan Idrus melampaui batas adab kerana memperkecil dan memperlekehkan titah pandangan Raja-Raja Melayu.

PH usahakan petisyen sokong sidang Parlimen secepat mungkin
Majlis Presiden PH juga menegaskan pihaknya bersedia menyertai jawatankuasa untuk mengkaji sidang Parlimen hybrid dengan syarat persidangan perlu diadakan sebelum 1 Ogos.

Majlis Presiden PH gesa kelulusan vaksin Sinopharm, Moderna dipercepatkan
Mereka menggesa supaya kelulusan vaksin lain dipercepatkan memandangkan kadar pemberian vaksin sedia ada masih belum mencapai sasaran.

Satu-satunya cara selamatkan ekonomi ialah dengan membendung COVID-19 - Majlis Presiden PH
Menurut Majlis Presiden PH, Kerajaan Persekutuan perlu belanja tambahan RM45 bilion bagi membendung pandemik COVID-19 di negara ini.